Bila ada kesempatan bercuti dengan bajet yang kecil, maka pencarian bilik paling murah memang menjadi keutamaan. Baru-baru ini, saya dan keluarga telah bercuti hujung minggu di Teluk Batik. Cadangan asal nak bercuti dan bermalam di Rockbund Fishing Chalet sekali lagi, tetapi tak mampulah dengan harga cecah sehingga RM300++ semalam.

Jadi, atas nasihat dan cadangan isteri, saya telah memilih dan mencari bilik paling murah di Marina Cove Resort. Antara sebab memilih hotel ini adalah adanya pakej yang mengandungi tiket masuk ke mini Waterpark yang berhadapan dengan hotel.

Bilik Paling Murah Marina Cove Resort, Lumut

Saya telah menggunakan perkhidmatan mencari hotel online menerusi Agoda. Alhamdulillah, tawaran harga yang diberikan adalah dirasakan paling mampu dan murah jika dibandingkan dengan bilik-bilik lain. Lagipun, dapat tiket percuma ke mini waterpark ... kira berbaloilah. Jadi, anak-anak dapat main air, dan saya bolehlah lari sekejap untuk memancing Kerapu di Rockbund Fishing Chalet yang tidak jauh dari situ.

[Klik] Tempah Bilik Murah Sekitar Lumut - Agoda

Bilik hotel yang kami tempah ialah bilik Superior, dengan harga semalam RM140.00 termasuk sarapan pagi untuk dua orang. Keadaan bilik yang saya anggap paling murah di Marina Cove Resort ini boleh diberikan penarafan - ok dan selesa untuk kami sekeluarga. Semua kemudahan asas disediakan dengan memuaskan. Ada TV skrin leper, peti ais dan bilik air juga bersih.
Bilik Paling Murah Marina Cove Resort, Lumut
Marina Cove Resort ini merupakan antara hotel yang popular di Teluk Batik dan Lumut disebabkan ada kolam renang, selain akses mudah untuk taman air yang berada di belakang hotel. Jika sewa bilik di sini untuk pakej bilik tertentu, boleh dapat sarapan percuma selain 2 tiket atau pass ke taman air.

Sebenarnya, kami dah pernah 2-3 kali menginap di Marina Cove Resort. Antara tu disebabkan menjadi lokasi untuk reunion isteri saya bersama rakan sekolah rendahnya - Sekolah Seri Utama, Sungai Besar, Selangor. Dan memang lokasi hotel ini sesuai untuk aktiviti reunion.

Dua Jenis Bilik Penginapan Marina Cove Resort

Resort ini ada dua jenis bilik - iaitu pangsapuri dan juga bilik hotel. Kalau nak murah, pilihlah bilik hotel, dan jika nak extra selesa bolehlah pilih pakej pangsapuri.

Layan beberapa gambar bilik paling murah Marina Cove Resort, Lumut ini ... manalah tahu kot-kot berkenan nak bercuti weekend getaway ke sini.
Bilik Paling Murah Marina Cove Resort, Lumut
Bilik Paling Murah Marina Cove Resort, Lumut
Bilik Paling Murah Marina Cove Resort, Lumut
Ok la kan? Simple je, lagipun untuk bermalam ... bukan nak berjimba-jimba sangat dalam bilik .. hoho .. tarikan yang ada lebih kat luar bilik ... Alhamdulillah, weekend getaway yang sempoi, ringkas dan bajet.

Kalau nak cari tempat makan tengahari yang best berdekatan, bolehlah ke Restoran Silaturrahim ... pasti puas hati dan in Sha Allah, sesuai dengan bajet sekeluarga.




5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement