Panduan Percuma Membuat Banner Iklan Online Menggunakan Photoshop CS3. Sebagai salah seorang internet marketing, antara teknik yang digunakan untuk pengiklanan online ialah menerusi banner. Saya selalunya akan menghasilkan sendiri banner-banner iklan online menerusi Photoshop CS3. Ia adalah bertujuan untuk menampakkan keunikan, dan bagi disesuaikan dengan reka-bentuk blog. Alhamdulillah, dengan menggunakan banner iklan online, saya berjaya mendapat beberapa komisen  menerusi program affiliate tempatan.

Dengan kebolehan yang saya ada ini, saya sering menawarkan perkhidmatan percuma membuat dan mereka bentuk banner iklan untuk pengiklan-pengiklan di blog saya. Ia bukan sahaja bagus untuk pengiklan, tetapi juga kepada saya ... agar banner iklan tersebut nampak natural dan serasi dengan rekabentuk blog. Adalah terbukti, banner iklan yang serasi dan blend-in dengan rekabentuk blog akan menghasilkan jumlah klik yang tinggi (terutama sekali untuk Adsense).

Panduan Percuma Membuat Banner Iklan Online Menggunakan Photoshop CS3

Panduan Percuma Membuat Banner Iklan Online Menggunakan Photoshop CS3
Sebenarnya tak susah pun nak mereka-bentuk banner iklan sendiri. Apa yang diperlukan adalah kemahiran asas menggunakan Photoshop. Saya menggunakan Photoshop versi CS3 untuk semua rekabentuk banner iklan saya, termasuklah juga kerja-kerja grafik yang berkaitan. Boleh dikatakan saya sangat serasi dengan CS3 yang telah saya gunakan selama lebih 5 tahun!

Muat Turun Panduan Percuma Hasilkan Banner Iklan Sendiri Menggunakan CS3/CS4

Untuk post kali ini, saya ingin berkongsi mengenai panduan percuma untuk menghasilkan banner iklan sendiri menggunakan Photoshop CS3. Menerusi panduan yang telah disediakan oleh www.aridz.ws ini, anda akan tahu teknik mudah untuk menghasilkan banner berbentuk imej bergerak (*.gif). Apa yang diperlukan hanyalah sedikit sentuhan kreativiti bagi menjadikannya lebih menarik dan menyerlah.


Panduan di atas anda boleh gunapakai untuk Photoshop CS3 dan juga CS4. Antaramuka kedua-dua software dari Adobe ini tidak banyak bezanya. In Sha Allah, tutorial dan panduan ringkas ini akan bantu anda hasilkan sendiri banner iklan online untuk pemasaran produk anda.

Mahu Dapatkan Servis Saya?

Jika berminat, boleh dapatkan servis percuma hasilkan banner iklan untuk bisnes dan produk anda, dengan syarat anda mengambil pakej pengiklanan banner di blog saya. Boleh email saya di alamat berikut - blogger.hasrulhassan[@] gmail.com atau menerusi ruangan Hubungi.

Di bawah ini adalah beberapa banner iklan online yang pernah saya hasilkan ....
Kongsikan dengan rakan-rakan usahawan yang mungkin nak belajar cara membuat banner iklan ini. Mudah je kalau ikut panduan yang diberikan. In Sha Allah.




5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sungguh pantas untuk diterapkan (y) lanjutkan pak :)

    BalasPadam
  2. Boleh guna photoshop macam ni satu kelebihan. Ada minat insyallah mudah nak belajar photoshop ni.

    BalasPadam
  3. Cantik iklan photoshop yang HH buat. Terbaik :-)

    BalasPadam
  4. salam tuan ..boleh bagi link tak ebook tu...link atas tu tak boleh pakai dah...tolong upload tuan..kalau ada.nak belajar

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement