Sebenarnya ramai juga Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang kongsikan sedikit rahsia kejayaan mereka untuk lulus peperiksaan atau exam PTD yang dikelolakan oleh pihak SPA menerusi blog, serta media sosial. Namun, kebanyakkannya bersifat agak am, dan kemungkinan sukar untuk calon PTD tahun 2016 membuat persediaan. Tetapi, tidak bermakna ia tidak penting, kerana PTD adalah satu jawatan yang sangat pentig dalam pentadbiran awam.
Tips Ringkas Bantu Calon Exam PTD 2016
Ini bermakna, buku-buku rujukan yang dijual di kedai-kedai mungkin tidak begitu relevan dengan exam online kali ini. Apa yang diperlukan ialah rujukan terkini serta informasi yang relevan dengan keadaan semasa.
SPA sangat teliti dan berahsia berkaitan soalan-soalan yang bakal keluar untuk exam PTD pada 19 Januari 2016. Tiada siapa pun tahu mengenai corak, bentuk, dan jenis soalan yang akan ditanya. Semuanya disediakan dengan penuh teliti dan kerahsian yang ketat oleh pihak SPA.
Namun, pengalaman calon-calon terdahulu telah memberikan sedikit gambaran am apa corak, bentuk dan jenis soalan yang bakal ditanya, dan saya berikan berikan sedikit tips ringkas ini yang mungkin boleh bantu calon-calon exam PTD 2016.
3 Tips Pantas Untuk Calon Hadapi Exam PTD 2016
Ehemmm... sedikit rahsia untuk mereka yang mahu sukses peperiksaan 19 Januari ini;- Baca akhbar bulan Oktober 2015 dan ke bawah
- Studi soalan Matematik SPM. Abaikan bab2 yang memerlukan anda melukis, guna kalkulator dan sebagainya. Seksyen ini mudah sahaja, asalkan anda selalu melakukan latih tubi matematik ... in Sha Allah, semuanya ok.
- Baca laporan-laporan kerajaan berkaitan isu seperti GST dan GTP. Ini adalah isu semasa yang hangat di negara Malaysia.
[Baca] Gaji, Skop Kerja Seorang PTD gred M41 dalam Jabatan Kerajaan Malaysia
Mungkin ada calon exam PTD M41 yang tidak tahu, bahawa untuk seksyen A sahaja bentuk soalan yang ditanya dipecahkan kepada 5-7 skop pertanyaan. Itu antara rahsia yang calon tak tahu lalu menyebabkan persediaan peperiksaan mereka 'ke laut'.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.