Tahukah anda bahawa terdapat satu tempat atau lokasi di China yang mana anda boleh dapatkan perabot-perabot baru dengan harga berkali-kali ganda lebih murah? Perabot-perabotnya pula adalah standard kualiti seperti yang dijual di IKEA, Malaysia. Tentunya ia sangat berbaloi, dan menjimatkan khususnya untuk memenuhi ruang rumah yang masih baru dibeli. Tempat yang saya maksudkan itu adalah di Lecong Furniture Market, Fooshan, China.

Sebenarnya, saya tidak tahu akan mana letaknya Lecong Furniture Market, Fooshan ini. Malah, saya tidak pernah dalam seumur hidup sampai ke China (setakat post ini ditulis), tetapi ... saya suka berkongsikan informasi yang telah viral sejak beberapa minggu lalu, yang telah ditulis oleh salah seorang sifu dalam bidang Forex Trading, iaitu Tuan Khalid Hamid atau Abang Lid. Saya ada sebut mengenai diri beliau yang pakar dalam Forex Trading dalam post saya bertajuk Kesempatan Belajar Forex Trading Secara Online

Fooshan Lubuk Perabot Murah di China

Fooshan Lubuk Perabot Murah di China
Post mengenai Fooshan sebagai lubuk perabut murah di China ini telah menjadi viral sejak dikongsikan pada 18 Mac 2016. Post mengenai lubuk perabut murah Abang Lid telah dikongsi sebanyak 11,856 kali, lebih 7.7 ribu likes dan mempunyai 3.2 ribu komen, ketika post ini saya tulis. Memang informasi yang sangat bermanfaat dikongsikan menerusi Facebook Abang Lid.
Post Viral Abang Lid Tentang Fooshan Lubuk Perabot Murah di China
Berikut adalah perkongsian Abang Lid yang telah menjadi viral itu ... moga sama pembaca blog ini dapat manfaat sebaiknya.

====

NAK BELI PERABOT MURAH? SINI LUBUKNYA. BOLEH JIMAT RIBU-RIBU WOO!

Saya kini berada di Foshan, China. Naik flight turun kat Guangzhou kemudian naik teksi selama 1 jam. Tujuan saya ke sini ialah untuk membeli perabot-perabot murah bagi melengkapkan rumah baru saya yang bakal selesai renovation nya awal bulan depan.

Ada satu tempat dalam Foshan ni yang sangat-sangat best. Apa perasaan anda bila nampak meja office macam kat IKAE (bukan nama sebenar) RM1,500 tapi kat sini cuma RM260 je? Atau sofa FFS (pun bukan nama sebenar) yang RM4-5k dijual RM1-2k di sini? Or set bilik tidur maharaja yang RM7-8k, kat sini baru RM2-3k? Mesti rasa nak nangis kan? Huhuhu...
Lubuk Perabot Murah di Lecong, Fooshan China
Ya begitulah realitinya di sini. Itu baru satu barang tu. Kalau anda beli banyak memang puluh ribu gak jimatnya. Memang benar bagai dikata, di sini semuanya murah berkali-kali ganda. Selepas tolak flight, hotel dan shipping cost anda masih jimat banyak. Syaratnya kena beli banyak barang lah baru berbaloi. Hotel + flight dalam RM1,600 pergi balik 5 hari 4 malam.

Cakap lah nak cari apa, segala mak nenek perabot ada jual kat sini dalam satu kawasan seluas 10 kilometer! Tak larat nak explore semua pasal banyak giler! Barang yang dijual di Malaysia semua ada kat sini, malah trend trend terbaru pun ada. Lampu chandellier 18 bulb saya beli ni baru RM1,300 (2000 yuan). Kat Malaysia easily RM3-4k untuk lampu besar macam tu. Kristal tu, bukan kaca. Sinaran dia jauh beza.

Soal makan jangan risau. Restoran halal ada kat sini. Nasi goreng dalam RM7 je. Soal penghantaran dari Foshan ke Malaysia kita boleh guna khidmat Borong China Services & Trading. Around 1 bulan barang sampai. Beli barang pun kalau stok takde kita perlu bayar deposit 30% je. Then balance bila stok ready minta tolong BCST bayar & arrange shipment bila kita dah balik ke Malaysia.
Lubuk Perabot Murah di Lecong, Fooshan China
Oh ye apakah nama tempat tu? Namanya LECONG FURNITURE MARKET. Tempat lain dalam Foshan ni banyak lagi tapi mahal. Kat area Lecong ni je murah.

Boleh baca sambungannya -9 Tips Untuk Beli Perabot Murah Berkualiti Terbaik di Fooshan, China

Tolong SHARE & TAG kawan-kawan ye, especially yang baru nak pindah rumah tu. Ramai lagi yang tak tahu pasal lubuk perabot ni.

KHALID HAMID @ ABANG LID
www.ForexSebenar.com


====

Dengan pendedahan dan perkongsian oleh Abang Lid ini, bukan sahaja mereka yang baru nak pindah rumah boleh dapatkan perabot baru yang berkualiti dengan harga mampu milik; tetapi juga usahawan yang buat bisnes Sublet Premium pun boleh mendapat manfaat terbaik, sebab dah tahu cara paling afdal untuk mendapatkan perabut berkualiti dengan harga yang mampu. Senanglah dan mudahlah nak cari penyewa untuk rumah yang disewakan nanti.
[Baca] Tips Dapat Income 4 Angka Menerusi Sublet Premium - Sewa Atas Sewa

Malah, usahawan yang buka rangkaian homestay pun boleh ambil peluang untuk shopping perabot di Fooshan, China. Dapatkan kurangkan kos untuk sediakan kemudahan perabot dalam homestay

Terima kasih kepada Abang Lid yang kongsikan lubuk perabot ini. Memang terbaiklah, patutlah ramai yang kongsi ....

Panduan Khas Untuk Mendapatkan Perabot Mewah Tetapi Murah dari China

Kalau anda nakkan panduan beli perabot murah dari China, bolehlah muat-turun secara percuma versi ebook (pdf) yang telah Abang Lid tulis. Hanya klik butang disediakan di bawah, isi butiran nama dan email, lepas tu anda akan dapat akses ebook tersebut. Percuma je.


Semoga perkongsian tentang Fooshan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. memang untung kalau dapat beli perabot murah dari China dengan harga yang sangat murah..boleh jual balik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul. Alhamdulillah, sekarang dah ada panduan lengkap untuk ke sana dan beli perabot best best dari China.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement