Tips Memilih Blog Untuk Letak Banner Iklan. Hmm saya perlu tulis mengenai teknik untuk letak banner iklan ni, supaya pengiklan dapat manfaat, dan blogger pun boleh dapat nama yang baik. Bukan apa, saya terdengar keluhan kecil hati usahawan-usahawan online yang tidak berjaya mendapat sales walaupun letak banner iklan di blog yang ada trafik tinggi. Kenapa? Mesti bersebab ..

Maka, dengan pengalaman dan sedikit pengetahuan yang saya ada, saya akan kongsikan sedikit tips berkaitan memilih blog yang bersesuaian untuk meletakkan banner iklan ini. Post ini adalah untuk usahawan, peniaga dan pengiklan online yang bercadang untuk menggunakan pendekatan pemasaran online ini di blog tertentu. Semoga dapat dimanfaatkan, in Sha Allah.

Tips Memilih Blog Untuk Letak Banner Iklan

Tips Memilih Blog Untuk Letak Banner Iklan
Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf kepada rakan-rakan blogger yang mungkin mencari rezeki menerusi pengiklanan sewa tapak iklan/banner di blog ini. Bukan niat saya nak susahkan anda cari makan, tapi kita perlu adil dalam mencari rezeki Allah S.W.T berikan ini. Kasihan kepada pengiklan yang mencari impak pengiklanan di blog tertentu dengan meletakkan banner, tetapi hasilnya tidak mencapai maksud.

Ok, untuk para usahawan sekalian .. cuba ikuti panduan yang saya berikan ini. Mana tahu ia akan beri kesan terbaik untuk setiap langkah promosi dan pemasaran bisnes dan produk anda secara online menerusi blog-blog Malaysia.

Pilih Blog Yang Ada Niche Berkaitan Bisnes dan Produk Anda

Pilih blog yang mempunyai niche yang ada kaitan dengan produk dan bisnes anda. Jika anda seorang usahawan kedai makan, restoran atau mungkin menyediakan servis katering, maka pilihlah blog yang bertemakan tentang makanan, yang banyak tulis review pasal makanan, yang ada tulis mengenai resepi, yang cerita pasal perkahwinan ... dan seterusnya. Anda juga boleh kolaborasi dengan mana-mana blog yang punyai sangkut-paut dengan bisnes anda, contohnya sebuah blog fotografi yang ada banyak gambar perkahwinan yang cantik-cantik.
Tips memilih blog untuk pengiklanan online
Mungkin anda nak iklankan mengenai bisnes pelancongan, seperti trip murah ke Krabi... maka cuba cari blog yang ada ceritakan mengenai percutian, tempat-tempat menarik yang pernah dilawati, yang ada kongsikan berkaitan tips untuk melancong dan sebagainya.

Jangan memilih blog untuk pengiklanan yang jauh daripada tema serta motif produk anda. Anda dinasihatkan supaya tidak meletakkan banner iklan contohnya tentang sewa kereta murah di Kuala Lumpur di blog mengenai kecantikan atau di blog dimiliki seorang remaja yang banyak kongsi kisah cinta. Kan tak kena tu ...

Pilih Blog Bersandarkan Kepada Faktor Jantina, Umur dan Lokasi Pembaca

Tips Memilih Blog Untuk Letak Banner Iklan
Sebagai pengiklan, cuba proaktif untuk bertanyakan mengenai statistik blog yang mahu anda sewa tapak iklannya. Ketahui siapa, jantina, umur dan lokasi pembaca blog tersebut. Anda tidak akan mampu menjual produk lipstik atau korset jika pembaca blog tersebut lebih 50% adalah lelaki yang berumur 40 tahun.

Mungkin anda mahu promosikan tentang Pelayaran Islamik, tetapi anda letakkan banner iklan anda di blog yang rata-rata pembacanya dari Jepun, China, Korea, UK.. US ..

Jika pembaca blog tersebut ramainya datang dari Johor atau Singapura, anda letak banner mempromosikan tentang Pakej Percutian Murah ke Universal Studio ... uhh memang tidak kenalah.

Pilih Blog Berdasarkan Kepada Label atau Kategori Entri Blog Tersebut

Dalam dunia blog Malaysia, kebanyakkan blog adalah dari niche personal lifestyle, dalam niche ini pula ada banyak kategori. Jadi untuk mudahkan anda, lihat pada label, tag, atau kategori yang diketengahkan dalam sesebuah blog tersebut. Seandainya ada kaitan dengan target pelanggan produk dan bisnes anda, barulah sewa tapak iklan yang ada.

Oh ya, beza sebuah blog yang ada niche dengan apa yang saya perkatakan ini ialah ... untuk sebuah blog yang ada niche, ia lebih tertumpu dan khusus contohnya blog parenting, blog travel, blog makanan, blog resepi ... anda boleh tengok pelbagai jenis niche blog yang ada menerusi entri yang telah saya tulis ini - 30 Kategori Blog Harus Anda Ketahui

Maka, untuk blog yang bercampur-baur ... ada kisah percutian, ada kisah tempat menarik, ada tentang tips dan macam-macam, lihat mana yang lebih menonjol ... dengan cara melihat pada bahagian popular post blog tersebut. Dari situ, ia akan bantu untuk anda pilih blog yang sesuai di samping label, kategori, atau tag yang disediakan oleh pemilik blog itu sendiri.

Pilih Blog Dengan Melihat Ruang Iklan Yang Disediakan

Anda tentu tidak mahu banner iklan anda dilindungi oleh apa-apa anasir sehingga pengunjung blog tidak nampak akan banner iklan yang telah anda letakkan. Jika blog tersebut mempunyai popup iklan, atau iklan lain yang menyebabkan banner iklan anda tidak kelihatan, maka minta pada pemilik blog untuk nyahaktifkan sementara banner iklan anda sedang 'live'.

Lihat juga kedudukan tapak iklan banner, samada di atas, di bawah, di tepi .. di belakang .. huhuhu supaya ia mudah nampak kepada pengunjung blog berkenaan. Saiz ambil peranan, gunakan banner yang bersaiz paling minima 300px lebar untuk digunakan. Ia akan berikan impak terbaik andai iklan anda dilihat dari peranti mudah-alih.

Pilih Blog Yang Responsif

Sekarang zaman di mana akses ke internet banyaknya datang dari peranti mudah alih seperti telefon pintar, dan juga tablet. Pastikan tapak iklan dalam sesebuah blog itu adalah responsif dengan perubahan struktur paparan blog. Anda tentu tidak mahu letakkan banner iklan di blog yang tidak responsif, dan iklan anda hanya muncul dan kelihatan jika dilihat dari sebuah komputer desktop sahaja. Anda kena pilih blog yang membolehkan banner iklan anda muncul dari sebarang peranti. Dan ia mesti muncul dengan cunnya .. bukan dalam saiz yang dikecilkan atau seperti malu-malu untuk kelihatan.

Nak tahu samada blog itu responsif untuk iklan, cuba anda kecilkan browser anda, dan lihat banner iklan yang ada (yang ada sewa tapak iklan)... adakah ia 'terpotong' atau hanya kelihatan separuh? atau ia nampak penuh dan sama paparannya apabila browser dibesarkan....huhuhu... nak lebih padu lagi jitu, cuba paparkan blog tersebut menerusi telefon pintar atau tablet... lihat sendiri bentuk iklan banner tadi.

Trafik Blog Tak Penting?

Orait, jelas? Itu serba sedikit tips tentang memilih blog yang sesuai untuk meletakkan banner iklan produk dan bisnes anda. Jangan bergantung sangat tentang trafik yang dijana oleh blog tersebut, kerana yang paling penting ialah sasaran pelanggan anda. Jika trafik tinggi, tapi mereka yang baca blog tersebut tidak berminat dengan banner iklan anda ..... maka rugilah pelaburan yang anda buat.

Namun begitu, anda kena juga pastikan bahawa banner iklan anda cukup menarik dan mengiurkan. Mesti memenuhi kriteria untuk pembaca dan pengunjung klik pada banner. Maksud disampaikan dan bisnes anda dikenali.

Banner iklan berkesan bukan dipengaruhi oleh:
  • Jumlah hits (secara am), tetapi jumlah UV dalam pecahan jantina, umur, taraf pendidikan dsb.
  • Jumlah followers atau pengikut; lebih separuh daripada jumlah ini tidak akan ambil peduli mengenai banner iklan anda.
  • Berapa kali blog tersebut keluar TV, dapat anugerah, atau jadi top pilihan ramai; maka jangan pandang rendah pada blog biasa-biasa.

Sebenarnya ada banyak benda saya nak ceritakan tentang iklan di blog. Tetapi biarlah dulu .. sebab entri ini sudah terlalu panjang untuk anda baca dan hadam. Mungkin di lain ketika saya akan kongsikan lagi.

Apa yang saya beritahu ini adalah berdasarkan pengalaman dan trial-error yang telah saya lakukan untuk mempromosikan produk affiliate menerusi banner iklan. Alhamdulillah, jika anda pembaca blog ini pasti nampak bukti-bukti kejayaan saya peroleh income menerusi program affiliate .. dan salah satunya adalah dengan cara meletakkan banner iklan di blog-blog tertentu.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan usahawan online yang bertungkus-lumus dalam pemasaran internet. Semoga berjaya.


7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sasaran kena tepat..sebab blog ada dominan niche..misalnya blog ini adalah dominan untuk niche blogging

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer.. kalau banyak post dominan pasal peluang kerja, maka banner iklan kerja pasti laku keras ..

      Delete
  2. Terima kasih tuan HH, baru berniat untuk letak banner iklan..Baca entri ini dulu sebagai panduan.Pemilihan mesti tepat untuk hasil yang berbaloi.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih tuan, sbb entri ni.. Tapi saya pun tak tahu mcm mna nak promosi jualaan sewaan tapak iklan blog sendiri.

    Sebab niche informasi campur baur sikit.. ;(

    ReplyDelete
  4. bagus..aku pun sedang mencari blog-blog untuk mengiklan ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement