Siapa yang pergi bercuti ke Bandung, Indonesia .. kalau tak pergi Trans Studio ni .. memang rugilah. Dan kalau rasa nak pergi, pastikan anda memilih waktu awal pagi, kalau boleh betul-betul waktu ia dibuka, nanti kang .. tak puas sebab seharian di Trans Studio mungkin tak cukup, apatah lagi bila bawa anak-anak yang dah cukup ketinggian untuk main semua permainan dalam Trans Studio ni.
Berdesup Jantung Naik Indosat Vertigo Galaxy, Trans Studio Bandung
Gambar percutian saya dan keluarga di Trans Studio memang menggamit kenangan betul, apatah lagi ada kisah yang tidak dapat dilupakan berlaku di situ. Mana taknya, inilah pertama kali dalam sejarah hidup saya, merasai debaran seolah nak mati dibuatnya dengan menaiki Indosat Vertigo Galaxy.Indosat Vertigo Galaxy adalah satu kincir raksasa di dalam Trans Studio yang berputar 360 darjah dengan ketinggian. Bagai nak jatuh jantung saya dibuatnya. Saya naik bersama isteri dan anak saya yang sulong ... derang rileks je ... tapi saya .. ia telah jadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan! Permainan yang menguji tahap ketakutan ini hanya untuk orang dewasa dan buat remaja yang lepasi ketinggian 130cm.
Namun, agak malang sekali sebab saya tak ada gambar menaiki Indosat Vertigo Galaxy ni, apa yang ada hanyalah dua gambar berhadapan studio permainan ini. Macamana nak ambil gambar, lepas dah turun, tangan dan kaki ada sedikit gigil daaa .. hahaha. Gambar yang ada pun hanyalah sebelum menaiki benda tu .... gagah lagi masa tu.
Sebelum Mencuba Indosat Vertigo Galaxy ...
Sebelum naik Indosat Vertigo Galaxy, ada beberapa bahagian studio lain yang kami masuk, terutama sekali bahagian untuk anak-anak kecil. Ia berada di bahagian bawah, jadi kena turun tangga ke studio tersebut ... anak-anak saya memang layanlah sebab waktu tu masih awal, tak ramai pengunjung.[Baca] 4 Tempat (Wisata) Shopping Jimat di Bandung
Kami datang ke Trans Studio Bandung, sebelum pintu masuk dibuka lagi. Jadi, dapatlah kesempatan untuk melihat show percuma dari staff-staff Trans Studio Bandung yang imut-imut belaka. Saya difahamkan, ia dilakukan setiap hari setiap kali dibuka untuk pengunjung bagi meraikan kehadiran. Masa nak masuk, memang ramai orang, siap kena beratur dan berhimpit-himpit lagi.
Gambar-Gambar di Luar Trans Studio Bandung
Beberapa gambar sebelum masuk ke Trans Studio....Uhh kat luar Trans Studio Bandung ni pun dah rasa teruja .. belum lagi masuk! Kami diberikan hamparan karpet merah, yang tu saya sangat suka, terasa dihargai .... walaupun terpaksa bersenggol-sengolan dengan cewek-cewek ... kui kui kui ... Apa yang dibuat ini merupakan satu bentuk untuk menghormati tetamu. Bagus nak dipraktikkan dalam amalan berniaga. Kat Malaysia ada buat ke ehh?
[Baca] Muzium-Muzium Yang Ada Di Kota Bandung
Masuk je beberapa langkah, terus ambil gambar ... mana yang rasa menarik je saya dan wife akan snap; sampai baru tersedar ada hampir 100 gambar hanya di Trans Studio sahaja. Tak termuat nak masuk dalam sebuah post percutian keluarga ni.
Banyak lagi benda yang saya nak kongsikan .... jadi, kena tunggu post lain, boleh cuba semak-semak menerusi kategori Holiday Getaway ...
In shaa Allah bakal ke Bandung dan masih terfikir2 nak pegi atau tidak kat sini. Haha. Serammmm.
BalasPadamkiranya mcam Universal Studio Singapore ke?
BalasPadamTerimakasih banyak gan, sangat bermanfaat sekali tutorialnya...salam sukses buat admin.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.