Sedikit info dan pengetahuan sains tentang Teratai untuk perkongsian - Teratai (nymphaea) adalah nama genus untuk tanaman air dari keluarga Nymphaeaceae. Dalam bahasa Inggeris dikenal sebagai water-lily atau waterlily. Biji yang ada pada kelopak buah Teratai ini mempunyai khasiat tertentu, dan dipercayai boleh membantu dalam penyembuhan beberapa penyakit.
Sedap Ke Buah Teratai?
Cara Nak Makan
Nak makan buah Teratai ni, anda perlu keluarkan bijinya dari kelopak. Selepas itu, kenalah kupas buang kulit, dan anda akan dapat biji buah (benih) yang saya maksudkan ini. Di tengah-tengah (dalam) biji buah ini ada 'anak benih' berwarna hijau. Kalau tergigit atau termakan bahagian tersebut, perghhhhh memang pahit ... boleh berkerut dahi dibuatnya.Khasiat Buah Teratai
Menurut beberapa sumber dari pembacaan saya, biji buah teratai ini boleh membantu dalam menghadapi masalah sakit perut, cirit-birit dan penyakit berkaitan usus atau pencernaan. Jika makanan tak lawas, rasa susah nak kencing, maka elok makan buah teratai ni. Ada juga yang mengatakan biji buat teratai boleh membantu dalam masalah ejakulasi, demam panas dan juga masalah keputihan pada alat sulit wanita.Masa kecik dulu, pokok Teratai mudah je nak dijumpai di bahagian lombong-lombong terbiar sekitar kampung saya di Batu Gajah. Naik sampan, boleh pergi petik sendiri. Ada juga dijual di tepi-tepi jalan dan juga di pasar basah sekitar daerah Kinta, Kampar di Perak.
Rasa Buah Teratai
Rasa buah teratai ni adalah lemak-lemak manis. Kalau dapat yang muda, maka ada sedikit kelat. Jika anda terjumpa ianya dijual di tepi jalan ke .. nak pilih buah teratai yang bagus, pilih yang tidak terlalu kembang, dan tidak terlalu kuncup. Jika terlalu kembang, itu tandanya ia dah tua .. maka isi biji buah teratai tu dah tak berapa best, samalah juga jika terlalu kuncup, tandanya ia masih muda .. jadi kelat sedikit rasa isinya.Saya suka makan begitu sahaja, ibarat macam makan kuaci. Dulu, sambil lepak bawah tangga rumah arwah Opah, atau lepak memancing dengan kawan-kawan sekampung, maka buah teratailah jadi peneman. Ia boleh buatkan kita hilang dahaga ... huhuhu...
Emak saya pula suka keringkan batang teratai. Menurut emak saya, batang teratai yang dah kering boleh dijadikan ubat resdong. Caranya mudah .. hanya hisap batang teratai tu seperti menghisap rokok .. hahaha...
Huhu.. itu sahaja kot yang saya nak kongsikan mengenai teratai. Baru-baru ni, saya kongsikan gambar buah teratai di beberapa group Facebook, memang ramai yang tak tahu buah ni boleh dimakan, malah ada yang tidak tahu bahawa pokok Teratai ada buah.
Sekarang lagi susah nak dapat dah. Lombong banyak dah tak ada, semua dah kena timbus buat projek perumahan .. huhuhu..
owwhh, first time wawa dengar ni...")
BalasPadamSaya tahu benda ni dari kawan-kawan cina. Dorang ajar buat sup sayur.. sedap jugak.
BalasPadampernah dengar tapi tak pernah tengok dan makan la buah teratai ni...
BalasPadamfirst time MK tengok buahnya, biasa tengok bunga yg terapung atas air tu kan.
BalasPadamYeap. Tapi jangan tersilap dgn bunga kiambang, lotus
PadamOoh...ptutla kt vietnm bnyk jual biji teratai rse kacang...mukin saner masih bnyk paya berteratai ..
BalasPadamBuat sup sedap...
BalasPadamtak pernah try. macam sedap je.boleh makan rupanya
BalasPadamDia rasa lemak-lemak manis kalau yang muda .. :)
PadamSekarang ni ramai yang makan kuaci aje masa mancing. Boleh nak cuba juga.
BalasPadamDulu, mana ada duit nak beli. Nak gi kedai pun takut ,,,
PadamSemalam singgah rtc simpang pulai ada orang jual 1 ikat rm5.1 ikat ada la dalam 4-5 bunga teratai
BalasPadamHmm mahal gak ehh .. mungkin sebab dah susah nak dapat. Seingat sayalah, pernah beli RM1 je seikat, ada la dalam 10 batang.
Padamsedap juga buah teratai nie. Kalu dulu2 buah teratai ni murah jer harganya, sekarang dah agak mahal... walaupun tiada gst tetapi kawasan air dah semakin kurang, jadi mahu atau tidak harga pun naik jugak la...
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.