Pada 27 hb Februari 2016, saya dan keluarga telah berkesempatan ke MAPS My Dream Carnival yang diadakan di tapak Movie Animation Park Studio (MAPS) yang terletak di Meru Raya, Ipoh. Memang ramai yang datang untuk dapatkan pass tiket masuk ke MAPS ini, yang bakal dibuka sekitar bulan Julai 2016. Paling ramai tentunya sekali warga negeri Perak, kerana ada promosi khas diberikan.

Dan sebab itulah, saya bersama isteri dan anak-anak sanggup dari Penang ke MAPS untuk dapatkan promosi pass tahunan warga Perak yang ditawarkan dengan harga yang super-duper jimat. Ok, meh kita tambah pengetahuan sedikit mengenai MAPS ini.

Beli Pass Tahunan Movie Animation Park Studio (MAPS) Perak

Beli Pass Tahunan Movie Animation Park Studio (MAPS) Perak
Movie Animation Park Studio (MAPS) Perak ini merupakan sebuah taman tema animasi yang pertama di Malaysia. Ia merangkumi keluasan 20.8 hektar termasuk juga tasik yang menjadi 'pintu masuk' ke taman tema ini. Kos yang terlibat adalah sebanyak RM450 juta, menampilkan karektor animasi popular di dunia dan juga Malaysia. Antaranya ialah karektor animasi dari Dreamworks Studios, termasuklah Mr Peabody and Sherman, The Croods, Megamind dan Casper the Friendly Ghost. Animasi popular zaman 80an, Smurfs juga akan ditampilkan di MAPS. Manakala, animasi popular dari Malaysia yang akan menjadi penghuni di MAPS ialah Boboiboy.
Movie Animation Park Studio (MAPS) Perak
Movie Animation Park Studio (MAPS) Perak
Malah, saya difahamkan satu perkampungan ala animasi Boboiboy akan turut dibangunkan, dengan penampilan istimewa Warung Tok Abah, yang menghidangkan menu koko yang popular dalam siri animasi ini. Pengunjung juga akan dapat menyaksikan sendiri BoBoiBoy dijelmakan di MAPS menerusi filem pengembaraan 4D yang dihasilkan secara eksklusif yang hanya dapat disaksikan di MAPS Perak.

MAPS bakal menampilkan lebih daripada 40 tarikan istimewa untuk pengunjung, meliputi persembahan stunt secara live menerusi Stunts Legend, permainan tema animasi, selain gerai dan makanan tema mengikut animasi popular yang ada di sini.

Jadi, memang menariklah tempat ni, dan kerana itulah saya dan isteri telah menempah 4 pass tahunan khusus untuk warga Perak semasa My Dream Carnival tempoh hari. Kami telah membeli pakej beli 4 percuma 1 dengan kos keseluruhan untuk pass tahunan ini adalah sebanyak RM690.
Movie Animation Park Studio (MAPS) Perak
Movie Animation Park Studio (MAPS) Perak
Movie Animation Park Studio (MAPS) Perak
Dengan pass tahunan ini, bolehlah kami pergi ke MAPS setiap hari selama setahun tanpa sebarang bayaran tambahan....huhuhu apabila dijangka buka pada Julai 2016.
  • Pass Tahunan MAPS tidak boleh bertukar tangan/pemilik.
  • Pass Tahunan MAPS ada gambar pemilik.
  • Boleh akses ke taman tema tanpa had selama setahun.
  • Mendapat diskaun istimewa untuk pembelian makanan dan minuman dalam taman tema.
Semasa datang ke My Dream Carnival ini, dapatlah saksikan beberapa karektor animasi yang ditampilkan. Malah, ada pertunjukkan stunt aksi motorsikal menampilkan wanita stunt pertama Malaysia .. huhuhu..... pertunjukan manusia makan api pun ada .... memang happeninglah.
Movie Animation Park Studio (MAPS) Perak
Tapi, sayang sekali saya tak kesempatan nak ambil gambar yang best ... cuma ada beberapa gambar keadaan di karnival itu sahaja dapat saya kongsikan kepada anda.

Promosi oleh MAPS untuk tempoh terhad ada dilakukan menerusi roadshow tertentu yang boleh anda rujuk di laman FB MAPS. Paling terbaru di Ipoh Parade dan juga di Matta Fair, Kuala Lumpur 2016. Harga promosi untuk dapatkan pass tahunan MAPS adalah seperti di bawah:
Harga tiket Movie Animation Park Studio (MAPS) Perak
Oh ya, untuk mendapatkan harga istimewa terutama sekali untuk Perak Pass, anda wajib sertakan kad pengenalan anda, isteri, serta anak-anak untuk tujuan semakan dan pengisian borang. Kalau tak, mungkin permohonan anda akan ada masalah, tetapi ikut budi bicara mereka .. in Sha Allah, cukup sahaja kalau kedua ibu bapa adalah warga Perak (bersandarkan nombor kad pengenalan).

Semua pass boleh didapatkan dalam bentuk kad bermula 1 Mac 2016 di pejabat MAPS di Meru Raya Perak.

Fuh.. tetiba saya rasa excited lak .. huhuhu....


5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ada lalu dekat sini semalam. Tapi tak singgah lagi.

    ReplyDelete
  2. Bagi saya, harga tu ok je sbb boleh main pelabagai mainan dgn bayar sekali je. Xperlu bayar utk setiap stations. Dn yg paling win, utk pass perak. Sbb nye, harga utk setahun tu, kira murahlah. Rumah atok pulak dkt je dgn maps. Boleh selalu pergi. Huhuhu.

    ReplyDelete
  3. Bagi saya, harga ok je. Sbb nye, boleh main banyak kali dn semua stations dgn bayar sekali je. Boleh main smpai tak larat. Lpstu, pelbagai mainan menarik pulak yg disediakan. Yg paling win, harga utk pass perak. Kira murah la tiket utk pass perak sbb boleh main berulang kali selama setahun, dn dpt potongan harga. Boleh dtg selalu ke maps selama setahun sbb rumah atok dkt je. Tp, tunggu tahun dpn lg berbaloi sbb permainan lebih byk dibuka.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement