Saya dimaklumkan bahawa ramai calon-calon yang telah lulus peperiksaan online Separa Perubatan sudah mula dipanggil untuk hadiri temuduga bermula 11 April 2016. Dan ada di antara mereka yang mahukan rujukan pantas sebagai persediaan untuk hadapi soalan-soalan yang bakal ditanya semasa temuduga Separa Perubatan. Almaklumlah, persaingan untuk jawatan Separa Perubatan agak tinggi, dan pastinya peluang berjaya lulus exam, dan peluang menerima panggilan temuduga tidak mahu dipersiakan.

Dipanggil Temuduga Separa Perubatan?

Dipanggil Temuduga Separa Perubatan?
Dalam kerjaya Separa Perubatan di bawah ambilan jabatan kerajaan sebenarnya ada banyak cabang. Jadi, tidak hairanlah kenapa kerjaya ini menjadi antara pilihan lepasan Diploma, Sijil dan juga SPM/STPM. Di bawah ini merupakan senarai kerjaya yang diletakkan dalam kategori Separa Perubatan yang saya peroleh dari laman web SPA:
  1. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  2. Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
  3. Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  4. Latihan Jururawat
  5. Latihan Jururawat Pergigian
  6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  7. Latihan Juruteknologi Pergigian
  8. Latihan Juru X-Ray
  9. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan
Banyak bukan? Latihan pula dibayar dalam bentuk elaun, dan ada biasiswa disediakan untuk calon yang berjaya.

Untuk Separa Perubatan, kerajaan melaksanakan dua kali pengambilan dalam setahun, iaitu pada Januari dan juga bulan Julai. Untuk kemasukan bulan Januari, panggilan temuduga akan mula dilakukan sekitar bulan Oktober. Manakala untuk kemasukan Julai, temuduga akan dijalankan dalam bulan April setiap tahun.

Syarat am untuk kerjaya Separa Perubatan adalah seperti berikut (berdasarkan keputusan SPM):
  1. Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
  2. Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua mata pelajaran adalah diperingkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
  3. Memenuhi syarat Bahasa Malaysia, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
Kepada yang berjaya mendapat keputusan lulus dalam peperiksaan online bagi Separa Perubatan, anda boleh semak samada anda dipanggil untuk temuduga dengan klik kepada pautan yang disediakan di bawah.

Tarikh temuduga Latihan Separa Perubatan

Untuk calon Semenanjung Malaysia - 17 April 2016 hingga 22 April 2016
Semak nama anda di sini  [+] http://goo.gl/ks1Mlh

Untuk calon Sabah - 11 April 2016 hingga 26 April 2016
Semak nama anda di sini [+] http://goo.gl/ELzFcM

Untuk calon Sarawak - 25 April 2016 hingga 6 Mei 2016
Semak nama anda di sini [+] http://goo.gl/SiHuV9

Saya nak ucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya dipanggil untuk hadiri temuduga Separa Perubatan. Bukan mudah perjalanan anda untuk mendapat tawaran tersebut. Mungkin tahun 2016 adalah rezeki anda untuk langkah mula bekerja di dalam sektor awam.

Jika anda mencari panduan, dan rujukan untuk lulus di dalam temuduga ini, saya syorkan anda untuk beli panduan tersebut di sini [+] Rujukan Pantas Temuduga Separa Perubatan
Rujukan hadapi interview Separa Perubatan

Harga yang dijual untuk panduan ini adalah mampu milik, dan in Sha Allah akan membantu anda membuat persediaan setelah dipanggil temuduga Separa perubatan.



Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement