Tapi awas, bagi saya .... Mee Sizzling ni mungkin sedap tapi merbahaya. Hoho .. bahaya tang mana? Bahaya apabila order dah tiba ke meja ... siap berasap-asap, dengan ada merecik sesikit .. panas kot tu. Bayangkan kalau tengah nak sampai ke meja tu, terjatuh terkena badan ke, mata ke .. uhh baju mahal yang ditempah kat butik yang pakai lampu chandelier .. haru kauuu!
Mee Sizzling - Sedap Tapi Bahaya
Apabila order Mee Sizzling, apabila menu hidangan ni dah siap untuk dihantar, saya akan arahkan anak-anak untuk jauh sikit dari meja makan. Paling tidak, saya minta yang tukang hantar tu meletakkan Mee Sizzling panas berasap tu di sudut yang tidak membahayakan pelanggan.
Dan perlu sangat nasihatkan kepada anak-anak supaya berhati-hati dengan plate Mee Sizzling ni. Memang panas ... sebab saya pernah terpegang tanpa sengaja - almaklumlah orang kampung tak reti sangat menu masakan asal usul masyarakat lain ni .. fuhh ... tinggalkan kesan trauma la jugak selama beberapa bulan ..... haha.
Elakkan terus makan walau selapar mana sekalipun. Nanti tak pasal-pasal bibir serta lidah akan jadi kebas ... hoho. Rileks ... biar hilang dulu keadaan 'menggelegak' kuahnya, dan kepul-kepul asap panas. Ambik bau dulu .. dan baca doa .. :)
Keunikan Mee Sizzling
Mee Sizzling merupakan menu dari dari utara China. Kebanyakkannya disediakan dari Yee Mee yang asalnya kering dan keras. Setahu saya, masakan ini akan dimasak bersama cili kering, telur, cendawan dan sayur. Kalau ada lauk, akan diletakkan ayam yang telah direneh. Kuah Sizzling Mee bersifat likat, dek kerana adanya tepung jagung dicampurkan.Kalau rasa nak buat Mee Sizzling sendiri di rumah, boleh cuba jenguk di blog ni - Resepi Sizzling Mee Paling Mudah
Namun, andai memilih untuk merasai Mee Sizzling di luar, di kedai makan atau restoran .... pastikan anda waspada akan bahayanya. Ingat .. sedap tapi bahaya .. hoho.
Sizzling antara feveret saya kalau singgah foodcourt. Tapi saya biasanya ambil yang Kuey Tiow. Tambah cili potong...syiok oh. Kalau rushing memang melecur la lidah... panas o.
ReplyDeleteSaya pun suka makan....igt bahaya kesihatan td
ReplyDeleteYeyyy bahaya sangat tapi PC dan suami suka..biasa kalau order minta sayur lebih...tapi betul la Bro HH..hot plate dia bahaya...
ReplyDeletesaya tak minat mee ni...pernah sekali je makan...alhamdulillah tak masuk dalam mimpi hehe
ReplyDeleteteman sukaaaaaaa
ReplyDeleteLOL
ReplyDeleteSedap mee ni. Dah cuba mesti nak cuba lagi.
ReplyDeleteSekaang ni lagi bahaya lagi orang suka bro HH. Sedap mee ni. Tak pernah pula berjumpa bro masa ke AEON Ipoh.
ReplyDeletearwah tok aku suka makan mee sizzling ni..katanya nak makan 'mee asap'..ehehe
ReplyDeletepanas dan bekas pun panas.
ReplyDeletebest apa sizzling ni.. favorite..
ReplyDeletetak suka makan sizzling ni..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.