Memang syok kalau kita mohon kerja kerajaan pastu lulus peperiksaan, dan kemudian pula berjaya di dalam temuduga kerja kerajaan. Ia merupakan kerjaya yang ada jaminan tersendiri - banyak manfaat boleh dapat. Kalau saya nak senarai, memang leleh air mata dibuatnya terutama apabila post ini dibaca oleh mereka yang bukan kerja di dalam sektor tersebut.
Ketahui 4 Perkara Sebelum Mohon Kerja Gomen
Sebelum anda memohon jawatan dalam kerja kerajaan, anda perlu membuat tinjauan atau kajian yang terperinci kerana sebelum kerja kerajaan anda perlu tahu hal ini. Ianya akan memberi impak kepada kerja anda di masa yang akan datang sekiranya anda ambil mudah perkara ini.
- Kontrak perkhidmatan bertulis. Dalam kontrak ini terkandung beberapa maklumat penting iaitu nama majikan, jawatan pekerjaan, tarikh diterima berkhidmat, gaji permulaan, syarat dan masa bekerja, jumlah cuti, jumlah cuti sakit yang bergaji, faedah perubatan dan notis berhenti kerja.
- Akta Pekerjaan 1955 membuat ketetapan bahawa penyata gaji perlu disertakan bersama gaji pekerja. Dalam penyata tersebut perlu ada maklumat seperti gaji, bayaran kerja lebih masa, elaun, bonus, potongan KWSP dan PERKESO. Gaji pekerja haruslah dibayar dalam tempoh tidak lewat daripada hari ke 7 selepas hari terakhir setiap bulan.
- Cuti umum. Setiap penjawat awam berhak mendapat cuti sekurang-kurangnya 10 hari cuti umum bergaji, 4 daripadanya termasuklah Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Pemerintah Negeri atau Wilayah Persekutuan dan Hari Pekerja. Sekiranya anda ditimpa sakit pada hari cuti umum, anda boleh menuntut hak cuti bergaji di hari yang lain.
- Tidak datang bekerja. Sekiranya anda tidak hadir bekerja di kementerian, jabatan atau agensi kerajaan melebihi 2 hari berturut-turut tanpa kebenaran dari majikan, anda sudah dikira melanggar kontrak perkhidmatan. Sebaik-baiknya anda perlu mengemukakan bukti mengapa anda tidak hadir dan maklumkan perkara tersebut pada ketua jabatan anda.
Klik sini untuk masuk kerja kerajaan.
Untuk proses kemasukan dan mendapat kerja di dalam sektor awam ini, proses berikut kena dilalui:
- Mohon kerja menerusi laman web SPA dan isi borang SPAi8 secara online.
- Hadiri peperiksaan online
- Dipanggil untuk temuduga kerja
- Mungkin perlu hadiri kursus tertentu, contohnya jawatan PTD
[Baca] Peringatan Mengenai Tempoh Sah Laku Borang SPAi8 2016
Untuk dipanggil untuk hadiri peperiksaan online sahaja, dah kena tapis dan disaring ... kemudian ditemuduga pula ... anda boleh baca Pengalaman Ditemuduga Jawatan SPA
Hoho .. bukan mudah nak dapat kerja dalam sektor ini. Ada yang dah dapat kerja kerajaan kena tahu mengenai 4 perkara tadi. Terikat dengan beberapa perkara termasuklah kena buat Aku Janji. Yelah, manfaat banyak diberikan .. pastu dapat bantuan dari kerajaan, ada bonus, ada elaun .. fuh ...
Nak kerja kerajaan? Baca blog iKerjayaGraduan.com ehh.
Kredit Foto: Human Resource Online
Saya dah kena blacklist sebab tolak offer. Adeh.
ReplyDeleteRezeki belum lagi memihak pada PC...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.