Saya sebagai bapa yang prihatin dengan minat, menyokong apa yang perlu. Nasib baik bahan-bahan untuk melakukan magik ini ada di dapur, jadi tak adalah menjadi satu kesusahan pun bagi diri saya. Ia merupakan satu eksperimen yang bagus untuk anak-anak menyukai sains, dan in Sha Allah, dalam blog post ini .. saya akan tunjukkan cara untuk melakukannya.
Magik Belon, Cuka dan Soda Bikarbonat
Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk melakukan magik ini ... in Sha Allah, semua bahan ni mudah didapati. Kalau tak ada, boleh beli tanpa memerlukan anda memiliki lesen atau surat kebenaran ... hehehe...Bahan-Bahan
- Botol kecil
- Belon
- 1 sudu teh Soda Bikarbonat (Serbuk Penaik Kek)
- 5-6 sudu besar cuka makan
- Corong
Sediakan sebuah botol plastik kecil, masukkan soda bikarbonat ke dalam botol, dan dengan menggunakan corong, masukkan pula cuka. Tutup mulut botol dengan belon, dan lihat apa yang berlaku ... hoho....
Sedikit tips - pastikan belon tidak bocor, dan carilah belon yang mempunyai ketebalan yang agak baik sebab belon boleh mengembang dengan sangat cepat dan tanpa had ...hoho.
Mudah je kan? Eksperimen atau magik belon, cuka dan soda bikarbonat ini tidak membahaya tetapi perlukan pengawasan. Cubalah bersama anak-anak ... pasti mereka teruja.
p.s: Anak saya buat tak berapa menjadi sebab belon bocor .. hahaha...
alamak belon bocor laaaa hehe adeh.. cuba lagi..
ReplyDeletetak mengapa boleh cuba lagi
ReplyDeleteSeronok buat eksperiment macam ni kat rumah, pupuk daya pemikiran. Saya suka tengok cerita backyard Science kat Astro. Macam-macam aktiviti boleh buat dengan anak kat rumah
ReplyDeletewah... best, siap dengan panduan lagi. tunggu cuti sekolah nie nak buat dengan anak2. kot2 mak budak pulak yang terlebih teruja... hohoho
ReplyDeleteBoleh nak cuba juga. Tapi kena cuba kat luar rumah nampaknya. Takut basah satu rumah dibuatnya.
ReplyDeleteNak cuba juga. Nak tengok apa yang akan jadi juga. Macam menarik aje.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.