Siapa ada masalah dengan permohonan Adsense? Jika anda seorang blogger yang teringin menjana income blog menerusi pengiklanan yang seakan Adsense, maka mungkin boleh memikirkan untuk mendaftarkan blog dengan pengiklanan RevenueHits. RevenueHits membayar blogger dalam USD dan antara sistem pengiklanan yang membayar dengan kadar yang tinggi.

Seperti saya ceritakan sebelum ini, RevenueHits adalah alternatif pengiklanan Adsense. Buat sesetengah blogger, ia merupakan pilihan alternatif yang baik, dan buat sesetengah yang lain ... hmm mungkin tidak. Namun, saya lebih suka anda untuk menilai sendiri dan mungkin mencuba terlebih dahulu apa yang mampu diberikan oleh RevenueHits.

RevenueHits - Alternatif Adsense Pilihan Blogger

RevenueHits - Alternatif Adsense Pilihan Blogger
Saya telahpun mencuba sistem ini beberapa kali di dalam blog. Memang terdapat pro dan kontra menggunakan sistem RevenueHits ini. Tetapi yang menariknya ialah, anda mempunyai lebih pilihan untuk memilih bentuk pengiklanan yang ingin diletakkan di dalam blog.

Ada bentuk pengiklanan yang disediakan oleh RevenueHits merupakan bentuk pengiklanan yang hampir sama dengan Innity. Ia memberikan lebih engagement dan lebih klik, memungkinkan anda memaksima pendapatan blog.

Income Blog USD 200 Sebulan Dengan RevenueHits

Jangan tak percaya, ada blogger biasa, trafik blog tak tinggi mana pun tetapi berjaya peroleh sehingga USD200 sebulan hanya menggunakan sistem pengiklanan RevenueHits di blog. Saya sendiri mencuba, dan dalam masa sehari sahaja boleh dapat sehingga USD15 walaupun memasangnya tidak lebih daripada 24 jam!
RevenueHits - Alternatif Adsense Pilihan Blogger
Namun, seperti saya katakan di awal tadi, ada kontra di sebalik pro. Ada keburukan di sebalik kelebihan. Keburukan itu mungkin akan menyebabkan blog anda kehilangan pembaca setia, tetapi pada masa yang sama; income blog mungkin akan bertambah berlipat kali ganda.

Pilihan di tangan anda. Jika anda seorang blogger sepenuh masa seperti saya, yang memang bergantung dengan pendapatan menerusi blog ... hmmm ... ia mungkin pilihan yang baik.

Mahu mendaftar? Sila ikuti arahan menerusi pautan ini - Daftar RevenueHits

Lagipun, nak mengharapkan permintaan terhadap advertorial dan review, atau sewa tapak iklan .. hampir semua pengiklan mahu harga murah, yang kalau nak dibandingkan dengan RevenueHits adalah tidak berbaloi.

Fikirkan, jika letak banner iklan RevenueHits boleh berikan anda income sehingga USD200 sebulan, kenapa nak berikan slot iklan tersebut kepada pengiklan tempatan yang meminta RM100 sebulan untuk sewa tapak iklan yang sama?

Kredit Foto: Bin Muhammad

14 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terfikir nak letak. income memang lebat.tapi tak berapa berkenan la pulak dengan pop up yang keluar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada pilihan banner lain selain pop up. Ada sliding, shadow, banner biasa pun ada.

      Delete
    2. dah try, tapi akan tetap keluar pop up.agaknya memang secara default ada popup

      Delete
  2. Bro HH nak tanya..pendapatan by klik iklan juga ya...

    ReplyDelete
  3. Wahhhhhh.. hihihi tapi kn, nk try google jgk.. hari tu dah dpt tpi kena tendang ngan google.. sedih ooooo

    ReplyDelete
  4. Macam menarik jak revenuehits tu hoho..

    ReplyDelete
  5. menarik gak menatang ni..ehehe..ttibe terfikir untuk projek blog lain plak..:P

    ReplyDelete
  6. Dulu pernah cuba..tapi pas baca punya baca pasal revenuehit ni..terbaca yang katenye ia milik Israel terus terbantut..betul ke tak tu wallahualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak benda yang datangnya dari Israel, kompeny kat sana .. contohnya Waze, LinkWithin, script2 untuk widget blogspot ... Israel pun rakyatnya ada yang islam, yang salah ialah regim pemerintah.

      Delete
  7. Salam HH nk tnya skrg xletak iklan revenue hits ke? Mcm nampak iklan GA je..knapa xletak..xbagus ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement