Semak Pendaftaran Haji Secara Online. Anda merupakan pendeposit di Tabung Haji? Sudahkah anda mendaftar untuk menunaikan ibadah Haji menerusi Tabung Haji? Jika belum, baik anda lakukan seberapa segera. Kalau boleh, lakukan ia sebaik sahaja anda sudah ada akaun pendeposit atau simpanan dengan Tabung Haji.

Jika anda merupakan pendeposit, anda sebenarnya boleh membuat pendaftaran haji dengan mudah secara online, malah anda boleh menyemak butiran pendaftaran yang telah dilakukan jika mahu kepastian. Saya baru sahaja membuat semakan secara online pendaftaran haji yang telah saya buat untuk seluruh famili saya.

Semak Pendaftaran Haji Secara Online

Semak Pendaftaran Haji Secara Online
Semakan serta pendaftaran haji secara online boleh dilakukan menerusi laman web terbaru Tabung Haji iaitu e-THiJARI. Apa yang diperlukan ialah nombor pin untuk melakukan pendaftaran buat kali pertama menggunakan sistem e-THiJARI ini. No pin boleh didapati menerusi kaunter-kaunter Tabung Haji seluruh Malaysia.
Semak Pendaftaran Haji Secara Online

Cara Membuat Semakan dan Pendaftaran Online Haji

  1. Untuk membuat semakan, anda perlu login ke e-THiJARI
  2. Masukkan id yang telah anda daftarkan
  3. Masukkan kata laluan anda
  4. Pergi ke menu Haji, dan klik samada:
    1. Pendaftaran Haji - untuk mendaftar menunaikan ibadah Haji
    2. Semakan Pendaftaran - untuk melihat butiran pendaftaran Haji
Sebenarnya ada beberapa cara lain untuk mendaftar dan menyemak status permohonan pendaftaran menunaikan haji. Ramai sebenarnya yang tidak tahu mengenai perkhidmatan yang telah disediakan ini. Maka, saya sukacita nak kongsikan apa yang saya tahu ini untuk kemudahan anda, dan semua yang mungkin mahu tahu.

Saluran Lain Daftar Haji

Pendaftaran haji sebenarnya boleh dilakukan melalui mesin ATM Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic. Selain itu portal Tabung Haji (e-THiJARI), pendaftaran boleh juga dibuat secara online menerusi portal kerajaan eKL dan juga laman web perbankan Maybank2u.

Jika anda membuat semakan menerusi e-THiJARI ... rekod akan kelihatan seperti di bawah ini. Ia juga akan menunjukkan butiran pasangan anda Muhrim (jika ada).
Semak Pendaftaran Haji Secara Online
Cuba lihat tahun saya dan isteri diberikan peruntukan tahun untuk tunaikan haji .. fuhhh ... lagi 40 tahun dari sekarang tu .... nasib baiklah hari tu tersedar untuk daftarkan pergi haji, termasuk sekali dengan semua anak-anak .. kalau lagi lambat ... maka, mungkin lebih lamalah terpaksa menunggu.

Penting sekali kita dah niat, dan lakukan sesuatu untuk tunaikan kewajipan ini. Doa je lepas ni agar Allah S.W.T panjangkan umur kami anak-beranak untuk sampai ke Tanah Suci menunaikan ibadah Haji, in Sha Allah.



3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terima kasih perkongsian semakan ini Bro HH.

    ReplyDelete
  2. Pelbagai salura kita boleh daftar sekarang..sama ada nak atau tidak je..tapi kalau daftar sekarang pasti nya tahun 2052..masa saya daftar beberapa tahun lepas pun dah dapat tahun 2032..tapi ini sekadar salah satu asbab untuk kita dapat menunaikan haji..

    Usaha ada..rezeki kita tunggu nanti ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement