Tips Jimat Bil Elektrik Apabila Guna Penghawa Dingin. Dalam cuaca panas sekarang, penghawa dingin merupakan antara kelengkapan rumah yang dioptimasi penggunaannya. Saya sendiri mempunyai sebuah penghawa dingin atau penyaman udara (aircond) jenama Acson yang diletakkan di bilik utama.

Saya beli aircond ni secara online .... siap dapat hadiah percuma yang memang best dari Acson. Boleh baca kisah tu di sini - Pengalaman Pertama Beli Penyaman Udara Acson Secara Online

5 Tips Jimat Bil Elektrik Apabila Menggunakan Penghawa Dingin

5 Tips Jimat Bil Elektrik Apabila Menggunakan Penghawa Dingin

Sejak dari dulu, ramai yang anggap rumah yang ada penghawa dingin adalah rumah orang kaya. Yelah, bukan mudah nak maintain bil elektrik kalau ada penghawa dingin ni. Saya sendiri anggap memiliki sebuah penghawa dingin merupakan satu keperluan mewah. Agak berkira-kira juga masa nak beli ... tapi alhamdulillah, dengan beberapa tips jimat cara guna penghawa dingin, bil elektrik boleh dikawal supaya tidak terlalu tinggi.

Secara amnya, sebuah rumah yang ada set penyaman udara atau pendingin udara ini akan mempunyai bil elektrik yang berjumlah dua kali ganda (jika satu), dan bertambah tiga kali ganda (jika lebih) berbanding purata bil tanpa menggunakan peralatan ini.

Contohnya, jika tanpa penghawa dingin digunakan, bil semasa adalah RM80 sebulan, maka apabila ada set penghawa dingin ni di dalam rumah, bil elekterik boleh melonjak menjadi RM140-RM160 sebulan.


Jadi, saya pasti ramai orang termasuklah diri saya sendiri mahu pastikan bahawa kos bil elektrik tidak terlalu membebankan, tanpa membuang keselesaan dan kenyamaan yang dapat andai menggunakan penghawa dingin. Mungkin dengan sedikit perubahan tentang cara mengaplikasikan kemudahan ini akan memberikan impak positif terhadap bil elektrik bulanan.

Saya nak kongsikan beberapa tips, teknik dan kaedah mudah yang dapat meningkatkan efisiensi penghawa dingin - yang mana bukan sahaja memberikan penjimatan penggunaan elektrik tetapi juga mengurangkan penggunaan tenaga yang sebenarnya boleh menjejaskan alam sekitar. Andai kita hormat alam sekitar, maka alam sekitar akan 'hormat' kepada kita sebagai penghuni bersama.

Tips Jimat Elektrik Jika Guna Penghawa Dingin

Pilih Kuasa (Horsepower) Yang Betul

Sebagai permulaan, adalah sangat penting untuk anda memikirkan mengenai kuasa yang diperlukan untuk menyamankan sebuah bilik. Jadi, keluasan bilik adalah aspek utama untuk pemilihan ini. Jika anda menggunakan kuasa penghawa dingin yang rendah (1.0H.P), ia mungkin tidak cukup berkemampuan untuk menyamankan sebuah bilik, bermakna ia akan beroperasi dengan lebih lama dan lebih menggunakan tenaga. Secara langsung, ia akan menyebabkan bil elektrik anda meningkat.

Walaubagaimanapun, jika menggunakan kuasa penghawa dingin yang terlalu besar (3.0HP), ia mungkin akan menyamankan bilik lebih pantas tetapi pada masa sama akan menyebabkan ruang menjadi lembab; iaitu sebaik sahaja penghawa dingin tertutup secara automatik. Keadaan ini menyebabkan anda tidak berasa selesa kerana kelembapan bilik tidak disekatakan dengan baik.

Tips Jimat Elektrik Jika Guna Penghawa Dingin

Secara amnya, kebanyakan bilik buat rumah di Malaysia memadai menggunakan penghawa dingin dengan kuasa 1.0HP - 2.0HP. Selain dari saiz bilik, ketinggian siling, sumber cahaya semulajadi dan jumlah penghuni menjadi aspek sampingan menentukan kuasa (horsepower) penghawa dingin.


Mengekalkan Suhu Yang Betul

Tips Jimat Elektrik Jika Guna Penghawa Dingin

Ketahuilah bahawa menetapkan suhu penghawa dingin yang betul dan membiarkan ia beroperasi ketika anda keluar rumah sebenarnya satu langkah yang baik untuk penjimatan tenaga. Sebelum ini, kita didogmakan bahawa membiarkan penyaman udara terpasang akan menyebabkan peningkatan penggunaan tenaga.

Segalanya telah dibuktikan menerusi kajian, bahawasanya tenaga dapat dijimatkan lebih baik kerana kompressor tidak perlu on off semata untuk menyejukan bilik. Untuk itu, suhu ideal untuk penetapan penghawa dingin ialah antara 22 - 26 darjah celsius - suhu bilik yang ideal. Ini akan membolehkan kompressor berada di dalam keadaan bersedia dan bukannya terpaksa bekerja keras untuk menyejukkan bilik.

Penapis Perlu Dibersihkan Sentiasa

Bersihkan penapis udara aircond

Kena pastikan aliran udara lancar pada penghawa dingin, maka sangat penting untuk memastikan bahawa penapis udara sentiasa bersih daripada kekotoran bagi mengelakkan sebarang halangan. Jika penapis udara kotor, maka lebih tenaga diperlukan untuk memaksa aliran udara menerusi unit penghawa dingin.

Juga penting ialah memastikan tiada sebarang serpihan batu, sampah yang berada berdekatan koil dan unit luar. Sebagai tambahan, anda boleh lakukan servis kepada unit luar setahun sekali untuk memeriksa samada tiada kebocoran pada saluran penghubung dan juga koil.

[Dah Baca?] 8 Tips Guna Peti Sejuk - Menjimatkan Tenaga dan Bil Elektrik

Memilih Model Inverter

Memilih model terbaik dalam kelas penghawa dingin adalah sangat penting untuk langkah penjimatan bil elektrik. Teknologi inverter memang digunakan secara meluas dalam peralatan elektrik yang melibatkan penyejukan. Ia terbukti memaksima keupayaan tanpa melibatkan penggunaan tenaga secara berlebihan.

Menurut kajian, teknologi ini membolehkan penjimatan elektrik sehingga 20%-40%.


Gunakan Alternatif

Penggunaan kipas dapat membantu dalam pengaliran udara yang baik, memastikan bahawa udara yang nyaman dapat dioptimasi secara seimbang. Kipas gunakan jumlah tenaga yang kecil dan membolehkan sesebuah ruang tidak terasa sesak, dan suhu adalah sekata.

[Dah Baca?] 21 Tips Jimat Tenaga dan Elektrik

Penggunaan bersama penghawa dingin bersama kipas membolehkan fungsi termostat dioptimumkan, dan mengelakkan berlakunya penggunaan tenaga yang besar semata untuk pelarasan suhu.

Elakkan pembaziran tenaga, dan pada masa sama menjimatkan kos dan bil elektrik anda.

Sumber: Acson Air Conditioning

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. yalah kan..satu informasi yang sangat mantap buat saya..

    BalasPadam
  2. Berguna tips ni. Terima kasih HH. Duduk rumah sewa kampung tak berapa sesuai nak pasang penghawa dingin.Banyak lubang-lubang dinding papan.Peace.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rumah kampung memanglah tidak disyorkan pakai aircond .. hehe

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement