8 Teknik Memancing Kerapu Kawasan Batu. Khas untuk kaki pancing seperti saya, entri atau post ini adalah untuk kalian baca dan ingat. Itupun kalau nak merasa ikan kerapu yang mahal harganya, contohnya macam ikan Kerapu Harimau yang memang mahal harganya di pasaran.

Ada kerapu di sebalik batu? Betul ke? Ya, memang betul. Rasanya semua orang tahu bahawa spesies ini merupakan spesies ikan batu karang. Memang kerapu sering menjadikan kawasan berbatu karang sebagai tempat persembunyian. Di kebanyakan pantai berbatu di Malaysia, ikan kerapu memang mudah ditemui, cuma ada beza sedikit dengan spesies dan saiz ikan kerapu ini jika dibandingkan dengan ikan kerapu di terumbu karang di tengah laut.

8 Teknik Memancing Kerapu Kawasan Batu

Sebelum ini, saya ada kongsikan sedikit tips memancing Kerapu di tepian batu, yang merupakan tips dan teknik yang digunakan oleh anak saya. Kali ini, saya nak tambah sedikit tips dan teknik memancing kerapu di kawasan berbatu bersandarkan kepada ilmu-ilmu pakar memancing yang telah saya ketahui.
  1. Di kawasan tambak berbatu, cari kawasan lubang-lubang yang agak dalam airnya (Untuk mengetahui lubang tersebut dalam atau tidak boleh survey dahulu kawasan tersebut sewaktu air surut dan tandakan kawasan-kawasan yang berpotensi).
  2. Tekniknya sangat mudah. Hanya perlu menghulurkan tali dan mata kail sahaja. Tidak perlu batu ladung.
  3. Gunakan rod pendek bersaiz 5-8 kaki seelok-eloknya (Boleh juga untuk tidak menggunakan joran, hanya hulurkan tali kail sahaja ke dalam lubang).
  4. Umpan udang kopek paling efektif digunakan. Boleh juga gunakan udang hidup, umpun-umpun dan hirisan sotong.
  5. Apabila menjatuhkan umpan ke dalam lubang batu, mainkan sedikit umpan itu agar ia bergerak-gerak di dalam air kemudian biarkan seketika. Jika tiada sambaran mainkan lagi umpan itu untuk menarik perhatian ikan.
  6. Jika lama tiada sambaran ataupun kawasan tersebut telah diganggu spesies pengacau seperti buntal dan sesirat, anda bolehlah berpindah ke lubang-lubang batu yang lain.
  7. Penting untuk anda sentiasa menjaga joran anda. Ini kerana, apabila sang kerapu menyambar umpan, ia akan terus membenamkan dirinya masuk ke dalam batu. Jadi untuk mengelakkan kail anda tersangkut ke batu, anda harus segera menyambar joran apabila kerapu menyambar umpan.
  8. Waktu paling efektif memburu kerapu ialah ketika air gerak pasang sehinggalah pasang penuh.
Teknik memancing ini juga boleh digunakan untuk menjerat spesies ikan yang lain, yang mungkin mencari makanan di kawasan berbatu di perairan pantai Malaysia. Antara spesies ikan yang boleh anda pancing menggunakan teknik ini adalah seperti Siakap, Tetanda, Bayan, Gerut-Gerut termasuk juga Semilang.

Semoga dengan sedikit perkongsian ilmu ini akan memudahkan kaki pancing yang mahu mendapatkan ikan Kerapu di kawasan berbatu, tanpa perlu menaiki bot ke tengah laut... terutama buat kaki pancing yang mabuk laut .. hahaha ..

Bukti Kejayaan Guna Teknik Ini ...

Dengan teknik ini, saya dan anak-anak berjaya menaikkan banyak ikan kerapu terutama di kawasan perairan Lumut ... nah bukti ..... acaner?
Rasa nak cuba teknik memancing kerapu ini tak? Boleh sahaja pilih mana-mana destinasi di Malaysia yang hampir dan dekat dengan kawasan perairan berbatu ...

Tempah destinasi penginapan berhampiran pantai di Malaysia dengan harga diskaun menarik:

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement