Zaman dah berubah, malah perangai ayam pun dah berbeza. Jika dulu, ayam-ayam ni tak berapa nak kesah sangat akan keadaan reban, tapi lama-kelamaan, ayam dah mula ada 'akal' untuk memilih kawasan teduhan dan tiduran yang lebih selesa. Jika tidak, masakan ada ayam-ayam memilih pokok-pokok dan beranda rumah untuk berhimpun, berteduh dan tidur di waktu malam. Tak caya? Cubalah perhatikan ...
Ayam Dah Pandai Memilih Tempat Tidur
Maka, revolusi reban ayam dari sebuah reban ikut tangkap-muat kepada yang lebih baik, lebih selesa, lebih menarik adalah sangat perlu. Tak mahulah ayam yang dibela dan diternak merajuk dan melarikan diri .. hilang entah ke mana. Selalu terjadi ... apabila ayam diternak berada di dalam reban, bilangan jadi tak cukup .. uh rupa-rupanya dah bermalam di reban orang lain, takpun berada di atas pokok atau menyorok di bawah, dan beranda rumah.Konsep membela ayam di kampung - bina reban untuk ayam berteduh dan tidur .. tapi dilepaskan untuk mencari makan sendiri. Itu sebab daging ayam kampung lebih rasa, lebih aroma dan menjadi kegemaran ramai di sebalik khasiat yang ada.
8 Idea Reban Ayam Menarik
Meh saya kongsikan beberapa idea untuk membina reban ayam yang menarik. Di luar negara, reban ayam dibina dengan konsep yang lebih baik, malah lebih mesra ayam .... ada tu boleh pindah-pindah lak (reban ayam bergerak).Apapun, saya harap perkongsian ini boleh berikan idea untuk mereka revolusikan rekabentuk, rupa rumah ayam atau reban ayam di kampung ... serius, ia bukan sahaja nampak selesa untuk ayam-ayam berteduh dan tidur, tetapi nampak lebih bersih dan memberikan impak pemandangan yang sejuk mata memandang.
Banyak kos ni kalau nak buat, rasa macam nak buat rumah khas utk kucing laa...dah byk sangat kat rumah jd rimas..hihi.. *lari topik*
ReplyDeleteBoleh buat guna bahan terbuang ...:)
DeleteCool reban ayamnya..
ReplyDeleteUntung jer ayam2 skrg..huhu
Kretif... nampak lagi kemas....
ReplyDeletePost Terkini Pak Det : Cinta Bukan Melemahkan Hati, Bukan Membawa Putus Asa ...
Persekitaran yang bersih, kesihatan ayam pun akan lebih baik ... :)
Deletewah.. cantik2 reban ayam nih.. idea menarik..
ReplyDeleteDah macam bungalow. Semi D pun ada. Tapi kalau dah minat memang tak boleh kata apa la. Nak pula ayam yang dibela dari spesis serama ke. Kalau dah design cantik macam ni, kemungkinan untuk kebersihan reban itu terjaga amat tinggi. Dah cantik, mesti semangat nak jaga.
ReplyDeleteRasa nak bela ayam pulak....cantik2 reban ayam
ReplyDeleteWow... menarik sangat, ayam pun ada banglo mewah. hebat hebat
ReplyDeletePaling menarik bagi saya yang warna merah putih tu.
ReplyDeletePost terbaru saya: 10 Fakta Menarik Tentang Ola Bola.
Semuanya menarik reban ayam ni. Sesuai bagi yang suka bela ayam.
ReplyDeleteYang no.6 tu rasanya paling mudah nak buat. Nampak ringkas.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.