Platform InstaForex mula meniti di bibir-bibir mereka yang terlibat dan mahu terlibat di dalam perdagangan tukaran matawang (Forex Trading) sejak 2011 lagi. Dan ianya semakin dikenali di Malaysia apabila InstaForex menawarkan platform dagangan khas untuk mereka yang beragama Islam. Populariti InstaForex ini semakin meningkat dari hari ke hari sehinga Bank Negara Malaysia (BNM) menyenaraikannya dalam senarai berjaga-jaga syarikat dan laman web yang tidak memiliki lesen sah urusniaga. Anda boleh rujuk di pautan berikut - BNM Finance Consumer Alert (update Mac 2016)
Kesempatan Belajar Forex Trading Online
Maka, berkesempatlah saya untuk belajar beberapa perkara mengenai Forex Trading Online daripada sahabat saya ni. Dia melakukan 'kerja' ini secara sampingan sahaja memandangkan beliau masih lagi bekerja di salah sebuah IPT di Malaysia. Tak banyak yang dapat saya kaut, cuma beberapa ilmu asas sahaja ... tetapi sempatlah juga lihat akaun InstaForex miliknya ... fuh ... ada USD8,000 dalam akaun tu. Dan dia kata .. tu baru dari salah satu akaun ... erkk wahhh .. leh buat banyak akaun rupanya .. haha .. nubis betul saya ni.
Sebenarnya saya telah menerima dua kali email dari wakil InstaForex di Malaysia. Dua-dua dari wakil yang berbeza. Cuma email kedua sahaja saya berikan respon, dan email daripada Annie memang membuatkan saya teruja nak tahu pasal Forex Trading ni. Al maklumlah, saya bukan yang arif dalam hal ini.
Keterujaan Buat Research Sesuku Malam Tentang InstaForex
Teruja nak tahu lebih mengenai InstaForex, saya pun buatlah sedikit penyelidikan mengenai perdagangan matawang ini. Mana tidak teruja, sudahlah dapat sedikit ilmu dan kesempatan belajar Forex Trading dari sahabat saya, lepas tu pula dapat email dari IB InstaForex .. pastu terjumpa pula .... uishhh.Apa yang saya dapat dari hasil pencarian sesuku malam mengenai InstaForex ini?
- Akaun Bebas Swap - salah satu akaun di dalam InstaForex yang direka khusus untuk individu yang memilih untuk bebas swap, dan juga untuk pedagang Islam di mana kepercayaan agama melarang mereka menggunakan teknik swap. Akaun ini dikenali sebagai Islamic Account.
- InstaForex TV - salah satu cara untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan pasaran matawang, yang bertujuan membantu para trader untuk membuat penilaian dalam urusan jual-beli.
- Boleh terus membuat dagangan serendah USD1 untuk mereka yang baru dalam Forex Trading.
- Boleh muat-turun terminal untuk trading dalam InstaForex dengan mudah.
- Customer Support di dalam InstaForex dianggap antara yang terbaik di Malaysia. Setiap persoalan dijawab dengan cepat, telus dan berfakta samada menerusi talian telefon, email mahupun di media sosial.
- Akses InstaForex boleh dilakukan menerusi peranti mudah alih dengan muat turun percuma aplikasi InstaForex di Google Play dan juga AppStore.
- Mempunyai laman web yang sarat dengan informasi berkaitan dagangan secara online. Memang tak mampu nak habis selongkar dalam masa satu malam.
- Sering menganjurkan kontest untuk para trader, dan paling menarik ia khusus untuk satu-satu region atau negara. Hadiah pula memang menarik untuk trader InstaForex.
- Sistem InstaWallet - sistem yang membolehkan pemindahan dana dilakukan di dalam masa 1 saat di antara trader. Bermakna tiap-tiap pelanggan InstaForex bebas untuk menyimpan wang kepada mana-mana pemegang akaun InstaForex lain dengan perkhidmatan InstaWallet diaktifkan.
- Mempunyai pengalisis profesional yang akan membantu para trader membuat keputusan dalam setiap urusniaga. Ia bagi mengelakkan trader dari berhadapan dengan risiko yang boleh merugikan.
- Memberikan akses kepada beberapa kemudahan samada dalam bentuk desktop (install di komputer) mahupun secara online (menerusi laman web), sebagai tools untuk membantu para trader InstaForex.
- Pengeluaran wang pantas dari akaun InstaForex, dan boleh dipindah terus masuk ke dalam akaun bank di Malaysia menggunakan wire-transfer. Bukti pendapatan menerusi dagangan di InstaForex boleh dijadikan sebagai sandaran untuk membuat pinjaman di bank-bank tempatan.
- InstaForex adalah salah satu penaja untuk pasukan bolasepak Liverpool, yang juga menguruskan soal dana menerusi Forex Trading untuk pasukan ini.
- Ada perjumpaan terus dengan pihak pengurusan InstaForex dari Russia. Saya difahamkan, perjumpaan di Malaysia dijadualkan pada bulan April 2016.
Platform Percuma InstaForex Untuk Newbie
Namun, paling menarik sekali ialah InstaForex menyediakan peluang untuk mencuba platform mereka secara percuma, tanpa perlu deposit wang. Anda hanya perlu daftar dan kemudian lakukan trading menggunakan MetaTrade 4. Jika ada yang nak main-main, sekadar untuk melihat dan mungkin mencuba ilmu berkaitan Forex Trading, boleh daftar terus di sini - InstaForexSaya difahamkan bahawa InstaForex juga popular di Indonesia. Ramai trader di Indonesia menggunakan InstaForex untuk membuat keuntungan di dalam dagangan matawang secara online ini. InstaForex dibincangkan dengan penuh minat dalam forum-forum, malah banyak promosi dibuat secara online agar ramai trader beralih ke sistem yang disediakan oleh InstaForex.
Di Malaysia, boleh dikatakan ramai juga yang menyertai InstaForex ini, sehingga ada majlis anugerah dan makan malam di hotel terkemuka. Beberapa gambar yang saya peroleh daripada blog InstaForex.... boleh tengok ramai betul trader InstaForex di Malaysia ... nampak kacak semuanya ...
Jangan Sesekali Sertai Forex Trading Tanpa Ilmu
Tapi itulah, apa-apa cara nak buat duit mesti memerlukan ilmu. Dan pastinya kena buat research sendiri agar apa yang dicari itu dapat memanfaatkan diri sebaiknya. Ilmu menjaga engkau, dan engkau memelihara harta. Andai harta itu didapatkan menerusi cara, sumber dan kaedah yang salah, ia bakal memudaratkan .. jika tidak sekarang, mungkin akan datang .. mungkin juga berlaku kepada anak cucu cicit. Jadi, sebelum anda membuat tindakan untuk meneruskan hasrat berniaga atau berdagang di dalam matawang secara online trading ini, pastikan anda dapat info yang tepat, serta paling penting ilmu mengenainya.Dengan ilmu, maka anda dapat melakukan sesuatu dengan pengetahuan yang ada, dan bukan membuat keputusan secara membuta tuli sehingga memperjudikan nasib. Jangan berjudi dalam apa jua bentuk. Carilah ilmu supaya membantu anda membuat keputusan.
Mana Nak Dapat Ilmu Forex Trading Online?
Panduan yang disediakan oleh Abang Lid ini telah digunapakai dan menjadi pilihan lebih 13,000 trader di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Fuh .. patutlah nama dia dikenali oleh trader matawang di Malaysia.
Berita baiknya ialah, anda boleh beli panduan ini secara online menerusi pautan berikut:
[Beli] Panduan Teknik Forex Sebenar Edisi 2016 oleh Khalid Hamid
Panduan ini adalah dalam bentuk DVD dan juga BUKU yang akan diposkan kepada anda. Dan ia merupakan edisi ke 6 (2016) - iaitu edisi paling terbaru dalam pasaran. Malah, anda akan diberikan akses kepada support yang dikendalikan sendiri oleh Abang Lid. Jadi, semua persoalan boleh ditanya secara terus.
Saya fikir, panduan ini mungkin boleh bantu anda yang nak tahu ilmu mengenai forex trading ini. Dan aplikasikannya secara online menerusi InstaForex. Maka, dua pautan di bawah ini adalah penting ...
InstaForex - Daftar akaun percuma trading forex secara online.
Ilmu Trading Forex - Panduan Teknik Forex Sebenar oleh Khalid Hamid
Semoga ada manfaatnya untuk anda, in Sha Allah.
InstaForex merupakan antara broker yang boleh dipercayai. Selama 3 tahun berurusan dengan mereka, setakat ini tiada sebarang masalah.
BalasPadamWah terima kasih atas komen ni. Semoga ia dapat bantu ramai orang percaya dengan InstaForex ni untuk jana income.
PadamBetul saya sama pendapat dengan tuan. InstaForex broker paling mudah nak berurusan. support dan IB banyak kalau ada masalah boleh terus call untuk tanya dan bantuan. deposit dan withdraw pun selamat boleh pilih mana-mana IB yang listed dalam laman web InstaForex.
BalasPadamTerima kasih tuan atas komen yang diberikan. Harap dijadikan panduan dan rujukan orang lain untuk ketahui mengenai Instaforex di malaysia
PadamMula menggunakan InstaForex sejak 2013. Memang mudah berurusan dengan mereka. Setakat ini tiada sebarang masalah.
BalasPadamBagus. Dapat juga testimonial mengenai belajar forex menerusi Instaforex nih
PadamInstaforex memang terbaik. Boleh dipercayai... Segala urusan adalah lancar.
BalasPadamBetul tu, jangan sertai forex tanpa ilmu. Nanti rugi nak salahkan orang. Saya mula2 sebelum berdagang forex pun masuk kelas kat ofis InstaForex dulu. Sekali bayar, belajar sampai pandai. Tapi duit yang dibayar tu pun, dapat semula sebagai bonus kelas dalam akaun dagangan. Macam belajar percuma je la...
BalasPadamInstaForex banyak tawaran bonus, saya dah dapat bonus percuma dari Facebook InstaForex. Boleh belajar guna mt4 dan trade live guna akaun bonus.
BalasPadamKan .. tak perlu kuarkan modal pun untuk trade. Ramai yang skeptikal pasal ni.
PadamJual beli mata wang adalah perniagaan yang fleksibel bagi saya. InstaForex trading platform adalah yang mula saya kenal dan kekal hingga kini. Seperti saya, untuk trade saya ada gunakan smartphone dan tablet untuk InstaMobile trader, bergantung kepada kesesuaian dan keselesaan untuk buat analisa. Untuk lebih jelas, ada masa saya gunakan desktop, tambahan bila dirumah. Pair GBP/JPY adalah salah satu pair yang saya minat. Analisis harian yang disediakan dalam website InstaForex sangat membantu. Apapun, forex adalah pembelajaran yang berterusan dan kadang kala tidak boleh dijangka proses pergerakan mata wang tersebut. Saya sering gunakan stop loss untuk dagangan dan semoga dapat bantu tingkatkan analisa dan pengurusan risiko dari masa ke semasa.
BalasPadamTengok kat laman web InstaForex ni memang ada banyak anugerah diorang dapat. Setelah sertai instaForex, baru saya sedar, memang Instforex terbaik. Saya guna perkhidmatan PAMM sistem diorang, boleh dapat sampai 80% pulangan. Puashatidan ia boleh dirunding dengan pengurus PAMM yang kita pilih tu.
BalasPadamWow .. memang menarik tu. Betul, ramai pilih Instaforex untuk buat duit dengan forex ni.
Padamistaforex broker pilihan saya sejak 2 tahun yang lalu. servis yang sangat bagus tiada masalah dari segi deposit dan withdrawal. mereka mempunyai khidmat pelanggan yang sangat bagus dari pembukaan akaun hingga la pengeluaran dana dari wallet. bermula dari bonus tanpa deposit, saya menjana keuntungan dari bonus yang di berikan dan hampir margin call di sebabkan analisa yang kurang baik.mereka juga banyak menawarkan bonus kepada pelanggan mereka untuk membantu pelanggan supaya mempunyai margin tambahan semasa trading dan ini merupakan salah satu sebab kenapa saya masih memilih instaforex sebagai broker pilhan saya.
BalasPadamSiapa yang jana income dgn forex memang untung.
Padaminstaforex memang terbaik. walaupun baru setahun saya join instaforex, saya lihat servis instaforex memang bagus dari broker yang lain. saya mula dari bonus tanpa deposit mereka yang mana setakat ni bonus mereka paling banyak yang pernah saya cuba 50 USD sebagai permulaan sudah cukup untuk saya mula belajar trade forex dengan menggunakan bonus yang ada. akaun tersebut ada loss dan ada profit. platform yang mereka sedia kan juga bagus untuk newbie macam saya senang saja nak gunakan dan mudah juga untuk saya cari pair, indicator yang saya mahukan. setelah hampir 3 bulan menggunakan bonus tanpa deposit tersebut saya berjaya mengeluarkan profit tersebut tanpa apa2 masalah. janji penuhi syarat yang di tetap kan. masa saya buat deposit saya yang pertama insta ada buat promo 250% bonus, dan bonus tersebut sangat la membantu saya yang menggunakan modal kecil. cukup 100 USD saya deposit dan di tambah dengan bonus total saya ada 350 USD. proses deposit berjalan dengan lancar dengan menggunakan khidmat IB mereka yang tersenarai dalam website insta tak sampai 1 jam urusan tersebut selesai dan saya boleh mula trade seperti biasa. bonus yang di berikan saya guna sebaik yang mungkin dan berjaya menghasilkan profit lebih kurang 500 usd saya setelah ditolak dengan modal saya. masa nak withdraw pun sangat selamat sbb kena guna code keselamat semasa withdraw membuatkan saya yakin instaforex sangat mementingkan keselamatan dan proses nya pun secepat deposit tak perlu tunggu lama untuk masuk ke dalam akaun bank saya. terima kasih insta kerana berikan servis yang terbaik seperti mana anda telah di iktiraf sebagai broker terbaik di asia.
BalasPadamBagus perkongsian yang ada dalam blog ni ya, saya pun masih orang baru masih banyak nak dipelajari. Sekarang masih run demo account dahulu dan bercadang nak ambil promo $50 bonus no deposit. Nak pastikan lepaskan dulu pengesahan peringkat kedua nanti. Setakat ni guna demo akaun pun banyak boleh belajar nak biasakan diri dengan platformnya. Saya cadang nak guna setting stop loss dan take profit diperingkat awal ni. Apa pun terima kasih Instaforex!
BalasPadamInstaforex adalah salah satu broker yang paling dipercayai dan setakat ini saya tidak pernah cuba mana-mana broker lain. Saya pastikan mendapat maklumat yang betul sebagai langakah berjaga-jaga untuk mengelakkan diri daripada ditipu oleh orang lain. Saya telah gunakan servis ini hampir 1 tahun dengan Instaforex. Saya masih ingat membuka akaun demo dan mengambil masa lebih daripada 2 bulan untuk melihat bagaimana system mereka. Hanya selepas itu, saya membuka akaun live dengan deposit permulaan sebanyak $ 250. Pada mulanya, jatuh banyak kali namun saya terus menghadiri beberapa kelas yang dianjurkan oleh mereka. Selain itu, saya juga melakukan kajian dan belajar melalui laman web di ruangan info forex dan ia benar-benar membantu. Pada masa ini, akaun dan transaksi adalah baik dan purata saya boleh mendapat keuntungan hampir $ 180- $ 200 seminggu. Terima kasih Instaforex!
BalasPadam
BalasPadaminstaforex adalah broker yang boleh dipercayai yang telah memenangi banyak anugerah yang membuat saya lebih yakin dalam memilih mereka. Yang saya tahu, mereka telah memenangi anugerah perdagangan sosial terbaik di UK dan saya amat bangga dengan pencapaian mereka. Setakat ini telah 4 tahun saya menyertai dengan instaforex dan saya tidak mempunyai apa-apa isu semasa aktiviti dagangan saya dan transaksi untuk deposit dan pengeluaran juga sentiasa dalam masa. Sebagai swing trader biasanya saya akan membuka posisi selama 2-3 minggu dengan kemasukan beberapa entri. saya akan membuat BE jika saya telah memenangi pip 100 pip supaya saya boleh mendapat keuntungan walaupun harga reverse kembali saya masih mendapat keuntungan walaupun dalam jumlah sedikit . bonus mereka masih yang terbaik dan tiada broker boleh mengalahkan program bonus mereka yang banyak seperti bonus LFC, 250 bonus, dan menetapkan bonus untuk setiap kali deposit Terima kasih insta !!!
Terima kasih diatas perkongsian yang amat berguna. Bagi saya sendiri yang sudah gunakan khidmat servis Insta ni secara total berpuas hati. Apa yang saya titik beratkan dalam pemilihan forex broker adalah senang untuk berhubung. Selain itu, proses withdrawal profit tiada sebarang sekatan. Setelah hampir 2 tahun dengan Insta ni, belum pernah ada masalah profit saya ditelan seperti yang berlaku dengan broker lain. Saya harapkan Insta boleh kekalkan prestasi servis ditahap yang lebih memuaskan dan trader seperti saya rasa yakin untuk terus bersama anda.!
BalasPadamPercaya atau tidak saya sudah trade bersama Instaforex masuk tahun keempat. Pada saya, MT4 platfrom dari Insta adalah antara yang terbaik. Ia turut menyediakan akses untuk hedging di Metatrader 5. Saya turut menggunakan EA untuk trading forex. Ini kerana jadual kerja yang sangat padat dan sekurang2nya dengan aplikasi EA ini saya masih sempat menjana profit sampingan sekitar $80 untuk setiap minggu. Langkah pengeluaran profit banyak disediakan dan saya pilih Skrill kerana ia cepat sekitar kurang dari 3 hari untuk menerima wang diakaun bank. Saya turun sarankan penggunaan robot dan pilihan yang betul amat membantu kita mendapatkan income tambahan yang memberangsangkan. Buat masa ini, saya masih hadir ke kelas forex dan susun startegi yang betul untuk entry dan exit. Apapun, tidak perlu ragu2 dengan broker ini kerana ia telus dan amat dipercayai. Terima kasih intaforex!
BalasPadamTerima kasih tuan berkongsi info berguna sebegini, sebagai pedagang baru banyak perkara dan ilmu saya perlukan untuk lebih berjaya bersama Instaforex. Saya awalkan trading saya dengan akaun demo. Lebih jelas saya boleh practisekan untuk setting stop loss dan take profit. sudah 4 bulan dalam guna real akaun profit bermula dari $50.
BalasPadamterima kasih atas perkongsian laman ini kerana dapat juga saya berkongsi pandangan dan pendapat dari rakan seperjuangan. Bagi saya telah berkecimpung dalam dunia forex hampir 4 tahun. Banyak yang telah dipelajari. Beberapa kali telah rugi dengan broker forex yang lain. Kini saya bangkit kembali dan trade bersama broker ini dengan modal sebanyak $100. Saya pelajari asas melalui demo akaun serta dengan hadirkan diri dalam seminar yang diadakan. Banyak ilmu dikongsikan dalam laman rasmi mereka. Setakat ini, pulangan profit adalah lumayan sekita $50- $100 untuk setiap minggu.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.