Tips serta Penyelesaian Masalah Kewangan dan Pemilikan Rumah Sendiri Golongan Belia Generasi Y - #SayaZahra. Adakah anda masih ingat tentang video viral #SayaZahra yang mencetuskan polemik tentang realiti kehidupan generasi belia zaman sekarang iaitu Generasi Y (Gen Y), terutama sekali yang hidup dan tinggal di kota raya besar? Ia mendedahkan bahawa generasi ini berhadapan dengan masalah dengan cabaran kewangan yang hebat serta kesukaran untuk memiliki rumah sendiri.

Ucapan dari Siti Azzahra Abd Razly, seorang graduan Universiti dengan hashtag #SayaZahra menjadi trending serta mendapat pelbagai reaksi dari segenap ceruk dan sudut terutama sekali dari netizen. Banyak respon diberikan, namun apakah jalan penyelesaian terbaik serta praktikal untuk masalah yang dihadapi oleh Gen Y ini?

Maka itu, saya sukacita mahu berkongsi tips dan jalan penyelesaian yang mungkin untuk apa yang dihadapi oleh Gen Y seperti #SayaZahra. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh pembaca blog ini, yang saya percaya ramai terdiri dari generasi yang saya maksudkan.

Tips Serta Penyelesaian Masalah Kewangan dan Miliki Rumah Golongan Belia Gen Y

Ok, sekarang mari lihat dulu apa isi kandungan penting dalam ucapan #SayaZahra. Antara 6 perkara dalam isi ucapan Siti Azzahra di dalam majlis tersebut ialah:

  1. Kereta yang digunakannya dipinjam daripada bapanya dan dia membayar RM500 untuk keretanya.
  2. Zahra terpaksa menaiki LRT untuk ke pejabat apabila hujung bulan kerana kehabisan wang.
  3. Keinginan untuk memiliki rumah hanya tinggal angan-angan kerana untuk menyediakan deposit rumah sebanyak 10 peratus mengambil masa lima hingga tujuh tahun.
  4. Dia menyewa RM500 sebilik di dalam rumah dan berkongsi dengan lapan orang yang lain.
  5. Rumah di Kuala Lumpur amat mahal dan tidak mungkin golongan baru bekerja seperti Zahra membeli rumah tersebut.
  6. Kos peperiksaan profesional yang mahal dan hutang pendidikan masih belum dibayar.
Sudah tonton video tersebut? Sudah dapat tangkap apa yang diucapkan? Ada betul dengan 6 perkara yang saya senaraikan di atas tak? Sekarang, bolehlah saya memberikan kesimpulan bahawa generasi sekarang iaitu Generasi Y berhadapan dengan cabaran kewangan yang mengusutkan pemikiran mereka. Isu paling nampak ialah kesukaran dan kepayahan untuk memiliki rumah sendiri dan juga soal hutang yang masih belum berbayar.
Apakah nasihat kewangan praktikal untuk seorang lepasan universiti seperti Zahra ini? Bagaimanakah caranya untuk memiliki rumah sendiri dengan gaji sedia ada? Apa perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk golongan belia Generasi Y seperti Zahra?

Sekarang kita tengok info dan fakta berkaitan masalah yang dihadapi oleh Gen Y.

Cabaran Kewangan

Lihat infografik yang disediakan di bawah ini. Ia merupakan keputusan dari kajian yang telah dijalankan oleh Institut Kewangan Asia (AIF) terhadap 1000 golongan profesional muda berusia di antara 20 hingga 33 tahun di Malaysia.

Hutang. Gen Y mempunyai hutang jangka panjang yang menekan kehidupan serta memberikan cabaran kewangan yang terasa sukar untuk diselesaikan. Statistik ini juga menunjukkan walaupun golongan muda mempunyai kelulusan tinggi seperti ijazah sarjana dan sebagainya, namun kefahaman mengenai perancangan kewangan masih kurang. Ramai antara mereka terikat dengan hutang sebelum memulakan kerjaya profesional.
  1. 75 peratus mempunyai satu hutang jangka panjang 
  2. 37 peratus mempunyai lebih daripada satu hutang jangka panjang
  3. 40 peratus berbelanja diluar kemampuan
  4. 30 peratus hidup diluar kemampuan
Antara punca hutang ialah pinjaman peribadi, hutang kad kredit, hutang kenderaan serta juga pinjaman pendidikan.

Apabila dah jelas punca, maka seharusnya Gen Y tahu untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik. Elakkan penggunaan kad kredit, cuba jauhi pinjaman peribadi atau setidaknya memilih pinjaman yang bersesuaian dengan gaji. Dan langsaikan hutang pendidikan terlebih dahulu, dan pilih untuk tidak bermewah atau memiliki kenderaan baru. Nanti kita lihat sedikit perkiraan untuk hadapi bebanan kewangan ini di akhir post ini untuk masalah #SayaZahra sebagai satu contoh ye ..

Cabaran Memiliki Rumah

Salah satu kemelut Gen Y ialah sukar dan betapa mencabarnya untuk memiliki rumah. Di dalam akhbar Kosmo! pada November 2015 ada melaporkan cabaran-cabaran memiliki rumah ini. Ianya telah ditulis oleh Ketua Jabatan Syariah, Maybank Islamic Bhd, Muhd. Ramadhan Fitri Ellias, mari lihat antara cabaran tersebut ialah:
  1. Tidak mampu membeli rumah- Kenaikan kos sara hidup dan perbelanjaan harian menyebabkan pembeli tidak mampu membeli kerana komitmen lain yang memakan peratusan tinggi daripada jumlah gaji.  Dana yang diperlukan seperti 10 peratus deposit dan kos perundangan boleh memakan sehingga RM20 000 untuk rumah berharga RM100,000
     
  2. Pinjaman- Ramai pembeli rumah mengalami kesukaran untuk meminjam daripada bank kerana syarat pinjaman yang ketat disamping banyak bank yang enggan meluluskan pinjaman di bawah RM100 000. Adalah sukar untuk pembeli membeli rumah kos rendah di bawah harga tersebut.
  3. Harga rumah melambung- kesan monopoli sekumpulan pelabur yang membeli rumah dengan tujuan memanipulasi harga menjadi factor mengapa harga rumah di Malaysia melambung tinggi. Mereka yang dipanggil spekulator ini mencipta kenaikan harga rumah dan mengganggu kadar permintaan semasa. Sebagai contoh, unit-unit projek perumahan yang baharu sahaja dilancarkan akan dibeli oleh mereka lantas dijual selang beberapa tahun. Harga yang dijual pula ada yang mencecah 45 peratus lebih tinggi daripada harga beli.
  4. Banyak projek ‘high-rise’ mewah yang dibina di lokasi-lokasi strategik mengakibatkan ramai terpaksa membeli rumah di luar kawasan bandar seterusnya menjadi punca ‘reverse migration’ penduduk masa kini.
Jadi bagaimana untuk memiliki rumah kalau hadapi pelbagai halangan ini? Kita lihat penyelesaiannya di bawah ini ..
Tips serta Penyelesaian Masalah Kewangan dan Cara Memiliki Rumah Sendiri Untuk Belia Generasi Y Tips serta Penyelesaian Masalah Kewangan dan Cara Memiliki Rumah Sendiri Untuk Belia Generasi Y
Ramai antara kita, bukan sahaja Gen Y yang gagal dalam merancang kewangan. Jadi, perlu ada strategi untuk memudahkan merancang kedudukan kewangan sedia ada. Saya sudah beberapa kali berkongsikan tips berkaitan ini daripada mereka yang berjaya membuktikannya.

Kerana tidak berjaya merancang kewangan dengan betul, maka ramai golongan Gen Y yang hadapi masalah untuk membeli dan mendapatkan rumah. Untuk itu, dicadangkan untuk lihat langkah-langkah di bawah ini:
  1. Mengenalpasti kedudukan kewangan anda- Anda harus melakukan analisa mendalam mengenai status kewangan anda. Semak senarai hutang, senarai perbelanjaan dan buat perkiraan gaji dan komitmen.
     
  2. Matlamat- Anda harus menetapkan objektif kewangan anda bermula sekarang. Umumnya, objektif terdiri daripada tiga jangkamasa iaitu jangkamasa pendek, sederhana dan  panjang. Sebagai contoh, matlamat jangka pendek ialah untuk bercuti, jangka sederhana ialah menyelesaikan hutang pendidikan manakala jangkamasa panjang ialah rancangan persaraan dan perbelanjaan universiti untuk anak-anak anda.
     
  3. Rancang- Membuat pelan kewangan sebenarnya amat penting. Banyak tips-tips diluar sana yang berada di hujung jari anda. Mulakan dengan peratusan perbelanjaan. Formula yang digunakan kebanyakan orang ialah 50/30/20 iaitu:
    • 50 peratus komitmen untuk rumah, kereta, hutang
    • 30 peratus untuk kegunaan peribadi
    • 20 peratus untuk simpanan dan pelaburan masa hadapan
  1. Bertindak-  Realisasikan rancangan anda dan berhenti berbelanja secara boros. Kurang nafsu terhadap perbelanjaan makan,  modifikasi kereta,  dan lain-lain perkara yang dikategorikan sebagai kehendak berbanding keperluan (want vs need).

Tips serta Penyelesaian Masalah Kewangan dan Cara Memiliki Rumah Sendiri Untuk Belia Generasi Y
So? bagaimana ... sudah nampak jalan penyelesaian untuk masalah kewangan serta masalah memiliki rumah? Saya pasti golongan Gen Y seperti #SayaZahra sudah boleh berfikir dengan pengetahuan di atas tentang cara hadapi kehidupan sekarang yang serba mencabar.
[Klik Sini] Ketahui Cara Untuk Langkah Awal Gen Y Memiliki Rumah Impian Sendiri! Bukan Rumah PPRT atau Rumah Rakyat.

Ianya bukan benda baru, cuma kita terlalu memikirkan masalah sehingga lupa mencari dan mengguna-pakai jalan penyelesaian yang sebenarnya sudah berulang-kali diberitahu. Kita hanya nampak masalah, dan lebih suka hebahkannya daripada mencari, memberi serta mengamalkan tips penyelesaian yang ada. Dah terbeban, makin dibebankan .. bukannya mahu mengurangkan beban. Ada yang dah tahu .. tapi lebih suka menyimpannya sebagai satu rahsia untuk diri sendiri ... uhhh ..

Penyelesaian Masalah Kewangan dan Membeli Rumah Untuk #SayaZahra

Ok. Seperti dijanjikan, mari kita ambil contoh masalah #SayaZahra yang diawal tadi ada disebutkan (lihat enam perkara tadi). Di bawah ini, diberikan jalan penyelesaian untuk #SayaZahra... logik dan praktikal tak?

  1. Kereta - Sekiranya pejabat Zahra berdekatan dengan stesen LRT,  dia tidak perlu untuk memiliki kereta. Kereta adalah asset yang berkurangan nilainya mengikut tahun.  RM500 yang dibayar untuk kereta itu belum dicampur dengan kos minyak, tol, parking, dan penyelenggaraan yang boleh mencecah RM300. Zahra boleh membeli pas RapidKL bulanan yang hanya bernilai RM150.
     
  2. Rumah sewa - Zahra membayar RM500 untuk rumah sewanya dan terpaksa berhimpit dengan beberapa orang lagi. Sebagai alternatif, dia boleh mencari pangsapuri 800-900 kaki yang disewa pada kadar RM900-1000 dan berkongsi rumah itu bersama tiga atau empat orang lagi (Teknik Sublet). Kos sewaan hanya RM250 hingga RM300 sahaja.
     
Jika dikira, banyak yang boleh disimpan untuk membeli rumah oleh #SayaZahra. Lihat infografik di bawah ini, dan tengok kesimpulan akhirnya itu ...
Tips serta Penyelesaian Masalah Kewangan dan Cara Memiliki Rumah Sendiri Untuk Belia Generasi Y
Tips serta Penyelesaian Masalah Kewangan dan Cara Memiliki Rumah Sendiri Untuk Belia Generasi Y
Tips serta Penyelesaian Masalah Kewangan dan Cara Memiliki Rumah Sendiri Untuk Belia Generasi Y

Setelah 3 tahun bekerja tetap, jumlah yang boleh dikumpul hasil penjimatan adalah sebanyak RM30,600! Dan kita semua tahu, untuk rumah bernilai RM300,000; deposit atau bayaran muka perlulah sebanyak 10 peratus dari harga rumah ... hmmm rasanya jumlah tadi dah cukup menampung untuk kos awal memiliki rumah sendiri.... tak gitu?
Lawati laman web - Mega Three Housing untuk mengetahui dan mendapatkan info berkaitan rumah mampu milik untuk golongan belia atau Gen Y.

Artikel di atas telah diubahsuai dari blog asal di sini - Penyelesaian #SayaZahra bertujuan untuk mendidik golongan belia zaman kini agar memiliki pengetahuan berkaitan ilmu mentadbir kewangan sendiri. Semoga bermanfaat.


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Cabaran baru untuk generasi Y. Ubah cara berbelanja. Lebihkan menyimpan aset penting dahulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul .. ramai yang lebih suka berbelanja dahulu sebelum menyimpan.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement