Ramai belia zaman sekarang sudah diibaratkan 'Kais Pagi Makan Pagi; Kais Petang Makan Petang'. Bukan nak kata mereka ni miskin papa kedana, tetapi apa yang berlaku ialah, gaji yang diterima setiap bulan hanya cukup untuk menyara kehidupan selama sebulan, tidak lebih dari itu, apatah lagi untuk menyimpan dan membeli rumah.

Gaji hasil dari titik peluh hanya mampu untuk menyara makan minum seharian, pengangkutan pergi balik ke tempat kerja, bayaran balik pinjaman pendidikan (terutamanya PTPTN), bayar bil-bil, bayar tol, bayar data internet, ansuran sewa kereta, bayaran duit sewa rumah dan sebagainya. Banyaknya keluar duit daripada menjadikan duit gaji itu untuk pelaburan dan simpanan masa hadapan.

Belia Kais Pagi Makan Pagi - Cabaran Untuk Memiliki Rumah Sendiri

Cabaran Belia Untuk Miliki Rumah Sendiri
Bagi belia yang mahu bermewah, sanggup buat loan atau pinjaman peribadi. Ada yang gunakan kad kredit untuk beli telefon pintar canggih mahupun bergaya dengan pakaian berjenama. Akhirnya menjerat diri setiap bulan ... kata orang 'Biar Papa Asal Bergaya!'

Paling sadis ialah ada di kalangan belia yang masih lagi tinggal bersama ibu bapa. Nak menyewa rumah sendiri, duit gaji sudah tidak cukup .... aduh malang sungguh. Lagi teruk ... bukan setakat menumpang tinggal di rumah ibu bapa, ada masa ibu bapa pula terpaksa keluarkan duit belanja untuk anak yang sudah pun bekerja..... Mengapa perkara ini berlaku?

Belia sekarang Belia Kais Pagi Makan Pagi .... kerana gaji permulaan walaupun lepasan graduan adalah rendah. Zaman sekarang, gaji permulaan RM2000 sebulan pun belum pasti dapat hidup dengan selesa, terutama sekali di ibukota.
Cabaran Belia Sekarang Untuk Memiliki Rumah

Tetapi .. Ada Golongan Belia Yang Berjaya Memiliki Rumah Sendiri di Usia Muda!

Namun, walaupun saya mengeluarkan fakta yang kebanyakkan benar di kalangan belia sekarang, ada juga belia yang masih mampu untuk hidup berdikari dan berjaya harungi kesempitan hidup walaupun gaji di bawah RM2000 sebulan.

Lagi hebat ialah mereka mampu memiliki rumah sendiri tanpa perlu meminta duit ibu bapa, malah mereka membeli rumah pertama mereka hasil daripada duit simpanan sendiri yang dikumpul sejak hari pertama mula bekerja. Apa beza belia ini dengan belia yang saya maksudkan Kais Pagi Makan Pagi?

3 Perkara Yang Membezakan

Pertama sekali ialah, mereka adalah belia yang ...
  • Dapat membezakan antara keperluan, kemahuan dan komitmen. Mereka tahu, dengan duit gaji yang diterima, apakah perkara pertama yang perlu mereka lakukan.
  • Memikirkan masa depan, dan bukan masa sekarang. Mereka berusaha kuat pada hari ini untuk keselesaan hidup di masa hadapan.
  • Mereka sedar akan kepentingan untuk mempunyai rumah sendiri di usia muda.
Keduanya, mereka cari ilmu pengetahuan dan melakukan tindakan tanpa tangguh. Ingat lagi? Saya pernah menulis dan berkongsi berkaitan tips untuk membeli rumah di usia muda. Menerusi tips itu, rasanya belia boleh pandu kehidupan agar dapat mencapai apa yang diperlukan. Ia satu cabaran hebat untuk belia zaman sekarang, tetapi bukan mustahil .. sebab sudah ada bukti nyata.

Ada belia yang belum pun umur mencecah 30 tahun sudah memiliki dua, tiga dan empat malah lebih rumah sendiri. Nampak seperti satu mitos .. tetapi percayalah, kalau kena dengan cara, teknik dan berpandukan kepada ilmu serta pengetahuan yang betul, ia boleh dilakukan. Pasti boleh!

Cuba bayangkan ..

Setiap bulan anda bayar duit sewa rumah atau apartment sebanyak RM500 kepada orang lain - Adakah anda lebih rela membantu orang lain itu melunaskan hutang pinjaman bank mereka walhal sebenarnya anda boleh menggunakan duit sewa rumah sebanyak RM500 sebulan itu untuk membayar harta atau rumah milik anda sendiri?

Ketiganya ialah, mereka adalah golongan belia yang sedar akan cabaran masa akan datang. Mereka tak mahu lalai dan alpa. Mereka melakukan persediaan, itu sebab mereka boleh berjaya. Mereka sedar dan ambil berat .. bahawa harga rumah bukannya semakin menurun, tetapi semakin meningkat dari tahun ke tahun. Jika tidak bertindak dan berusaha sekarang ... bila lagi?

Nak tangguh sehingga gaji cukup besar? Agak-agak harga rumah ketika anda sudah bekerja lebih 5 tahun akan sama dengan harga rumah sekarang? Tentulah tidak .. malah kenaikannnya lebih berganda-ganda dengan kenaikan gaji anda selepas 5 tahun bekerja. Nak tunggu lagi?
Tips untuk beli rumah bagi belia Malaysia
Inilah cabaran untuk Belia sekarang yang diibaratkan Belia Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang Makan Petang - tengok balik point pertama yang saya sebutkan di atas. Terserah pada anda sebagai belia, saya hanya mampu menasihati.

Semoga post ini bermanfaat.

Artikel di atas telah diubahsuai dan diolah oleh saya berdasarkan artikel - Cabaran Memiliki Rumah Buat Belia. Ia adalah sebahagian dari usaha saya bersama Mega Three Housing untuk mendidik masyarakat khususnya golongan muda dan belia untuk memiliki rumah sendiri di usia muda.

Kongsikan artikel ini sebanyak yang mungkin, dan tag rakan-rakan anda. Prihatin anda akan dapat membantu lebih ramai berjaya memiliki rumah impian mereka. Support this, do please share.

[full_width]

8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Memang target nak ada rumah sendiri sebelum umur menjelang 30 tahun...sebab tu saya ketepikan dulu niat nak beli kereta, guna kad kredit, buat pinjaman peribadi...pergi kerja pun hanya naik motor je...walaupun motor saya tu sudah berusia hampir 7 tahun...masih boleh berkhidmat...jimat pun jimat...simpan untuk masa depan...haa, kalau beli kereta...nak fikir bayar ansuran bulanan lagi...duit minyak setiap hari...belum sampai hujung bulan poket da "kering"...graduan yang baru mula kerja ni selalunya angan-angan memang tinggi...memang la teringin tengok member lain da keluar kereta sendiri...tapi kita kena tahu tahap kemampuan kita kat mana...jangan menyesal tak sudah di kemudian hari...

    sebab harga rumah ni makin lama makin mahal...kalau nak tunggu GAJI BESAR...entah-entah masa tu harga rumah lagi melambung tinggi...sampai ke sudah tak boleh beli rumah nanti....

    ReplyDelete
  2. Beberapa tahun lepas, gua hampir nak miliki rumah sendiri.

    Malangnya, terpaksa lupakan bila keadaan tidak mengizinkan. Now kais-kais tiap bulan untuk bayar sewa rumah secara ansuran he...23x

    ReplyDelete
  3. Beli tanah, buat rumah sendiri atau buat rumah kotena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus cadangan ni. Tanah leh cagar ke bank untuk dapatkan pinjaman .. huhuhuhu

      Delete
  4. Sepatutnya masa mereka ni jadi pelajar sudah diberi pendedahan tentang pengurusan kewangan dan hakikat kehidupan akan datang. Kalau tidak mereka akan sibuk habis duit beli benda yang tidak perlu..

    ReplyDelete
  5. ramai orang tak tahu cara menguruskan kewangan mereka...biarlah hidup ikut kemampuan, bukan nafsu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, saya masa muda-muda diakui tak ikut cara betul urus kewangan.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement