Perghh memang panas isu ni. Saya mungkin tidak kena bil letrik yang melampau tinggi, tapi memang ada kenaikan dari segi penggunaan, lantas membuatkan bil elektrik di rumah saya naik dari RM160 menjadi RM200 lebih. Saya pun fikir, kenapa agaknya dari segi logik penggunaan tenaga di rumah, boleh menjadikan bil elektrik saya naik sebegitu.

Ok. Untuk info apa yang ada di dalam rumah saya - Rumah saya rumah teres dua tingkat, mempunyai 4 bilik tidur, dengan dua bilik fully utilies penggunaannya, iaitu perlu pasang lampu (walaupun siang). Ada 3 bilik air, ada dua ruang tamu, satu ruang makan, dan satu ruang dapur.

Sebab Bil Letrik Rumah Saya Naik - Mencari Silap Sendiri


Mari tengok penggunaan tenaga. Pada siang hari dimana hari sangat panas disebabkan El-Nino (kata TNB). saya akan gunakan satu lampu di ruangan kerja saya. Kerja saya adalah sebagai blogger, jadi memang ruang kerja saya antara yang banyak guna tenaga - komputer, kipas, pengecas bateri telefon, modem dan speaker; terbuka hampir 20 jam setiap hari.

Ruang Tamu
  • Setiap hari akan pasang kipas siang malam hampir 12 jam. Apabila anak pulang dari sekolah, saya akan memasang lampu untuk mudahkan mereka membuat kerja sekolah. Ketika mereka ada, TV akan terpasang. Pada masa yang sama, akuarium saya juga terpasang dengan motor dan lampu selama 24 jam sehari. Begitu juga suis TV .. terpasang selama 24 jam sehari - cuma tak dibuka selama itu sahaja.
  • Apabila anak pulang dari sekolah, mereka akan gunakan laptop yang bersumber terus pada plak elektrik. Mereka akan gunakan tablet, dan setiap tablet akan dicaj semula bateri selama 2-4 jam setiap hari.

Ruang Makan
  • Lampu dan kipas dinding dipasang ketika makan tengahari.
Dapur
  • Masak menggunakan periuk nasi elektrik sebanyak sekali sehari. Guna mesin basuh secara puratanya sekali sehari. Dan peti ais sentiasa terpasang 24 jam sehari. Guna pemanas air yang dibuka antara 2-3 jam sehari secara purata.
Bilik Tidur dan Bilik Air
  • Salah satu daripada bilik tidur dan bilik air akan buka lampu hampir 10 jam setiap hari sebab tiada pencahayaan. Nak guna bilik tersebut, maka kena buka lampu, begitu juga dengan bilik air. Dan selalunya, apabila anak-anak saya menggunakannya, mereka akan terlupa menutup lampu kedua-dua bilik ini. Pernah beberapa kali berlaku, lampu bilik air terpasang 24 jam dari siang sampai ke siang esoknya.
  • Manakala bilik tidur utama yang mempunyai penghawa dingin akan digunakan waktu malam sahaja, dengan penghawa dibuka secara automatik jam 10:30 malam dan tertutup secara automatik jam 3:00 pagi setiap hari. Lampu bilik air di bilik tidur utama akan dipasang mulai waktu masuk tidur sehinggalah ke pagi, sekitar jam 10:00 malam.
Lain-lain
  • Seterika digunakan paling tinggi dua kali dalam seminggu, anggaran hanya dalam masa 30 minit sahaja.
Ok... apa yang saya ceritakan di atas adalah penggunaan biasa, tetapi sejak El Nino cuaca panas melampau, ada beberapa perkara di bawah menjadi perhatian saya, yang mungkin menyebabkan bil elektrik saya naik daripada bulan sebelumnya.

Sebab Berkemungkinan Kenapa Bil Elektrik Naik

  • Penghawa dingin tidak lagi digunakan hanya pada waktu malam, tetapi juga digunakan pada waktu siang iaitu sekitar jam 3:00 hingga 4:00 petang dimana terik matahari telah menyebabkan ruang bilik terasa berhaba. Jangkamasa digunakan antara 1-2 jam, menjadikan penggunaan biasa dari 5 jam menjadi 7-8 jam sehari.
  • Anak-anak lebih menggunakan tablet, laptop dan menonton tv disebabkan tidak dibenarkan bermain di luar rumah kerana saya risau mereka akan terdedah dengan strok haba. Maka, kekerapan untuk mengecas tablet dan laptop naik, tv juga kerap dipasang dibandingkan dengan sebelum ini.
  • Anak-anak lebih banyak menggunakan peti ais, di mana kekerapan buka tutup peti ais melebihi daripada kebiasaan. Mereka kerap minum air masak sejuk yang disimpan di dalam peti ais. Ia juga menyebabkan saya perlu memasak air lebih daripada biasa menggunakan pemanas air. Jadi, ada kemungkinan besar penggunaan tenaga bertambah disebabkan tingkah-laku anak saya.
  • Kipas berpusing dengan perlahan. Apabila cuaca panas, saya sedar kipas saya tidak bergerak dengan kelajuan yang maksima. Jadi, saya periksa .. rupa-rupanya banyak habuk di kipas termasuk juga kipas dinding dan kipas meja. Disebabkan habuk ini, tenaga lebih perlu digunakan untuk motor bergerak, yang mungkin menyebabkan kecekapan penggunaan tenaga terjejas walaupun peralatan ini dikelaskan sebagai 3-4 bintang tenaga efisien. Dah la penggunaannya bertambah di musim panas sekarang (el Nino).
  • Penggunaan mesin basuh saya bertambah. Anak-anak mudah berpeluh, begitu juga saya .. jadi, pakaian yang dah masam selalu bertukar, maka penggunaan tenaga mesin basuh jadi lebih untuk membasuh muatan yang sudah bertambah.
  • Saya pula menggunakan komputer lebih daripada biasa, kerana menggunakannya sehingga lewat malam hingga awal pagi. Cuaca panas pada siang hari buatkan saya sukar untuk melakukan kerja, jadi saya ambil waktu lain .... walhal pada ketika yang sama, komputer dan peralatan sekitarnya masih terpasang tanpa digunakan.
  • Salah satu daripada lampu di rumah rosak, saya periksa rupa-rupanya ada wayar yang dah terbakar. Ini berkemungkinan ada masalah wiring di dalam rumah. 
Fuh .. jenuh saya fikir untuk mencari sebab mengapa bil elektrik di rumah saya naik dari bulan sebelumnya. Walaupun di hati saya sangat berharap ia bukan salah saya mengapa bil lektrik naik, tetapi apakan daya .. setelah saya senaraikan apa yang di atas, saya berasa lega dengan penjelasan dari diri sendiri.

Cari Sebab Dari Diri Sendiri, Bukan Dari Orang Lain

Andai bil elektrik anda naik bulan ini, meningkat ketara dari bulan sebelumnya, baik anda lihat apa yang tidak kena di dalam rumah anda terlebih dahulu. Kita perlu lihat diri sendiri, dan melihat adakah apa yang berlaku disebabkan oleh apa yang kita sedang dan telah lakukan, atau benar ia merupakan salah orang lain yang cuba menangguk di air keruh.

Apa Perlu Saya Buat Untuk Tidak Dapat Bil Elektrik Lebih Tinggi Bulan Depan?

Mungkin situasi saya ini tidaklah begitu teruk, memandangkan saya sendiri memantau penggunaan tenaga di dalam rumah. Apa yang saya buat (telah dan perlu) untuk pastikan saya tidak membazir penggunaan tenaga?
  • Setkan suhu peti ais kepada suhu yang lebih rendah untuk penyejukkan dimana peti ais tidak perlu kerja keras untuk kekalkan suhu sejuk yang berlebihan. Pastikan peti ais tidak kosong agar tenaga yang digunakan itu digunakan dengan tahap terbaik.
  • Buat ais batu sendiri atau beli sahaja di kedai, jadi bila dah ada ais ni .. buat air sejuk tak perlu simpan dalam peti ais lagi, maka kuranglah anak-anak buka tutup petiais. Buat air ais, letakkan sahaja di meja makan dengan bekas yang kedap suhu.
  • Bersihkan peralatan elektrik untuk kecekapan penggunaan tenaga, seperti kipas angin, penghawa dingin,  mesin basuh dan juga peti ais. Tahukah anda peti ais yang ada banyak froze akan blok penyaluran aliran udara sejuk? Huhuhu.... Mesin basuh juga perlu dibersihkan terutama saluran air keluar, kerana saluran tersumbat akan mengurangkan kecekapannya. Tersumbat, maka air lambat dikeluarkan, lebih banyak masa digunakan, lebih banyak tenaga dibazirkan.
  • Tutup suis lampu dan kipas yang tidak digunakan. Cabut plak peralatan elektrik.
  • Tukar lampu bulb biasa kepada lampu jenis LED.
  • Kurangkan memasak air guna pemanas elektrik, tetapi tukar guna cerek dapur.
  • Makan di luar .. jadi saya tak gunakan elektrik di rumah.
  • Pergi bercuti ... hoho...
  • Oh ya .. saya gunakan alat penjimatan elektrik yang saya beli dari Lazada dengan harga RM11.50 seunit.
Apa yang saya sampaikan di dalam post ini adalah pengalaman saya sendiri menguruskan rumah sebagai house husband dan blogger bekerja dari rumah sepenuh masa. Mungkin keadaan, situasi adalah berbeza dengan anda. Cara penggunaan tenaga juga berbeza. Untuk pengetahuan, saya tinggal di kawasan utara yang sememangnya panas, apatah lagi berdekatan dengan pesisiran laut.

Moga perkongsian saya dapat berikan sesuatu untuk anda fikirkan. In Sha Allah.

10 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. pernah try yang pergi bercuti tu.. xde rumah seminggu lebih tapi bil elektrik masih sama.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm wiring problem kot, sebb mesti akan ada beza dalam RM10-30 ...

      Delete
  2. bil api naik dari 210 ke 340. terkejut giler sy last month!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada buat projek main game sampai pagi ke Abam Kie?

      Delete
  3. Belum check lagi bil elektrik bulan nih!
    Kalau naik banyak sangat nak buat checklist jugaklah macam HH nih! :-)

    ReplyDelete
  4. mmg bil letrik tinggi ... sbb salah sendiri .... dari RM80 ke RM130 ....

    jadi ... jln penyelesaiannya .... sebelum tido ... cabut semua plug ... kecuali plug peti sejuk dan kipas ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita boleh cuba, cari jalan penyelesaian, pastu doa.

      Delete
  5. Mungkin salah saya bila bil RM170 boleh naik ke RM380 walau cara guna sama. saya tetap marah TNB.

    hahahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun marah gak ni .. patutnya dah negara maju, kapasiti penggunaan tenaga sebuah rumah perlu dinaikkan.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement