Uhh tetiba teringin nak ke Bandung, Indonesia. Memang best kalau pergi ke Bandung, lebih-lebih lagi untuk bershopping di sana. Antara tempat yang best untuk pergi di Bandung ialah Jalan Cibaduyut. Di sinilah tempat yang dianggap sebagai pilihan untuk shopping barangan kulit terutamanya kasut atau sepatu.

Cibaduyut Bandung - Syurga Sepatu Kulit Nusantara

Jika anda nak mencari kasut berjenama terkenal dengan harga murah, dengan kualiti jahitan terbaik, maka bolehlah ke Cibaduyut. Ada kompleks beli belah dengan disediakan parking untuk bas persiaran berada di sini. Dari luar nampak kecil sahaja, tetapi bila dah masuk ke dalam parking - di bahagian dalam bangunan .. barulah tahu kompleks itu ada banyak kedai yang menjual barangan kulit khususnya beg dan kasut.

Di luar bangunan .. ada banyak kedai tepi jalan yang menjual barangan yang sama. Malah, ada yang menjual dengan harga yang jauh lebih murah daripada apa yang ada di dalam kompleks. Terdapat juga ramai peniaga jalanan yang menjual pelbagai barangan lain, yang pastinya akan membuatkan anda lemas ... hahaha... :)
Cibaduyut Bandung - Syurga Sepatu Kulit Nusantara
Semasa saya di Cibaduyut, sempat juga saya beli sepasang kasut kulit jenama Kickers. Memang puas hati memakainya ... walaupun agak berat untuk kaki saya, tetapi dari segi kualiti jahitan dan juga kulit kasut memang terbaiklah. Berkali-kali diuji oleh peniaga di situ untuk meyakinkan saya bahawa apa yang saya beli itu tersangatlah berbaloi.
Cibaduyut Bandung - Syurga Sepatu Kulit Nusantara
Cibaduyut Bandung - Syurga Sepatu Kulit Nusantara
Isteri dan anak-anak juga sempat beli beberapa pasang kasut dan selipar kulit. Uhh kalaulah bajet banyak, memang boleh angkat berpasang-pasang kasut dan selipar yang dijual. Kulit terbaik oooo .. original, bukan campuran punya.

[Baca] Perkara Pertama Dilakukan Bila Tiba di Bandung

Mungkin nanti, andai ada kesempatan .. saya nak ke Bandung lagi, in Sha Allah .. Cibaduyut akan saya singgah untuk tambah koleksi kasut kulit yang ada - setakat ini ada 2 je .. huhuhu....
Kompleks jual barangan kulit di Bandung, Indonesia
Kompleks Cibaduyut - jual barangan kulit
Anda pernah pergi sini tak? Kalau ada, mungkin boleh kongsikan pengalaman anda sedikit sebanyak di ruangan komen. Jangan lupa baca beberapa kisah menarik saya dan keluarga di Bandung dalam post-post lepas ... :)


1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Banyak juga sepatu kulit di bandung... perlu hati2 ya dalam membuat pilihan :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement