Tapi masalah kelajuan tersebut hanya berlaku dalam tempoh lebih kurang 72 jam. Namun, bagi blogger seperti saya yang bergantung dengan capaian tanpa had berkelajuan super pantas internet, masalah capaian seperti ini memang menggangu-gugat ketenteraman. Malah, boleh naik tension ... sampai mahu marah pada semua orang dan semua benda termasuk keyboard komputer .. kah kah kah.
Ujian Kelajuan Streamyx dan Unifi
Ok, sesudah dimaklumkan bahawa masalah telah selesai, maka saya pun membuat ujian kelajuan streamyx saya .. dan inilah hasilnya...[+] http://speedtest.tm.com.my/tmspeedtest.html
Dari ujian kelajuan Streamyx di atas .. bolehlah saya simpulkan bahawa capaian internet sudah kembali normal untuk pelanggan Streamyx yang langgan pakej 4Mbps - RM150 sebulan. Secara amnya, pelanggan Streamyx yang ambil pakej seperti saya akan menerima:
- Kelajuan Download - Lingkungan 4.00 Mbps - 4.5 Mbps
- Kelajuan Upload - Lingkungan 0.35 Mbps - 0.50 Mbps
Kalau kurang daripada apa yang dinyatakan di atas ini, bermakna talian internet TM - Streamyx anda bermasalah. Kelajuan download selalunya akan lebih tinggi, dan kelajuan upload pula hanya ada perbezaan antara 0.1 Mbps - 0.05 Mbps sahaja.
Apa berlaku jika terdapat gangguan? Semua nilai ujian kelajuan asas di atas akan jadi kurang ... maka, anda perlu laporkan kepada TM.
Orait, penyelesaian jangka pendek.
Nak tak nak, seorang pengguna internet yang serius mesti ada plan backup atau dengan kata lain alternatif untuk capaian internet, khusus untuk mereka yang betul-betul menggunakan internet untuk tujuan penting contohnya bisnes online atau perniagaan atas talian. Ada banyak plan internet yang bagus sekarang ini, walaupun tak banyak yang berikan kelajuan maksima yang sepatutnya untuk sebuah negara yang ada MSC ni .. huhuhu...
Nak tahu kenapa TM Streamyx dan Unifi lembab? Baca ni - Sebab Internet Lembab Bulan Mac 2016
Apa pakej broadband atau internet yang berbaloi selain TM Streamyx atau Unifi? Ada cadangan?
aku cuma pakai streamyx je puas hati..lelain hampeh..tgk Yes kemain lagi cambest..skrg ni aku pakai 8mbps..4mbps aku pakai sebelum ni..RM140 sebelum GST...8mbps, RM150 sebulan...dekat RM160 le termasuk GST..jauh beza ngan 8mbps..
ReplyDeletekat tempat aku biasanya depa buka lebih..macam isu kat tempat aku aritu, 4mbps..dia bukak 5mbps..dapat la speed dalam 4.3-4.5mbps...sebab selalunya memang akan reduce 20% drpd speed asal..
Tempat aku belum buka lagi untuk lebih 4Mbps ni .. kalau ada memang mintak dah .. sbb banyar beza dalam rm10 je gitu. Tunggu promosi. Sellau ada promosi.
DeleteYes aku guna untuk travel je. Awal dulu memang best pakai, skrang macam selalu on off je dah.
Aku lg trok nie...cek speedometer dpt 4mbps lbih..tp bila download 10kbps pon xlpas...ape masalahnyer nie...dah seminggu..naik tensen rasa...xbleh nak wat keje...bayar tetap bayar...bila tp nie dah seminggu mcm nie..bukan tm nak bayar blik pon...kita jgak taggung rugi...
ReplyDeleteMesti putus-putus kan? Hmm ramai yang dapat masalah macam ni .. lagi kalau nak download fail besar. Dulu leh buat apa tu point-to-point .. tapi dah diharamkan pula.
DeleteMemang stress dengan line Streamyx sejak beberapa hari ni. Line penuh, tapi loading asyik fail. Awal bulan lagi ni.. Haihh
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.