Saya boleh anggap diri saya sebagai customer tetap Lazada Malaysia. Memang pantang ada sale best di Lazada, saya akan segera terjah. Jenguk-jenguk mana ada keperluan yang dijual dengan harga mampu milik. Kalau ada berkenan di hati, baru saya akan consider untuk beli.
10 Tips Beli Belah Menerusi Lazada App
- Muat turun aplikasi Lazada App secara percuma di Google Store atau App Store. Daftar menggunakan dua akaun berbeza, bermaksud akaun berbeza untuk login guna web, dan login guna aplikasi. Jadi, anda perlukan dua email berbeza. Ia penting untuk anda mendapatkan baucer diskaun lebih banyak.
- Apabila dah download, selalulah browsing guna aplikasi ni, jika ada yang berkenan, tapi harganya masih belum sesuai dengan bajet, maka masukkan dalam wishlist - bukan kat shopping-cart ye, tapi wishlist. Anda mungkin akan ditawarkan harga jauh lebih murah nanti untuk produk yang anda berkenan tu, tanpa orang lain tahu .. hoho.
- Apabila browsing, dah suka, dan harga nampak menarik; boleh terus masukkan ke dalam shopping-cart tetapi ... jangan bayar dahulu. Tunggu dalam masa 5 hari, sehingga dia email anda suruh bayar. Kadangkala, dia akan offer lagi diskaun untuk anda terus bayar.
- Semasa produk yang teringin anda beli itu dah berada di shopping-cart tetapi belum bayar, anda jenguk juga tawaran produk yang sama di lain waktu. Lihat samada ada tawaran lebih menarik diberikan. Jika harganya lebih baik, maka masukkan tawaran terkini itu dalam shopping-cart, dan padam tawaran yang sebelum ini untuk produk yang sama. Jadi, anda akan dapat harga lebih baik dari semasa ke semasa.
- Apabila anda dah puas-hati dengan produk, yang sudah dimasukkan ke dalam shopping-cart, rujuk pula pada laman web Lazada, samada ada baucer tertentu untuk pengguna Lazada App. Gunakan kod baucer tersebut bila nak proceed dengan bayaran.
- Satu baucer hanya boleh untuk satu transaksi sahaja, jadi dengan adanya dua akaun berbeza, anda boleh memaksima penggunaan baucer.
- Gunakan baucer hanya apabila anda dan senaraikan produk yang nak dibeli, elakkan guna baucer untuk satu-satu produk sahaja... jadi, anda akan dapat diskaun untuk banyak produk, dan bukan hanya untuk satu produk. Anda kena ingat, dalam baucer tu ada terma dan syaratnya, selalunya bila pembelian lebih had tertentu. Pastikan anda gunakan baucer yang betul dan sesuai untuk pembelian anda.
- Apabila dapat email dari Lazada, buka email tersebut. Kadangkala ada baucer diskaun khas diberikan terutama untuk pelanggan setia.
- Beli barang dari Lazada, kurangkan beli dari syarikat lain yang juga mengiklan di Lazada. Lebih banyak anda beli barang direct menerusi Lazada, maka akan lebih banyak baucer kesetiaan diberikan kepada anda, malah anda akan diberikan priority bila beli - barang akan lebih cepat sampai.
- Rajinkan diri untuk berikan ulasan atau review mengenai produk yang anda telah beli. Tulis jujur, kalau ada yang tak kena, tulis apa yang tak kena .... staff Lazada amat prihatin dengan komen-komen serta review tersebut. Anda akan terkejut bila ada tawaran khas diberikan untuk anda!
Selamat membeli-belah .. :)
bagusnya info ni. tq HH
BalasPadamTerima kasih, semua info ini dapat dimanfaatkan.
PadamSaya biasa beli masa ada sela aje. Masa tu biasanya murah.
BalasPadamTerima kasih tips ni Bro HH. Nanti nak cuba peram lama pula. Mana tahu dapat diskaun.
BalasPadamCubalah, peram waktu tiada diskaun, kang ada sales mesti akan terima baucer
PadamNak kena buat dua akaun lah nampaknya.
BalasPadamgreat
BalasPadamTerima kasih...tips tip top...alhamdulillah.
BalasPadamthanks info tuan
BalasPadamhari2 dapat email... suruh beli itu ini... tengok berminat.. tapi duitnya pulak jadi penghalang...
BalasPadambelum pernah lagi beli barang dengan lazada. bila dah baca entry ni, hmm, nampaknya kenalah mencuba kan? hehehe
BalasPadamTry je ... :) kalau rasa macam tak best, boleh pulangkan balik barang tu ..:)
Padamtak boleh jadi macam nie.
BalasPadamkena instal juga applikasi lazada neh. :D
Terima kasih kerana memberi info yg berguna sbb saya selalu gak jengok2 lazada apps yg sy dwnload barangan memang menarik
BalasPadamTerima kasih kerana memberi info yg berguna sbb saya selalu gak jengok2 lazada apps yg sy dwnload barangan memang menarik
BalasPadamLazada memang berkualiti barang Dia. Saya beli phone jatuh kat lantai pun tak pecah tinggi 15m. Even atas air sedalam 0.2m. Lol
BalasPadamSebenarnya membeli atas tallan sekarang semakin releven dengan pelbagai kos sampingan terutama pengangkutan. Cuma perlu ada perancangan yang betul seperti hanya membeli barang keperluannya sahaja. jangan jadi ketagihan sudah...
BalasPadamDari sudut psychology nya, kalau membeli offline, kita akan terpengaruh untuk membeli barang-barang lain jika dah sampai supermarket... kalau online nih kadang lebih menjimatkan... contohnya saya membeli pampers anak.. boleh membeli dalam kuantiti yang banyak kalau ada offer..
sy dah install. :)
BalasPadamooo..x pernh beli kt lazada...hiuhuhu...tip yang menarik ni
BalasPadamaku pernah beli sekali je, itupun kena tunggu seminggu baru barang sampai..selalu kt lelong je, sehari je sampai barang
BalasPadamHi dear. Jemput join giveaway pertama saya.
BalasPadamHadiah pertama akan memenangi
CASH VOUCHER RM 70 + TOPUP RM 15 + SOUVENIR DARI PALESTINE + BLOG AKAN FEATURED DALAM BLOG HOODPATH
dan banyak lagi hadiah menanti!!!
Saya harap sangat awk boleh join :)
Link di bawah utk join :
http://missdae.blogspot.my/2016/01/hoodpath-travel-blog-giveaway-10.html?m=1
Thank youuuu :)
Wah bestnya. BAru pagi tadi sembang tentang Lazada dengan kawan. Servis so far tip top kata diorang. Sebab ada yang dapat refund lagi sebab barang tak sampai..
BalasPadamMuat turun perangkat lunak Lazada Apk secara percuma pada Google Store atau App Store. Daftar menggunakan 2 akaun berbeza, bermaksud akaun berbeza buat login guna web, serta login guna aplikasi. Jadi, anda perlukan 2 email berbeza. dia krusial untuk anda menerima baucer diskaun lebih poly
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.