Saya nak kongsikan sesuatu tentang bil elektrik yang tetiba mendadak naik, terutama untuk bulan Mac, April 2016. Malah, ia naik hampir sekali ganda dengan bil elektrik bulan sebelumnya. Saya sendiri mengalaminya, dan agak terkejut pada awalnya apabila mendapati bil elektrik naik dari RM140 sebulan menjadi lebih RM200 sebulan. Kenapa bil elektrik naik mendadak? Kenapa bil elektrik menjadi tinggi?

Ramai yang telah heboh dan berkongsikan permasalahan ini, terutama di media sosial. Ramai yang merungut sehingga ada yang menyalahkan pihak TNB akibat kenaikan bil elektrik ini. Nasib baiklah ada orang yang belajar akan ilmu pengiraan tarif dan penggunaan elektrik yang mungkin ramai tidak tahu, termasuk diri saya sendiri.
Kenapa Bil Elektrik Tinggi? El Nino Penyebabnya?
Maka, dari sibuk saya nak mencari alasan dan mula nak menyalahkan pihak TNB sebagai pembekal utama tenaga elektrik di Malaysia, elok saya kongsikan ilmu berguna ini untuk diketahui ramai. Semoga ia dapat bantu kita semua agar lebih berilmu, dan lebih tahu - sebab kenapa bil elektrik tinggi pada bulan ini, yang dikaitkan dengan fenomena El Nino.

Kenapa Bil Elektrik Tinggi? El Nino Penyebabnya?

Ilmu ini dikongsikan oleh saudara Hazim di Facebook, menerusi ruangan komen salah seorang rakan blogger saya yang terkenal dan jelita di Malaysia, iaitu Puan Namee Roslan.
Bil Elektrik naik sebab El Nino?
...
Apa komen si Hazim ni? Baca di bawah ini ...

Dah heboh di page sana sini bil elektrik meningkat bulan ni. Ilmu yang diajar lecturer dan juga tok guru di TNB sohabat saya nak turunkan pada semua warga facebook supaya masing masing akan faham. Insya Allah.

Saya sertakan satu formula elektrik, Joule's Law

H = i^2 x r X t

Dari formula ni, kita dapat tahu haba akan mengubah jumlah arus.

Dalam situasi harian, suhu di dalam sesuatu kediaman boleh memberi kesan pada aliran arus elektrik dalam rumah. Elektrik kita tak boleh nampak, jadi saya perlu bagi penjelasan kenapa TNB Careline bagi keterangan sebab kesan dari El Nino.

Contoh mudah:

Peti ais.
Dalam cuaca suhu bilik biasa, 27 darjah celcius. Satu peti ais akan menggunakan sejumlah unit elektrik untuk mengekalkan suhu di dalam peti ais dari 27 C ke 0 C. Untuk mengurangkan suhu sebanyak 1 C, jumlah tenaga diperlukan ialah 4.19 kJ/kg.C.

Jadi, cara kiraan mudah, untuk mengurangkan suhu 200ml air dalam peti ais hingga menjadi ais kiub, 200ml = 200gram

0.2kg x (27-0)C x 4.19 = 26.46 kJ tenaga diperlukan untuk tukar air menjadi ais. Ini dalam teori sahaja, dari segi praktikal lebih banyak tenaga diperlukan atas beberapa faktor.

Dalam fenomena El nino, suhu persekitaran bukanya 27 C, tetapi ada yang mencecah 36C hingga 40C.

Jadi, dalam situasi sama semasa fenomena El nino,

0.2kg x (36-0)C x 4.19 = 30.168kJ tenaga diperlukan.

Dalam situasi biasa, hanya 26.46kJ je diperlukan tapi bila ada je El nino, terus naik jadi 30.168kJ. Ni dari segi teori. Praktikal pulak lebih dari jumlah ni.

Beza suhu sebegini membuatkan peti ais kita bekerja lebih keras dan guna lagi banyak elektrik untuk kekalkan suhu sejuk.

Nak mudah faham lagi, Bukan peti ais sahaja guna compressor. Aircond juga sama. Jika dulu kita set 20°. Sekarang tetap tidak berubah 20°. Tetapi disebabkan cuaca panas, compressor perlu bekerja lebih untuk mencapai tahap suhu 20°. Sama juga dengan peti ais. Kita tak pernah ubah set suhu sejak dari beli. Tapi bila suhu luar naik mendadak, compressor perlu bekerja lebih. Ini yang kita perlu terangkan pada pengguna.

Wiring dalam rumah juga memberi kesan pada penggunaan elektrik.

Sesetengah kontraktor tidak membahagikan beban elektrik pada pendawaian rumah. Ada situasi wiring tambahan tidak ditarik dari DB tapi disambung pada port soket. Jika wayar panas disebabkan penggunaan elektrik yang banyak, ia juga bagi kesan bil elektrik meningkat. Kontraktor sebegini menipu pelanggan dan tidak pasang wayar ikut spesifikasi Suruhanjaya Tenaga. Ada kes aircond terbakar sebab wayar terlalu panas.

Sebenarnya ramai pengguna kurang faham dgn tarif elektrik. Harga seunit makin tinggi bila penggunaan tinggi mengikut blok tarif. Tujuannya adalah untuk menggalakkan penjimatan. Jika kWh makin banyak, maka harga blok tarif selepas itu juga berbeza. Tarif blok ini hanya utk pengguna domestik sahaja dan tarif domestik ini masih disubsidikan. Pengguna industri dan komersial berbeza. Ramai pengguna yg heboh heboh di media sosial ni kerana kurang faham tentang tarif elektrik untuk kediaman mereka.

Harapnya lepas ni rakyat Malaysia lebih berilmu dan kurang tuding jari salahkan pihak lain.

- Biro Lajnah Elektrik Cawangan Ipoh

Secara jujurnya, saya setuju dengan penjelasan yang diberikan. Apatah lagi di rumah saya penggunaan seperti peti sejuk, kipas dan air-cond sudah bertambah. Peti ais dibuka tutup lebih kerap, meningkatkan lagi penggunaan tenaga. Mana taknya, anak-anak dok asyik ulang-alik buka peti ais .. sekejap2 nak makan aiskrim, sekejap-sekejap nak minum air milo ais .... sekejap-sekejap kang buka lagi nak makan Nata de Coco ...

Tu belum cerita pasal air-cond. Kalau sebelum ni, siang tak buka pun penghawa dingin, tapi kali ini dah kerap .. sebab nak selesa untuk buat kerja sekolah. Dah la duduk di taman yang tak ada angin bayu sepoi-sepoi bahasa ... bila buka tingkap .. bahang panas yang menerjah ke muka ... berkuwap weihh dalam rumah. Bila buka air-cond dan tutup semua tingkap, dengan bahang yang dah sedia ada .. memang kena bekerja keraslah sikit penghawa dingin untuk sejukkan bilik. Air paip pun panas ... apa lagi udara dalam rumah ...

[Baca] 5 Tips Jimat Guna Penghawa Dingin

Lihat bil elektrik saya ... dari RM160 (Feb 2016) .. jadi RM170 (Mac 2016).. kemudian cecah RM214.10 (April 2016); cukup banyak dah tu untuk sebuah rumah teres dua tingkat yang ada satu penghawa dingin 1.5HP yang di pasang di dalam kamar utama. Bila masuk bilik ni je baru pasang penghawa dingin...huhu.
Bil Elektrik naik sebab El Nino?
IBagi sayalah, ini satu ujian dari Allah S.W.T ... fenomena El Nino ini untuk ingatkan kita semua bahawa dunia sudah hampir ke penghujung masa. Kita asyik hal dunia, hal untuk hari akhirat kita lupakan. Mungkin Allah nak ingatkan kita betapa panasnya api neraka .... cuaca panas yang kita hadapi ini tidak terbanding mana pun. Allah Maha Besar.

[Baca] Cara Pilih Penghawa Dingin yang Sesuai Untuk Kediaman

Apa yang boleh kita semua lakukan ialah, bermuhasabah diri ... dan cuba untuk melakukan langkah jimat cermat dalam penggunaan tenaga ini di kediaman kita. Sekarang, dah ada program asingkan sampah, program kitar semula, semua ini dapat sumbangkan kepada penggunaan tenaga lebih baik. Daripada kita terus terusan bergantung dengan sumber hidro untuk elektrik, kita patut mula fikirkan sumber lain untuk tenaga, jadi lepas ni tak adalah nak salahkan TNB dah sebab bil elektrik naik mendadak .. ye tak? huhuhu...

In Sha Allah. Setiap masalah ada jalan penyelesaian.

p.s: Masjid dah banyak yang ada penghawa dingin, mungkin ini masanya untuk ramai yang sebelum ini tidak pernah ke masjid boleh beribadat dengan selesa, terutama mengerjakan sholat berjemaah awal waktu... huhuhu.

10 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Betulah ...dulu bil elektrik saya RM100...sekarang menjadi RM200. Penat juga nak bayar ni!!!

    ReplyDelete
  2. sebab tu duk fikir-fikir nak pasang aircond ke tak..

    ReplyDelete
  3. Komen saya berkenaan hal ini:

    http://wacanaku2009.blogspot.co.uk/2016/04/el-nino-penyebab-bil-eletrik-naik-fakta.html

    ReplyDelete
  4. nasib kat rumah tak pasang aircond.. tp tinggi jugak la compare sebelum ni..

    ReplyDelete
  5. bila panas macam nih..

    semua dok bising pasal bil letrik naik..

    semua dok bising pasal panas..

    dah korang rajin pasang aircon..

    makin banyak la karbon dan karbon dioksida kat udara kita..

    makin banyak cfc terhasil..

    dan semakin nipis la lapisan ozon kita..

    bila dah nipis..ofkos la bumi kita ni protectionnya dah makin nipis..

    so..jika hari ini korang rasa panas..esok akan jadi bertambah panas.

    dan ini akan berterusan dan panas akan meningkat..

    tak tahu sampai bila..

    tapi, cuaca panas ini akan terus meningkat..

    so..tak perlu bising pasal panas dan bil meningkat..

    redha aje.

    semuanya sebab kita punya angkara juga.

    ReplyDelete
  6. betul jugak tu HH...cuma lebih baik kalau disebabkan musim Elnino ni TNB memberikan tambahan diskaun terutama mereka yang dah sedia berjimat.. macam kami..hukhuk.. kami cuma guna kipas je HH..siang takde siapa pun di rumah dan semua plug dah dicabut.. tapi bil masih tinggi..

    luar sudah panas.. hati makin panas bila tengok bil.. huhu..

    ReplyDelete
  7. kita tak kesah lagi berpanasan, tapi kesian kat anak kecik.. Memang naik berkali ganda bil elektrik T_T

    ReplyDelete
  8. saya pun mula2 ingat tarif elektrik naik ke hape..sampai bil mahal dari biasa..rupa2nya ini sebab dia...

    ReplyDelete
  9. bukan ke kira production electrik pada bulan bahagi dengan jumlah kw customer guna...andaian tiada non revenue electric.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement