Saya bertuah diberikan kesempatan untuk menyampaikan ilmu dan pengalaman di dalam bidang penulisan blog, terutama dalam bab cara menjana pendapatan menerusi blog. Walhal, jujurnya saya merasakan ada ramai lagi blogger yang lebih layak untuk bercakap mengenai topik tersebut. Mungkin kerana banyak artikel blog saya mendapat tempat di enjin carian, maka pihak Denaihati Network telah memilih saya untuk menyampai-sebar dengan lebih baik terus kepada rakan blogger sekalian alam .. huhu.
Siapa Hasrul Hassan?
Siapa saya? Saya adalah seorang suami yang berkahwin dengan seorang isteri dan mempunyai 3 orang anak yang alhamdulillah, semuanya bersekolah di sekolah yang bertaraf Kluster Kecemerlangan. Saya merupakan seorang blogger sepenuh masa, menulis dan berkongsi pengalaman, ilmu, cerita, tips, panduan, dan artikel dalam banyak topik, antaranya topik gaya hidup, kerjaya, motivasi, pemasaran online, panduan blogger, serta cara menjana income secara online.
Blog utama saya mengandungi banyak artikel mengenai gaya hidup seorang blogger dan seorang suami house husband. Antara topik kecil yang saya tulis meliputi perkongsian resepi, kisah percutian, shopping, tips dapur, panduan-panduan am serta informasi yang boleh memberikan nilai kepada orang lain; contohnya mengenai pelaburan dalam bidang hartanah.
Saya juga menulis review untuk produk kecantikan, produk kesihatan, teknologi, produk IKS dan bermacam-macam lagi, yang difikirkan baik dan bermanfaat; asalkan ia masih lagi dalam ruang lingkup kehidupan saya sebagai seorang blogger dan house husband sepenuh masa.
Latar Lahir dan Kerjaya
Saya dilahirkan di Batu Gajah, Perak. Saya pernah menetap di Miri, Sarawak; Kuantan, Pahang dan kini menetap di Nibong Tebal, Pulau Pinang, sebuah pekan kecil dalam daerah Seberang Perai Selatan, yang berdekatan dan bersempadan dengan dua bandar dalam dua negeri berlainan - Parit Buntar, Perak dan Bandar Baharu, Kedah.Saya pernah bekerja sebagai seorang pekerja kilang kicap brand Tiga Ayam, pembancuh air di gerai makan, pernah menjadi pelatih untuk dagangan saham komoditi, pernah bekerja sebagai pembantu pam stesen minyak dan kemudiannya sebagai Pegawai Penyelidik di Kampus Kejuruteraan USM. Setelah tamat kontrak kerja bersama USM selama 7 tahun, saya bekerja sebagai kuli di salah sebuah kedai elektrik di Parit Buntar.
[Baca] Saya Bekas Penyelidik USM Kejuruteraan
Ketika itu, saya belajar betapa susahnya bekerja di bawah arahan orang yang tidak memandang pun pada kelulusan ijazah yang saya ada... huhuhuhu... Pengalaman paling memberikan kesan, ialah kerja di atas bumbung rumah orang di waktu tengahari di dalam bulan Ramadhan... cuba memasang penghawa dingin dan membetulkan aerial TV dan piring Astro... Fuh ... memang mencabar sungguh.
Kemudian, saya dipanggil semula untuk kembali menyambung kerja di USM dengan jawatan yang sama selama 3 tahun, atas kapasiti kepakaran dan pengetahuan saya. Akhirnya selepas tamat kontrak kerja, saya menjadi seorang house husband dan blogger sepenuh masa sehinggalah sekarang. Dan ianya berlaku pada pertengahan tahun 2010.
Sejarah Awal Blogging
Sebelum saya mempunyai blog hasrulhassan.com; saya sudah memilki beberapa laman web sendiri, dan beberapa blog yang lain. Ketika itu, saya banyak menulis soal dakwah dan juga teknik pemasaran online. Kebanyakkan artikel yang saya tulis semula itu merupakan artikel copy-paste sah yang diambil daripada beberapa direktori artikel.Sebelum tahun 2010, saya ada beberapa blog yang khusus untuk menjana pendapatan sampingan. Blog-blog tersebut adalah merupakan blog berkaitan produk MLM yang saya pasarkan (kredit/top up handphone), sebuah blogshop menjual buku online, blogshop menjual lampin bayi, dan blogshop menjual baju dan pakaian bundle. Dalam setiap blog tersebut, ada Adsense dan ada promosi produk affiliate luar negara.
Saya secara khusus tidak ada pengetahuan dan pengalaman dalam membina laman web mahupun blog pada awalnya. Meskipun saya merupakan graduan Sains Komputer USM (1999), saya hanya tahu pasal koding pengaturcaraan program dalam mengalisis dan mengubahnya sahaja (Kejuruteraan Perisian). Mungkin disebabkan pengalaman menjalani latihan praktikal di Maybank, saya jadi tahu serba sedikit tentang beberapa koding HTML untuk bina laman web dan blog.
Saya suka pada kecantikan, dan fotografi. Disebabkan kesukaan ini, saya telah bina dan wujudkan blog hasrulhassan.com sekitar tahun 2010 dengan pertamanya dikenali sebagai Bangku Kosong. Ketika itu, saya banyak kongsikan tentang gambar yang saya ambil menggunakan kamera DSLR pertama saya - Sony A200W.
[post_ads]
Bagaimana Blog Dikenali Ramai?
Bertuah Dibantu Ramai Blogger Malaysia
Saya bertuah kerana telah beberapa kali direview oleh beberapa blogger terkenal tanahair, antaranya Ben Ashaari, Dapur Tanpa Sempadan, Broframestone, Eyriqaz, Denaihati, dan beberapa nama lain yang tidak dapat saya nak senaraikan. Malah, blog saya banyak menerima trafik dari blog-blog ternama ini selain blog Rina Salleh, blog Mazidul Akmal, blog Fatin Liyana, blog AbangEnsem, blog Redmummy, blog Beautifulnara dan banyak lagi. Pernah juga tweet daripada blog saya dikongsikan oleh Fatin Liyana dan juga Neelofa kepada ribuan follower mereka.Blogwalking dan Rajin Komen
Apa yang saya lakukan ialah menulis mengenai mereka, dan juga sering tinggalkan komen di beberapa entri yang ada kaitan dengan diri saya sebagai seorang blogger. Saya memang rajin ketika itu, siang malam berhempas pulas menjenamakan blog saya sebagai Bangku Kosong, yang kemudian ditukar menjadi HASRULHASSAN.COM dan kemudian pula kepada Panduan Blogger.Join dan Anjur Segmen Untuk Blogger
Saya join beberapa segmen rakan blogger, saya blogwalking, dan saya tulis mengenai rakan blogger lain di blog saya menerusi beberapa segmen seperti blogger pilihan, blog pilihan, dan macam-macam lagi. Saya kumpul list blogger dalam satu niche, saya perkenalkan blogger baru dan saya bantu beberapa blogger lain untuk mendapat trafik ke blog. Andai ada rezeki lebih menerusi blog, saya akan anjurkan kontest dan beberapa segmen mudah untuk blogger Malaysia.Kongsi Ilmu
Blog saya mula semakin dikenali apabila mula berkongsikan tips terbaik untuk meningkatkan kualiti sesebuah blog. Saya tulis secara am tentang cara bagaimana nak hasilkan entri yang bagus, saya berikan tips tentang cara nak jana income, saya kongsikan beberapa panduan bagi meningkatkan kredibiliti seseorang blogger dan macam-macam lagi. Semuanya adalah disebabkan kerajinan saya untuk mencari dan menceduk ilmu yang dikongsikan oleh ramai blogger sedunia.Teknik SEO
Hampir setiap hari saya belajar tentang blogging. Saya belajar dan saya kongsikan di blog hasrulhassan.com. Saya belajar tentang koding widget tertentu, saya belajar tentang kod-kod yang ada dalam template blogspot, saya bereksperimen, saya bertanya pada blogger luar yang nyata hebat dan berpengetahuan, saya juga cuba membuat blog menggunakan platform lain contohnya Wordpress. Dari segala ilmu ini, saya kemudiannya diperkenalkan tentang konsep SEO dalam penghasilan sebuah blog. Ini semua gara-gara Kontest SEO Eyriqazz vs Denaihati.Dari situ, saya belajar mengenai teknik SEO untuk membolehkan saya mengurangkan masa untuk mempromosi blog dan entri saya secara melulu di sana sini. Saya belajar bagaimana SEO boleh membantu untuk memberikan income lumayan menerusi blog. Saya belajar teknik SEO untuk menguasai kata kunci tertentu di enjin carian. Saya belajar .. belajar .. dan belajar siang malam, dan praktikkan.
Dengan ilmu baru tersebut, saya buktikan bahawa SEO itu bagus untuk sesebuah blog. Saya masuk bertanding dalam beberapa kontest online yang ada kaitan dengan penggunaan teknik ni. Alhamdulillah, saya mula dikenali sebagai antara blogger yang mahir dalam teknik SEO sehingga ada yang mengangkat saya sebagai Pakar SEO Malaysia. Dari situ, saya mula dikenali di kalangan blogger yang berjaya buat duit dengan blog - menerusi Adsense, menerusi Affiliate, kerana mereka juga mempraktikkan ilmu SEO ini.
[post_ads_2]
Misi Income Dari Blog Nampakkan Hasil
Dengan penjenamaan blog, menerusi teknik SEO dan beberapa teknik pemasaran online .... saya merangka langkah untuk menjana pendapatan yang baik menerusi blog. Alhamdulillah, matlamat itu tercapai dalam masa 3 tahun. Menerusi ilmu yang ada, saya praktikan dan buktikan.Penutup dan Kesimpulan Siapa Hasrul Hassan
Itulah kisah siapa saya - Hasrul Hassan yang dulunya mempunyai sebuah blog yang banyak berkongsi gambar kepada sebuah blog yang menjana pendapatan setiap hari. Yang nyata, hanya dengan ilmu blogging yang betul, dengan teknik penulisan yang baik .. barulah sebuah blog boleh memberikan income yang selayaknya.Kerja ini bukan mudah. Saya perlu korbankan masa yang sangat banyak untuk berada di tahap ini. Asal mulanya ada yang mencebik dan memandang dengan sebelah mata, alhamdulillah .. kini saya diterima dengan baik dalam komuniti blogger, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara lain.
Perjalanan sebagai blogger sepenuh masa masih jauh. Walaupun sudah hampir 10 tahun di dalam dunia blog, namun masih banyak yang perlu saya hadapi dan belajar terutama daripada blogger baru yang hebat dengan segala ilmu baru yang tak mampu saya gapai di dalam usia 40 tahun sekarang.
Terima kasih kepada semua yang menyokong blog ini sejak ia mula diketahui dan ditemui. Terima kasih kepada semua review yang diberikan, terima kasih kepada semua pengiktirafan, tiada apa yang dapat dan mampu saya berikan sebagai balasan sempurna.
Ikuti saya dan pengisian blog ini menerusi laman berikut:
Semoga sudara HH sentiasa suksess selalu.
ReplyDeletesemoga terus berjaya !
ReplyDeleteTerima kasih .. doa kalian memang diharapkan.
DeleteSemoga terus berjaya.
ReplyDeleteSekarang ni baru saya tau dgn lebih jelas siapa HH, apepun sy skrng jarang dah berblogging tp jasa HH tetap dikenang sebab dedulu HH lah blogger pertama yg saya tanya pasal blog dan seo, dan HH sudi melayan pertanyaan2 noob budak mentah seperti sy pada ketika itu.. Saya doakan moga blog HH terus maju dan dikurniakan rezeki yg lebih byk lagi :)
ReplyDeleteTerima kasih terima kasih .. jangan jadi blogger spt saya, banyak lagi peluang lebih baik ada di luar sana.
DeleteDulu tak pernah tahu pun pasal SEO sampailah le tahun 2014/15 macam ruu terjumpa blog HH dan dari situ mula faham apa itu SEO, cumanya masih takut nak praktiskannya. Moga HH terus maju :)
ReplyDeleteSEO ni bukan hanya untuk robot carian, ia adalah untuk manusia. Apa yang manusia cari, itulah yang ditulis.
Deletebanyak yang saya belajar dari blog HH...
ReplyDeleteAsam garam nak jadi blogger dikenali bukan senang kan bro HH. banyak saya dapat belajar dari HH. Ilmu blogger ni takkan habis. Ada aje ilmu baru yang boleh diterokai. Kadang sibuk, tak terbuat juga jadinya. Terima kasih banyak bantu blogger baru macam saya.
ReplyDeleteJenuh. Kena sindir tu memang biasa. Tapi, saya gagahkan juga ... ini kerjaya pilihan saya. Nak bebas daripada jadi kuli orang.
DeleteKesimpulan dari apa yang difahami. Pengalaman bekerja dengan orang banyak memberi kesan dan perubahan untuk memperbaiki diri dan bekerja sendiri dengan lebih kuat.
ReplyDeletebukan mudah menjadi blogger dan saya tetap menjadikan tuan HH antara idola blogger untuk berjaya sebagai blogger sepenuh masa
ReplyDeleteTerima kasih Hanafi. Saya hargai sngat-sangat.
Deleteapasal aku merasa sedih plak ni. Paling sedih sekali tang pasang ekon atas bumbung rumah tuh, fuhhh.
ReplyDeleteNak tambah sedih, bila rakan sekerja adalah non-muslim .. fuhh ... tengok minum air sirap ais ... tgh2 hari, memang mencabar!
DeleteOh, ini rupanya mamat yang sudi tegur gua dalam toilet masa SBB2016
ReplyDeletekah kah .. tegur lu dalam toilet ..
DeleteSemoga terus sukses HH
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.