Gempar! Burger Bakar Meletup di Parit Buntar ... fuh. Memang meletup nama burger ni. Diusahakan oleh dua orang anak muda, Burger Bakar Letup semakin mendapat perhatian dan dikenali di Parit Buntar. Lokasinya adalah di depan Taman Wawasan, berdekatan dengan Kedai RM2. Nak tahu lebih spesifik, boleh jamu mata dengan gambar-gambar yang disediakan.

Saya dan anak-anak memang kadangkala akan cari makanan segera seperti burger. Dan Burger Bakar Letup adalah salah satu daripada pilihan saya sebagai House Husband yang malas nak masak memalam .. haha ... Burger ni bukan sahaja unik, tetapi sedap dan daging burger pula dihasilkan sendiri. Uhh best oo.

Burger Bakar Meletup di Parit Buntar

Burger Bakar Meletup di Parit Buntar
Burger Bakar Letup Parit Buntar - Bagi saya, ini antara satu-satunya tempat yang boleh dapat Burger Bakar yang sedap, lazat dan membuatkan air liur meleleh hanya dengan melihat isi kandungan di sebalik bungkusan burger. Mungkin citarasa tak sama, tetapi tak banyak tempat di Parit Buntar yang ada jual Burger Bakar ... jadi saya fikir inilah pilihan terbaik yang ada .. hoho.

Burger Bakar Letup boleh anda jumpa setiap malam. Cara nak kenalpasti adalah dengan melihat van yang akan parking betul-betul di depan sebuah kedai minuman yang terkenal di Malaysia - oppss bertentangan dengan kedai. Perghh .. memang bijak akal dua orang anak muda yang mengusahakan burger bakar ni ..  pilih lokasi sangat strategik dengan meminimakan kos untuk pengiklanan .. hoho
Burger Bakar Meletup di Parit Buntar
Burger Bakar Meletup di Parit Buntar
Burger Bakar Meletup di Parit Buntar
Ada banyak pilihan menu Burger Bakar Letup ni. Harganya pula saya kira agak berpatutan memandangkan daging burger dan ayam adalah hasil buatan sendiri. Yeap .. buat sendiri .. bukan beli yang dah siap. Anda boleh lihat sendiri bagaimana proses daging diempap-empap, dileperkan, digebukan, dan dibulatkan di depan anda. Resepi membuatnya? Itu kena tanya pada empunya Burger Bakar Letup .. hoho

Daging burger yang dihasilkan sendiri memang terbaik. Anda boleh rasa keenakkan rempah ratusnya dalam daging. Paling syok ialah apabila ianya dibakar, ia tidak kejong keras .. tetapi lembut. Berbeza dengan burger daging biasa, isi daging lebih empuk, lebih beraroma selain saiznya yang lebih besar. Jadi, makan memang puas hatilah.
Burger Bakar Meletup di Parit Buntar
Burger Bakar Meletup di Parit Buntar
Burger Bakar Letup
Kalau anda nak merasa burger dengan daging bakar terbaik, bolehlah mencuba Burger Bakar Letup ini ...  siap masuk akhbar dah Burger Bakar Letup Parit Buntar, jadi tak boleh tidak .. anda perlu cuba; lebih-lebih lagi kalau kebetulan berada di pekan Parit Buntar.
Burger Bakar Letup
Oh ya, boleh pesan siap-siap dengan telefon sahaja Burger Bakar Letup ni ... so, boleh datang mai ambik je tanpa perlu tunggu lelama.


15 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ini baru burger ni bang.. sedap nampak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm sedap .. tapi tekak ni tak bertahan lama .. haha

      Delete
  2. burger ni daging dia yang main peranan..sedap dagingnya..in sha Allah sedaplah keseluruhan burger tu...tengok dagingnya besar dan tebal Bro HH..wah..

    ReplyDelete
  3. Hehehe.. macam-macam nama digunakan untuk tarik pelanggan. Berdasarkan pada gambar, InsyaAllah sedap tu.

    ReplyDelete
  4. wowww, boleh tahan.. rasa macam nak cuba je.. tapi jauh laa.. hehe

    ReplyDelete
  5. burger bakar kat area gua ni kebanyakannya dah tak sedap..nape tah..Sumo Burger kat Ipoh ni je rasa masih maintain..em..lama plak tak pegi..:P

    ReplyDelete
  6. Fuyooooo hebat betui berger bakaq...

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Memang tebal dan lembut ... :) puas hati makan daging dia

      Delete
  8. huhu..smue letup2 menu..bole try nie..lme da x kne burger bakar..tp mne eh parit buntar nie...erk..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parit Buntar kampung mertua Shahizey Sam ... :P

      Delete
  9. depan dengan petronas parit buntar tue kan. Kalau balik kampung memang jadi bahan supper kalau kebulur tetengah malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer ... dekat2 situlah. Memalam lepas kul 10 memang selalunya ramai orang.

      Delete
  10. Sedapnya burger bakar. Harganya pun berpatutan tu.

    ReplyDelete
  11. Selalu pergi parit buntar siang hari aje. Tak berkesempatan lagi sampai malam. Nanti pergi malam boleh cuba.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement