Tips Mencari Penyewa Bersama (Housemate). Menarik sungguh tips ini, saya suka nak kongsikan tips ini memandangkan ia ada kena mengena dengan ebook yang saya promosikan iaitu Teknik Sublet Premium. Tips ini saya fikir ramai dah tahu, mungkin tak berapa nak dikongsikan bersama, tetapi alhamdulillah, tips mencari penyewa bersama (housemate) ini telah dikongsikan oleh saudara Firdaus Pay.

Nama Firdaus Pay mula menjadi perhatian apabila 3 artikel menarik darinya telah disiarkan di blog popular dan viral di TheVocket. Ia disiarkan dalam minggu yang sama pula tu, nampak benar orang-orang TheVocket sangat menyukai Firdaus Pay... hehehe...
Tips Mencari Penyewa Bersama (Housemate) oleh Firdaus Pay

Tips Mencari Penyewa Bersama (Housemate)

Namun, tips di bawah ini sempat saya sambar untuk disiarkan di blog hasrulhassan.com ini, sesuai dengan promosi Teknik Sublet Premium yang ditulis oleh saudara Mohd Fairuz. Tips ini sangat sesuai untuk mereka yang mahu mengurangkan kos sewaan rumah, khusus bagi pelajar-pelajar yang terpaksa menyewa rumah disebabkan ketiadaan atau tidak berpeluang untuk menginap di asrama IPT.

Jom baca pengalaman sendiri Firdaus Pay mengenai Sublet.

Dulu saya tak pernah tau pasal "Sublet", rupanya dalam tidak sedar saya sendiri sedangkan mengamalkan "Sublet" dalam rumah saya.

Saya menyewa dan dalam masa yang sama, saya menyewakan sebuah bilik tidur utama (master) kepada orang lain. Cuma "Sublet" yang saya amalkan bukan untuk dapat "profit" tapi hanya untuk mengurangkan beban sewa rumah.

Saya tak perlu bagitau tuan rumah pasal "Sublet" yang saya amalkan kerana, tuan rumah percaya "penyewa dari syurga" ni mampu jaga rumah dia dengan baik - sewa rumah mesti Bayar Awal! Baru la tuan rumah sayang. (Sewa rumah 3R 2B hanya Rm400 sebulan selama 7 tahun dengan jarak dari bandaraya KL hanya 12km bro - mana nak dapat lg?!)

Biasanya saya akan "advertise" atau iklankan bilik sewa di mudah.my atau ibilik website. Mudah.my lebih diterima ramai untuk market bilik sewa di Malaysia.

Biasanya saya hanya akan mintak sewa rumah (1 bulan deposit + sebulan sewa bilik semasa). Hanya untuk bulan pertama dan "advance" sewa bilik bulan terakhir. Sebab banyak kali penyewa bersama ni "blah", bulan akhir dah tak bayar, so kena la buat "back up" plan. Biasanya orang lain akan mintak (2 bulan deposit + sebulan sewa semasa). Lain orang, lain caranya.

Temuduga dulu bakal penyewa kita, borak2 santai jer, mesti tanya soalan2 penting:
1) kenapa dia cari bilik sewa?
2) kerja apa dan di mana?
3) cuba selidik juga perwatakan & latar belakang keluarga beliau.

Jangan sesekali terima "pengewa terdesak" atau "desperate tenant". Berdasarkan pengalaman saya, dorang ni lah yang akan memberi masalah kepada kita.

Pernah saya terima "penyewa bersama" yang mengetuk pintu rumah saya. Katanya dia telah tunggu saya balik rumah dari kerja dari pagi hingga malam semata-mata nak menyewa bilik di rumah saya (walaupun di masa tersebut, saya tak iklankan pun saya memerlukan rakan penyewa).

Akibatnya, semasa beliau menyewa bersama saya, duit saya beratus-ratus telah "hilang". Dengan secara terhormat, dia telah "di halau" dari rumah sewa saya. Kita kena berani buat keputusan terbaik untuk diri kita.

Ok, semoga coretan saya bermanfaat untuk anda semua. Cheerio 😁✌.

Sekian, Firdaus Pay

Berminat nak tahu bagaimana anda memperoleh income sampingan menerusi sublet selain mengurangkan kos perbelanjaan kehidupan? Maka, saya syorkan untuk anda membaca ebook Teknik Sublet Premium sebagai jalan penyelesaian khusus.

Semoga bermanfaat.

p.s: Rupanya ini geng AbangEnsem.com .... fuh ...



7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Bagus juga idea ni, menyewa dan menjadi tuan rumah dalam masa yang sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idea ni dah lama dipratikkan sebenarnya .. :) lagi orang yang otak bisnes

      Delete
  2. info yang sangat bagus salam kenal dari bisnis borneo com....

    ReplyDelete
  3. oo, faham sudah apa yang dimaksudkan dengan 'sublet'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah faham, maka leh la mulakan sesuatu dalam Sublet ni

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement