Semasa cuaca panas ni, kebanyakan suri rumah termasuklah house husband seperti saya lebih suka mengenakan pakaian nipis dari kapas. Bukan nak tampil seksi, tetapi bagi memastikan badan tidak terkena strok haba. Jadi, bukan kepelikan andai ada anak dara mahupun mak orang yang hanya nampak seperti berkemban bila berada di dalam rumah. Saya sendiri pun tak berasa selesa berbaju di dalam rumah, malah semua anak-anak saya tak pakai baju ketika cuaca panas panahan El Nino sekarang ni.
9 Tips Kekal Sihat Musim Panas
Bila keadaan panas, aktiviti pun jadi terhad; terutama sekali aktiviti luar. Badan akan mudah terhidrat atau kekurangan air. Buat mereka yang memang dah ada masalah kesihatan, lagilah perlu lebih berhati-hati. Kena pastikan badan menerima air secukupnya.Apabila badan berada di dalam keadaan kepanasan, memang tak selesa dibuatnya. Apatah lagi kalau rumah tidak ada penyaman udara. Kipas yang dipasang berkelajuan maksima pun tak boleh nak hindar bahang kepanasan yang ada. Jika sidai kain di jemuran, dalam masa sejam sahaja ... kain dah kering. Kalau hari biasa, kena biarkan paling tidak 3 jam untuk kering sepenuhnya.
[Baca Ini Juga] Bisnes Aiskrim Income Sampingan Lumayan Ketika Musim Panas
Saya kongsikan infografik ini untuk panduan serta tips kekal sihat di musim panas.
- Minum banyak air kosong, dan kurangkan meminum minuman berkafein dan banyak gula. Contohnya kopi, teh tarik dan juga teh. Tapi kalau nak kurangkan sejuk badan, boleh amalkan minum teh hijau yang menyegarkan.
- Gunakan kipas atau pendingin hawa. Jika risau gunakan pendingin hawa akan naikkan bil elektrik, cuba baca tips yang telah saya kongsikan di sini - 5 Tips Untuk Jimatkan Elektrik Apabila Guna Aircond
- Kurangkan melakukan atau terlibat dengan aktiviti-aktiviti luar, terutama sekali aktiviti berat dan yang dibuat di kawasan terdedah secara terus kepada pancaran sinar matahari. Kalau nak buat aktiviti luar .. saya syorkan buat aktiviti ni - Berendam dan Mandi Manda di Jeram Ulu Kenas
- Pakai losyen pelindung matahari.
- Memakai pakaian yang ringan, nipis dan longgar. Jangan memakai pakaian berwarna gelap, kerana ia mudah menyerap haba.
- Elakkan berada di dalam kenderaan yang tertutup tanpa pendingin hawa.
- Minum air isotonik untuk gantikan garam yang hilang kerana peluh.
- Pakailah topi atau payung untuk melindungi diri daripada pancaran matahari.
Maka, sangat dinasihatkan untuk amal 9 tips kekal sihat musim panas yang telah dikeluarkan oleh KKM.
suhu lebih dr suhu badan mmg bhaya la..dh macm suhu demam. (demam panas).
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.