Saya sebagai seorang blogger yang aktif sentiasa ada keinginan dan komited dalam aspek penjagaan peribadi, kebersihan diri dan keinginan kelihatan terbaik, sama seperti wanita. Prinsip yang menyifatkan lelaki aktif dan 'macho' tidak mengambil berat tentang penampilan luaran sudah tidak benar kerana realiti hari ini amat berbeza. Apatah lagi untuk diri saya sebagai seorang suami dan ayah kepada ketiga orang anak saya; pastinya penampilan dan aspek kebersihan diri perlu dititik-beratkan.
Dashing MCFC Khusus Untuk Lelaki Aktif
Cuba anda lihat hero-hero bolasepak pasukan Manchester City sekarang. Mereka merupakan legenda dalam arena sukan yang mempunyai tarikan gaya tersendiri dan sangat menjaga penampilan diri. Antaranya ialah Sergio Aguero, Vincent Kompany, Samir Nasri dan David Silva.
5 Pembersih Muka Dashing Untuk Lelaki Aktif
Saya perkenalkan lima produk di dalam rangkaian pembersih muka Dashing MCFC ini:ICY FRESH: Dashing Icy Fresh mengandungi Ice Glacier Water (air ais glasier) untuk kesegaran segera dan hidrasi kulit. Ia memberikan kesegaran berpanjangan dan sensasi kesejukan kepada kulit dengan melegakan haba berlebihan secara pantas. Atasi kekeringan dan kick it cool seperti David Silva.
OIL CLEAR: Dashing Oil Clear diformulasi dengan kandungan rahsia arang buluh yang menyingkirkan kotoran & minyak berlebihan daripada kulit menjadikan wajah bebas minyak dengan berkesan. Memberikan perlindungan terkuat daripada minyak seperti pertahanan tengah, Vincent Kompany.
EXTRA WHITE: Dapatkan kulit putih dan serlahkan diri bak penyerang, Samir Nasri. Diformulasi bersama tumbuh-tumbuhan pergunungan Alp Switzerland, Dashing Extra White memberikan anda kulit lebih ringan, cerah & tona sekata. Ia turut dilengkapi perlindungan UV bagi mengelakkan bintik-bintik gelap.
ACNE FREE: 'Tiada siapa lebih mahir menggelecek & menjaringkan gol setangkas Sergio Aguero!' Hapuskan akne bersama Dashing Acne Free yang diformulasi istimewa dengan Zink & Lempung (tanah liat) bagi melawan akne penyebab bakteria. Ia turut menjadikan kulit licin dan sihat dari luaran sekali gus memberi pembersihan pantas kepada kulit!
Lima produk terbaik daripada Dashing. Pilih mana yang sesuai dengan diri anda, dan jadikan diri anda sebagai seorang yang kekal aktif tetapi tetap mementingkan kebersihan diri di tahap paling baik. Jadilah seperti legenda sukan bolasepak MCFC.
Produk ini kini dijual di semua kedai, dan pasaraya berhampiran.
Pembersih Muka Dashing boleh didapati dalam pek 100g pada harga RM10.90 dan 50g pada harga RM6.90. Jadi buat golongan lelaki di luar sana, teruskan menerokai gaya hidup aktif anda tanpa dibimbangi masalah kulit kerana Dashing akan menyelesaikan masalah tersebut.
nanti nak try beli kat suami la hihih
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.