Di Parit Buntar, ada dua tempat yang best untuk melayan Char Kue Teow. Satu yang menjadi pilihan utama ramai penduduk setempat ialah Along Char Kue Teow, dan yang kedua ialah Char Kue Teow Omaq. Kedai atau restoran Char Kue Teow Omaq ini terletak berhadapan bulatan Menara Jam Merdeka Parit Buntar. Salah satu monumen atau peringatan yang bersejarah mengenai tahun kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Char Kue Teow Omaq Parit Buntar

Saya boleh dikatakan agak kerap makan di Char Kue Teow Omaq memandangkan lokasinya lebih dekat dengan rumah saya. Lagipun, tidak seperti di Along Char Kue Teow, suasana di sini lebih tenang daripada gangguan nyamuk...hehehe.. jadi boleh makan char kue teow dengan aman sentosa.
Char Kue Teow Omaq Parit Buntar
Char Kue Teow Omaq Parit Buntar

Sebelum ini, salah satu trademark Char Kue Teow Omaq ialah adanya kerang di dalam hidangan yang popular di Penang ini. Tetapi, sejak setahun ini ... saya dah tak jumpa seekor kerang pun dalam masakan char kue teow .. yang ada hanyalah udang yang memang kebiasaannya ada dalam masakan ini.

Mungkin ada yang tidak tahu, perkataan Char yang ada pada Char Kue Teow bermaksud goreng. Jadi, kalau ditanya pada chef-chef yang sebenar-benar chef, mereka lebih suka menamakan masakan ini sebagai Char Kue Teow Berkuah. Itu adalah nama yang lebih tepat dengan menu, resepi dan masakan ini.

Jika diikutkan, Char Kue Teow adalah gorengan kue teow kering tanpa berkuah.

Saya pernah membawa seorang kenalan saya yang merupakan tukang masak di salah sebuah restoran di Sabak Bernam untuk merasai kesedapan Char Kue Teow Along .... sekali dia nampak ... terus dia kata .. ini bukan Char Kue Teow .. ini Kue Teow Berkuah... huhuhuh.... terus terkedu saya dibuatnya.

Hmm .. apa nak buat. Masyarakat kita kan ke majmuk .. jadi menu pun dah jadi majmuklah juga. Inilah keunikan yang ada di Malaysia. Nak tak nak terima sahaja .. dan alhamdulillah .. ia menjadi satu trademark tersendiri untuk negara.

15 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. fuhhhhh,, char keow teow makan dengan cili jeruk memang awesome .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeszaaaa... memang terbaik, terangkat ... terangkat kening weihh

      Delete
  2. Eh Zarith pernah pergi makan kt sini tahun 2009 masa hantar akak kahwin dulu. Dengan org parit buntaq ni la hehe. Makan waktu malam sebelum naik bus balik johor..seedapp sangat..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti teringat2 kan? Jadi .. kenalah datang sini lagi. :) Belum pernah masuk JJCM lagi ni .. ekekke

      Delete
  3. owh Char=goreng...baru tahu =) terima kasih en.HH atas perkongsian

    ReplyDelete
  4. koew teow berkuah??..org yg HH bawak tu..org jawa kot..org jawa memang tak kenal pun char keow teow..Fida selalu makan situ jugak..tu pun kalau balik sana la..lani kalau blk mesti p makan dkt Haleem Restoran nasik kandaq..sedap dan murah..HH dah p ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err .. tak Afidah. Memang nama Char Keu Teow itu bermaksud Kue Teow Goreng.

      Apa yang kita dihidangkan skrang adalah Kue Teow Berkuah. Tanyalah mana-mana chinese ... sbb makanan ni asalnya dari masakan cina hokkien (kalau tak silap)

      Haleem pernah makan sekali. Suka lagi dengan Ali ...

      Delete
  5. nampak cam sedap ja char koew teoh tuh.. thank you atas perkongsian maklumat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh mai sini. Masa majlis kahwin Shahizey .. penuh tempat ni dgn orang KL

      Delete
  6. CKT yang SA suka kalau banyak kerang dan tauge..best....

    ReplyDelete
  7. pelakon adam corry pon cakap benda yg sama.. katanya org melayu kita dah salah tafsir.. hehehe.. tp husna prefer char kuew teow lagi dari kuew teow goreng..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) Ya betul. Memang salah tafsir... benda ni bermula dari Penang. Orang melayu buat ia berkuah.

      Delete
  8. Memang betul2 banjir char kue teow dia, HEBAT!

    ReplyDelete
  9. Dua2 kedai ni dah pernah singgah... belah KL susah nak cari sesedap Penang char kue teow.. ada, tapi kena cari merata.. jenuh cari

    ReplyDelete
  10. Saya ni memang peminat char keow teow tapi susah nak jumpa yg sedap. Kadang-kadang goreng je sampai keluar api bagai..tapi bila makan xde lah sedap mana. Nanti boleh lah cuba Char Keow Teow Omaq pulak kalau ke Parit Buntar nanti..TQ for sharing.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement