Benarlah masa itu emas. Kalau masa itu tidak diperuntukkan dengan betul buat anak-anak, mereka akan rasa seperti dibiarkan. Dan 'emas' yang sepatutnya kita berikan pada anak-anak, terlepas dan melepas kepada sesuatu benda yang tidak memberi makna dunia akhirat.
Anak itu merupakan anugerah, harta buat ibu bapa. Tak perlu kot saya nak letak hadis atau ayat Al Quran berkaitan betapa perlunya mendidik anak-anak dengan betul - dengan agama, daya upaya, pengetahuan dan kasih sayang yang kita ada. Mereka inilah yang akan memberikan nilai dalam separuh kehidupan kita terutama sekali selepas mati.
Belum lagi cerita pasal perkongsian gambar di instagram, berdua-duaan dan bercumbuan oleh pasangan remaja yang konon sedang hangat bercinta. Belum lagi singkap mesej yang terkandung dalam aplikasi WhatsApp milik remaja-remaja ini. Saya dapat tahu .. ada yang ibu bapa prihatin mengucap panjang bila dibuka mesej-mesej yang ada dalam telefon pintar milik anak mereka.
[Fikirkan] Ada anak-anak jadi top scorer SPM, STPM, IPT tetapi ... pengakhirannya ..
Mungkin, akan ada ibu bapa yang kata ..anak-anak itu sudah diberikan didikan yang terbaik, dan sudah ditempatkan di sekolah dengan guru-guru, ustaz dan ustazah yang bagus. Namun, suka saya nak beritahu ... walau anak dihantar ke sekolah berasrama penuh yang dikawal warden guru 24 jam, belum tentu anak itu akan jadi seorang manusia yang menjadi contoh masyarakat.
Andai ada, maka memang wajar gelaran Tokoh Guru dibuat ... ironinya tiada pula tokoh ibu bapa diwujudkan ...
Kasih sayang guru kepada anak murid tak sama dengan kasih sayang seorang bapa dan seorang ibu.
Pernah tak berlaku, kelakuan anak-anak di sekolah tidak sama dengan kelakuan anak-anak di rumah? Anak di sekolah diam membisu, ditanya serentetan ayat, dijawab sepatah perkataan. Apabila di rumah .. uhh bukan main hero ... malah jadi batu api antara abang, kakak, adik yang lain. Pelik?
[Baca] Tatacara dan Panduan Mendidik Anak Harus Anda Tahu
Ibu bapa perlu mendidik bukan sahaja dengan kasih sayang, dan rasa mahu anak-anak itu melakukan yang terbaik dalam apa jua bidang, tetapi kena ambil tahu juga apa yang anak-anak ini suka. Dari kesukaan itulah, kita mendidik sesuatu yang kadangkala tidak berupaya diberikan oleh guru-guru di sekolah.
[Tips] Bagaimana Mahu Menjadi Anak Anda Pintar dan Cerdas?
Apa yang saya tulis ini adalah kegusaran diri sendiri apabila memikirkan tentang anak-anak yang menjadi tanggungjawab dunia akhirat ini. Saya kongsikan kegusaran ini kerana risau ... mereka ini bakal mewarisi apa yang ada sekarang - samada menjadi lebih baik, atau menjadi tunggang-langgang.
Kita selalu mengharapkan anak-anak minat dengan apa yang kita sampaikan, bagaimana pula kita?
Ada minat diikuti dengan ikhlas, kan? baru berbaloi >D
BalasPadamAdalah suatu yang tidak tepat seandainya urusan didikan anak-anak hanya diserahkan kepada guru-guru atau sekolah. Masa di sekolah sangat singkat apatah lagi untuk tumpuan sepenuhnya kepada seorang murid. Ibu bapa perlu 'sambung' urusan mendidik anak-anak apabila berada di rumah supaya ilmu itu tidak hanya berada di sekolah apatah lagi jika 'tercicir' di pagar sekolah, agar anak-anak membesar dengan suasana ilmu dan didikan setiap masa.
BalasPadamSaya setuju sangat bang. Tengok kita sendiri... kalau tak minat, paksa macam mana pon tak akan jadi perfect.
BalasPadamApabila tanggungjawab di "3rd party" kan. muhasabah utk diriku jua.
BalasPadamitulah..anak2 zaman sekarang senang terdedah dgn budaya asing.mak ayah pulak hanya senyu ketawa lihat telatah anak mereka..tak sama langsung dgn zaman Fida dulu.
BalasPadamjaman sekarang anak-anak memang terlihat lebih susah untuk dididik, bahkan Televisi saja bisa merusak moral si Anak, minat memang pencegahan yang membantu :)
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.