Sebenarnya agak sukar untuk mendapatkan telur suku masak yang sempurna. Tapi alhamdulillah, setakat ini semua percubaan saya untuk hasilkan telur suku masak berjaya. Untuk hasilkan telur suku masak yang sempurna, paling penting ialah anda perlu tahu kekuatan api. Ia juga bergantung dengan jumlah telur yang anda masak.
Cara Hasilkan Telur Suku Masak Gaya House Husband
Ok. Boleh gunakan tips atau cara saya hasilkan telur suku masak ini, huhuhu .. telur suku masak gaya house husband.
- Basuh telur sehingga bersih
- Masukkan telur tersebut ke dalam periuk atau kuali
- Masukkan air sehingga separuh telur
- Buka api dengan kekuatan sederhana
- Tunggu sehingga air mengelegak penuh (banyak buih air)
- Biarkan selama 5 minit (jangan terlebih)
- Tutup api.
- Biarkan selama 5 minit lagi dengan golek-golekkan telur dalam periuk atau kuali.
- Dah siap ..
Hasilnya adalah seperti di bawah ini.
Wife saya lak, dia beritahu .. kalau nak masak telur separuh masak, kena didihkan air sehingga menggelegak, pastu baru masukkan telur dan biarkan selama 4 minit dengan keadaan bertutup. Tapi masalahnya ialah ... apabila masuk telur lebih dari 2 biji, ada telur yang tidak masak terutama bahagian kuningnya.
Selamat mencuba.
hahahha..dulu, waktu aktif kat gym, sehari boleh katakan banyak makan telur separuh masak ni..tapi sekarang ni, dah takde lagi. bila baca entry sifu ni, adoi la..terasa nak makan balik laa...huhuhu
BalasPadamCari tulur ayam kampung ..
Padamaku pun nak share jugak..ahha..nanti aku tulis entri pasal ni..cambest plak kan..ahahaa
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.