Ahh sudah. Isteri saya tak ada. Anak saya pula desak untuk jahit lencana sekolah untuk kelas KAFA. Kalau tak jahit, dia tak mahu ke kelas KAFA yang dihadirinya 3 kali seminggu setiap petang. Nak tak nak, saya perlu jahit sendiri lencana sekolah anak saya. Ohh ... pengkor dibuatnya. Inilah bila house husband menjahit .. .. agak-agak hasil akhirnya nanti boleh dapat pujian tak? Haha...

Memang dah lama saya tak menjahit baju. Kali akhir, seingat sayalah, ketika belajar di Matrikulasi USM. Masa tu saya perlu jahit kangkang seluar track yang terkoyak semasa berlatih untuk pasukan bola lisut desasiswa Gemilang (asrama USM). Tak susah sebenarnya menjahit baju atau pakaian yang terkoyak ni. Cuma mungkin, jahitannya tak begitu kemas. House husband menjahit seperti saya ... uhh asal terletak sudahhhh .. haha.

Bila House Husband Menjahit ...


Masa saya belajar di USM, dalam Ijazah Sarjana Muda .... di tahun ketiga, ada gak kes seluar saya terkoyak. Tapi masa tu dah ada awek .. haha .. jadi tak jahit sendiri, minta tolong awek jahitkan. Nasib baik awek saya tu pandai menjahit ... hoho. Dan sedikit sebanyak ada jugalah belajar cara menjahit yang betul... pweeewiitt .. romantis begitu .. kah kah.

Tu zaman muda. Sekarang dah beranak-pinak. Bila ada pakaian koyak, isteri saya yang akan uruskan. Lagipun, isteri saya memang pandai menjahit. Baju raya kami anak-beranak pun pernah dia buat, malah langsir raya rumah kami pun isteri saya yang jahit dari A sampai Z. Setiap kali mesin jahit rosak, saya akan pastikan ia segera dibaiki, kalau tak ... kesian wife saya tak dapat nak gunakan skill yang telah ada.

Bila isteri tak ada dirumah, mulalah terkebil-kebil ....

"Abah .. jahit lencana .. kalau tak adik tak nak gi Kafa, nanti ustazah marah..."

Maka, saya pun sebagai tidak mahu hampakan, dan sebagai menunjukkan bahawa bapak dia yang kacak dan ensem ini adalah hero, maka saya gunakan segala skill menjahit yang dapat dari bekas awek dan isteri saya sekrang untuk hasilkan jahitan lencana paling kemas oleh seorang house husband Malaysia .. haha.

Uhh .. macam tergeliat lak rasa tangan dan jari-jemari. Sempat juga saya minta anak saya tu tolong ambil gambar sebagai bukti bahawa bapak dia boleh menjahit dengan baik... haha .. dan pastinya nak bagi anda semua tengok betapa hebatnya saya menjahit sebuah lencana pada poket baju anak saya. Fuhh ... susah ooo.

Ini hasil akhir .. yang membuatkan anak saya rasa best sangat-sangat.... siap dua helai baju Kafa saya selesaikan untuk jahit lencana sekolah.
Tapi ... rupa-rupanya, ada cara yang lebih mudah untuk letakkan lencana sekolah pada baju. Yakin sangat dengan ilmu karat yang dah lama saya tinggalkan, maka saya tak adalah pula mencari cara nak buat - tampal lencana sekolah dengan mudah ni di internet.

Cara Mudah Tampal Lencana Sekolah

Saya hanya tahu selepas status jahit-menjahit ini saya kongsikan di Facebook; barulah saya sedar bahawa ada cara lain yang lebih mudah, lebih kemas, lebih baik untuk meletakkan lencana sekolah di baju sekolah. Anda tahu bagaimana? Cuba tengok tutorial mudah di bawah ini .. ianya telah dikongsikan oleh Puan Nanie Salim, seorang usahawanita.
  1. Sediakan bahan-bahan iaitu gam UHU, lencana, kadbod (gunting dari kotak terpakai), tuala basah dan seterika.
  2. Letakkan kadbod di belakang poket.
  3. Letakkan lencana yang telah diletakkan gam UHU di bahagian belakang. Tampal pada poket.
  4. Dengan menggunakan tuala basah, seterika lencana tadi.
  5. Siap. Lencana kemas terletak di bahagian poket baju sekolah.
Fuh ..memang terbaiklah. Post yang dikongsikan oleh Puan Nanie Salim ini telah mendapat lebih 12.5 shares menerusi Facebook dengan lebih daripada 3.7 likes. Semoga ilmu ini akan lebih berikan kebaikan kepada ramai orang, terutama sekali orang macam saya yang telah melakukan dengan cara yang susah, dan memenatkan. Terima kasih Puan Nanie ... :)

p.s: Lepas ni senanglah nak tampal2 benda kat baju .. yehoooo .. nak tulis hasrulhassan.com lah kat semua t-shirt yang ada .. lalalalla...


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Air tangan ayah tu...mesti anak Bro HH rasa seronok...sebelum ni masak memasak...ha kali ni skill menjahit pula....terbaiklah.

    BalasPadam
  2. Apesal x pernah tau cara yg lagi senang macam ni erk..next time nak buat la..senang rupanya...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement