Gulai Kari Semilang memang terkenal di tempat saya iaitu Parit Buntar, Perak. Kalau anda ke Tanjung Piandang, ada satu kedai makan atau restoran tepi lauk yang menjamu menu istimewa ini. Kata orang tempatan, ikan Semilang Ban Pechah, Kuala Kurau Tanjung Piandang lain dari yang lain .. kalau ikan Semilang biasa bawah perutnya kelihatan putih, tetapi di sini bawah perutnya berwarna kuning pucat. Tak pernah lagi merasa menaikkan ikan Semilang di sini .. in Sha Allah nanti nak mencuba .... umpanya adalah kerang segar .. hoho.
Sedapnya Gulai Kari Semilang Segar
Ok, berbalik kepada kisah gulai kari ikan Semilang tadi....Nak memasak gulai kari ikan Semilang, tak jauh bezanya dengan memasak gulai kari yang lain; cuma ada satu bahan yang wajib diletakkan kalau nak menggulai ikan Semilang ini iaitu Halba Campur. Eerrr tak tahu apa itu Halba Campur? Uishhh ... senang je ... ianya adalah campuran bahan seperti jintan manis, jintan putih, halba, dan biji sawi. Nak mudah, beli je siap-siap kat kedai ... in Sha Allah ada punya. Kalau masakan gulai kari belah utara, benda ni memang wajib dimasukkan dalam masakan menu resepi gulai kari ikan.
[Foto] Gulai Kari Kepala Ikan Nyok Nyok
Ada sesetengah orang yang tak suka beli yang siap campur .. mereka lebih suka masukkan ikut sukatan sendiri, terutama kalau campuran halba tu ada jintan manis yang nampak kasar. Petua orang tua-tua belah utara, nak gulai kari ikan sedap .. kena tumbuk sedikit halba tu bagi sedikit halus sebelum dijadikan bahan tumisan.
Resepi Gulai Kari Ikan Semilang
Bahan Memasak Gulai Kari Semilang
Untuk memasak gulai kari ikan Semilang ni, bahan-bahan biasa adalah ...- Ikan Semilang
- Rempah Kari
- Tomato
- Halba campuran
- Bawang Besar
- Bawang Putih
- Halia
- Daun kari
- Bendi
- Santan
- Garam
Cara Memasak Gulai Kari Ikan Semilang
Cara memasak, seperti biasalah .. mulakan dengan menumis bahan-bahan seperti halba, bawang yang dah dihiris bersama halia, bawang putih serta daun kari. Dah naik bau, masukkan tomato .. dan kemudiannya rempah kari. Bila dah naik minyak ... masukkan santan. Kacau supaya santannya tak pecah .. kacau jangan kasar-kasar ehhh .. lelembut je .. auwwww .... gitu. Pastu masukkan kacang bendi bila dah menggelegak.Saya suka rasa dulu masakan sebelum tutup api dapur. Kena pastikan rasa masin, masam semuanya cukup. Kalau masam tak cukup, boleh masukkan air asam jawa .. tetapi saya dengan isteri lebih suka masukkan tomato untuk tambah rasa masam. Garam jangan banyak-banyak ye .. huhuhu...
Mudah je kan? Kalau rasa macam tak berapa nak lengkap resepi gulai kari ikan Semilang ni, boleh baca menerusi blog rakan blogger saya ni - Kari Ikan Semilang
Terima kasih kepada isteri yang sudi memasakkan resepi gulai kari ikan Semilang ini dengan jayanya, walaupun dia sendiri tak berapa nak gemar ikan yang seakan-akan ikan Keli ni .. huhuhu... dari menyiang ikan sehinggalah selamat masuk ke perut saya dan anak-anak. Alhamdulillah .. memang sedaplah gulai kari Semilang ... ikan segar dari pancingan sendiri.
Muacchh cikit kat isteri ... huhuhu.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.