Cara Semak Status Kredit CTOS - Adakah anda mempunyai masalah dengan pinjaman? Atau anda mahu tahu status kredit anda sebelum membuat pinjaman? Anda mungkin perlu menyemak status kredit anda menggunakan CTOS.

CTOS (Credit Tip Off Service) merupakan sistem pangkalan data yang menghimpunkan data-data berkaitan kredit individu dan juga syarikat di Malaysia. CTOS digunakan oleh kebanyakkan individu, pemberi pinjaman, syarikat kewangan serta bank untuk menyemak samada seseorang itu layak untuk diberikan pinjaman. Mereka yang tersenarai di dalam CTOS tidak semestinya mereka yang mempunyai masalah kewangan, namun seandainya skor kemampuan kewangan adalah rendah, kemungkinan untuk mendapat kelulusan pinjaman adalah sangat kecil.

Bagi individu yang disenaraikan dalam CTOS tetapi mempunyai skor kemampuan yang tinggi, individu tersebut mungkin mendapat kelulusan pinjaman dengan mudah, tanpa birokrasi yang ketat. Malah, mungkin ditawarkan kadar faedah yang rendah untuk pinjaman yang diminta.

Cara Membuat Semakan Status Kredit CTOS

CTOS menyediakan laporan kewangan secara terperinci seseorang individu; ini termasuklah data-data pinjaman terdahulu, merangkumi pinjaman pendidikan, pinjaman kereta, pinjaman pembelian rumah, sewa beli dan sebagainya. Sumber maklumat diperoleh CTOS adalah menerusi berikut:
  1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  2. Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) Bank Negara
  3. Cek dikembalikan daripada Bank Negara Malaysia
  4. Surat khabar
  5. Terbitan warta
  6. Jabatan Insolvensi Malaysia

Cara Membuat Semakan Status Kredit CTOS

Sebelum mendaftar, anda perlu menyediakan salinan MyKad (depan-belakang) yang telah diimbas atau di dalam bentuk imej untuk dimuat-naik sebagai pengesahan pengenalan diri.

Namun begitu, pengesahan identiti ini juga boleh dilakukan menerusi cara-cara berikut (selepas pendaftaran dibuat):
  • Imbas MyKad (depan-belakang) dan email ke - ctosid@ctos.com.my
  • Ambil gambar MyKad ( depan-belakang) dan hantar menerusi MMS ke 017-337 6396, 019-201 6396, 019-673 6396
  • Pos salinan MyKad (depan-belakang) ke pejabat CTOS

[Baca] Jana Income 4 Angka Secara Sambilan Menerusi Sublet Hartanah

Pendaftaran CTOS amat mudah dan percuma, anda perlu mengisi butiran diri anda seperti ditunjukkan di bawah ini:
Cara Semak Status Kredit CTOS
Cara Semak Status Kredit CTOS
Cara Semak Status Kredit CTOS
Anda kemudian akan menerima beberapa siri email dari CTOS untuk pengesahan maklumat, dan kemudiannya pemberitahuan mengenai akaun CTOS anda.

Dua Cara Menyemak Status Kredit CTOS

Semakan status kredit CTOS boleh dilakukan menerusi beberapa kaedah:
  1. Login ke laman web CTOS untuk memohon laporan kewangan atau kredit anda.
  2. Menerusi aplikasi CTOS yang boleh dimuat turun percuma di Google Play dan AppStore.
Cara Semak Status Kredit CTOS Secara Online
Kepada individu yang telah mendaftar, mereka akan diberikan User-ID CTOS. Menerusi id ini, perkara berikut akan dapat dimanfaatkan:
  1. Anda akan dimaklumkan apabila CTOS memproses maklumat baru mengenai anda 
  2. Akses ke kredit report anda melalui laman web 
  3. Berkomunikasi dengan pihak CTOS tentang CID atau sebarang perkara berkaitan dengan laporan kredit anda.

Ini bermakna, jika ada mana-mana individu atau syarikat yang cuba memeriksa latar kewangan anda untuk sebarang urusan berkaitan kredit dan pinjaman, anda akan tahu ... dan boleh mengelakkan diri anda dari dipergunakan atau menjadi mangsa penipuan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

[Baca] Bagaimana Nak Buat Bisnes menerusi Rumah Yang Anda Sewa

Semoga informasi ini dapat dimanfaatkan, khusus untuk mereka yang mungkin mahu membuat pinjaman untuk membeli rumah, membeli kereta atau mana yang berkaitan.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih atas info ini En.HH =)

    BalasPadam
  2. Memang menyusahkan sangat kalau kena CTOS ni.

    BalasPadam
  3. kalau dah hutang tak bayar..memang tu lah hukuman yang terpaksa diterima..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement