Cari percutian singkat atau tempat untuk asingkan diri dari kepanasan El Nino? Apakata anda pergi ke jeram di Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Tempat ini memang dah lain sejak kali terakhir saya ke sini. Malah, ia lebih terjaga, dan alhamdulillah kawasan yang terkenal untuk mandi manda dan berkelah ini nampak semakin bersih.

Kali terakhir saya ke Ulu Kenas adalah semasa belajar di IPT, masa tu saya mengikuti aktiviti Kelab Kembara. Merasalah bermalam di tempat yang jauh dari kesibukan bandar ini - berkemah dan menyewa chalet yang tersedia di situ. Dalam kebanyakan masa, tempat ini agak nyaman, dan sejuk terutama sekali di waktu malam.

Mandi Manda Jeram Hutan Lipur Ulu Kenas

Mandi Manda Jeram Hutan Lipur Ulu Kenas
Oppss jap .. saya dan keluarga sebenarnya pernah ke sini, semasa dalam perjalanan pulang dari Parit. Tetapi hanya singgah untuk tinjau samada Ulu Kenas sesuai untuk aktiviti reunion. Nampaknya fasiliti yang ada masih kekal sama seperti kali terakhir saya bermalam di sini, malah telah ditambahbaik. Jadi, Ulu Kenas bukan sahaja tempat yang sesuai untuk aktiviti hujung minggu bersama keluarga - berkelah dan mandi manda; tetapi juga untuk perkhemahan, aktiviti reunion, kem bina semangat dan motivasi, dan tempat untuk berehat.

Jalan Masuk ke Gunung Bubu

Ia juga merupakan pintu masuk untuk para pendaki yang mahu menduga Gunung Bubu. Hutan Lipur Ulu Kenas ini sebenarnya terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Bubu yang merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit

Jadi, selain mandi manda, berkelah, bermalam, bercuti hujung minggu lari dari kesibukan kota, boleh juga mendaki dan jungle tracking.
Mandi Manda Jeram Hutan Lipur Ulu Kenas
Kalau ada yang tidak tahu, tempat ini juga adalah letaknya Kem Bina Negara. Saya pernah menjadi peserta untuk Kem Tatanegara satu waktu dulu di sini, dan menginap selama hampir seminggu. Ia terletak di hujung Hutan Lipur Ulu Kenas ini, dan anda boleh kenal apabila nampak pintu berpagar yang memisahkan tempat perkelahan, kawasan jeram dengan kem.

Kemudahan Asas dan Tarikan

Antara kemudahan serta tarikan yang ada:
  • Chalet berhawa dingin
  • Dewan makan
  • Tapak perkhemahan
  • Surau
  • Pondok rehat
  • Tandas dan tempat mandi
  • Pusat maklumat
  • Kawasan parkir
  • Dewan serbaguna
  • Gerai
  • Jambatan Gantung
Kalau hendak ke sini, ianya tidak jauh dari pekan Kuala Kangsar, iaitu kira-kira 15km menuju ke Manong. Jika dari Ipoh, boleh ikut lebuhraya dan keluar exit Kuala Kangsar.

Berkelah di Ulu Kenas
Haaa .. apalagi, kalau anda berada berdekatan .. bolehlah ke Hutan Lipur Ulu Kenas, mandi manda di jeram yang sejuk airnya .. huhuhuhu...

Oh ya, lupa nak bagitahu, bayaran masuk dikenakan sebanyak RM2 satu kepala, dan lagi RM2 untuk sebuah kereta. Tapi, masa saya pergi dengan keluarga hari tu ... kami cuma bayar RM5 sahaja .. huhuhu .. tak tahu macamana pakcik yang jaga tempat tu kira ... "Ok .. 2, 4, 6 .. 8 ... RM5 dah ..". Gelak anak-anak saya bila pakcik tu cakap RM5 ... saya lak dah siap-siap keluarkan note RM20...

Untuk khidmat masyarakat, saya harap andai anda ke sini .. hargailah alam sekitar dan jaga kebersihan. 

Percutian Hujung Minggu - Ulu Kenas, Kuala Kangsar
Percutian Hujung Minggu - Ulu Kenas, Kuala Kangsar
Percutian Hujung Minggu - Ulu Kenas, Kuala Kangsar
Percutian Hujung Minggu - Ulu Kenas, Kuala Kangsar


10 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Perghhh best betulll tempatnya.. Syokkk ni time panas2 berendam dalam sungai

    ReplyDelete
  2. sekarang masa sesuai untuk bermamdi manda ..musim panas dan cara ini membantu untuk menyejukkan badan.

    ReplyDelete
  3. pernah pergi time belajar dulu.. tetiba teringat zaman belajar dulu..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. menariknya, memang cuaca sekarang sesuai untuk bermandi manda

    ReplyDelete
  6. Sampai kuala kena singgah main air sini sekali.

    ReplyDelete
  7. Waktu cuaca panas macam sekarang best dapat mandi air sungai macam ni.

    ReplyDelete
  8. wah..bestnya..lama jugak tak mandi air sungai ni, kena pulak musim panas macam ni..ish..bestnyaaa..

    ReplyDelete
  9. pernah ke sini sebab nak ke gunung bubu..memng cantik dan erjaga kawasan hutan lipur ulu kenas

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement