Ada beberapa perkara sebelum saya kongsikan tips untuk berjaya di dalam bisnes dropship ini. Pertama ialah kesungguhan dan iltizam. Bisnes dropship bukan bisnes main-main. Ia merupakan real bisnes yang melibatkan perhubungan anda dengan pembekal dan juga pelanggan. Keduanya, anda perlu ada produk yang bagus, dari segi kualiti dan permintaannya dalam pasaran. Ini bagusnya dropship, anda boleh jana keuntungan dari produk yang memang dah laris.
Ketiganya ialah .... apabila sebut pasal real bisnes, anda perlukan ilmu yang mantap untuk berjaya. Tanpa ilmu .. anda mungkin akan gagal dalam bisnes ini walaupun produk anda tu adalah produk yang paling best semesta alam. Got it?
5 Tips Berjaya Untuk Usahawan Dropship
Senarai Pembekal
Ini merupakan part paling penting bagi memastikan anda dapat memberikan servis jual beli yang efisien dan terbaik. Pernah baca pasal luahan pembeli di Lazada yang pernah saya tulis tak? Lihat bagaimana ramai pelanggan yang kecewa hanya kerana Lazada tidak berjaya melunaskan janji - barang lambat sampai seperti dijanjikan, stok tidak ada dan barang yang dijual tidak sama dengan apa yang diterima. Puncanya ialah pembekal barangan itu terhad. Itu sebab Lazada sekarang membuka pintunya untuk peniaga dan syarikat lain untuk menjual di platformnya. Setidaknya, ia akan berikan pilihan kepada bakal pembeli dan pelanggan.Itulah antara sebab bisnes dropship saya sebelum ini menemui kegagalan. Puncanya ialah satu-satunya pembekal bisnes dropship saya tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan. Pelanggan kecewa, lalu tidak lagi meneruskan urusniaga dengan saya. Rugi? Tidak juga .. cuma sedih melihat bisnes tersebut tidak dapat diteruskan.
Maka, penting sekali seorang usahawan dropship memiliki sumber senarai pembekal yang mantap. Kena pastikan kualiti produk itu sama, dengan syarat harga yang diberikan pembekal masih mampu untuk menjana keuntungan buat anda.
Memilih Pembekal
Anda ada 100 senarai pembekal untuk produk yang anda jual menerusi dropship - tetapi daripada 100 itu, akan ada hanya 10-20 sahaja yang boleh anda harapkan. Percayalah, ia berlaku kepada saya sebelum ini. Anda mungkin tidak tahu, ada pembekal yang menjadi pembekal daripada pembekal yang mendapatkan produk terus dari kilang. Ini bermakna mereka bukan tahap top level jadi pembekal, mereka sebenarnya bergantung dengan pembekal lain untuk membekalkan produk kepada usahawan dropship seperti anda.Ini satu masalah ... jika kilang tak dapat tunaikan permintaan, pembekal A akan bermasalah, dan seterusnya pembekal B yang dapatkan produk daripada pembekal A pula bermasalah .. dan langsung kepada anda. Tingkatan masalah ini akan mengambil masa, dan masa itu adalah lubuk keuntungan untuk usahawan dropship. Gagal dalam soal masa, maka akan gagallah bisnes dropship tersebut.
Tips Pilih Pembekal Untuk Berjaya Sebagai Usahawan Dropship
Beberapa tips untuk pilih pembekal - lihat samada pembekal kenakan kos penghantaran, lihat respon kepada setiap pertanyaan anda kepada pembekal terbabit, uji pengetahuan pembekal tentang produk yang dijual, bandingkan kualiti produk antara pembekal.Platform Menjual
Ada usahawan yang fikir, jika menjual menerusi pelbagai platform, maka boleh dapat jualan yang banyak. Ini semua mitos, melainkan anda merupakan usahawan yang sudah ada ramai staff, dan setiap staff itu uruskan platform menjual yang berlainan. Jangan tamak.Saya nasihatkan anda untuk menjual menerusi satu platform yang benar-benar boleh memberikan jualan tinggi. Bina kredibiliti anda sebagai usahawan menerusi platform tersebut. Bila anda sudah dipercayai, maka sangat mudah untuk anda menjual produk anda. Kutip testimoni daripada setiap pelanggan yang telah membeli daripada anda menerusi platfrom tersebut, dan naikkan ranking anda sebagai penjual. Cara inilah yang dilakukan oleh Lazada, Zalora dan banyak lagi laman web e-commerce untuk mendapatkan jualan yang mudah.
Carilah satu platform yang boleh memberikan seribu satu kelebihan untuk bisnes dropship anda, contohnya seperti platform Shopify. Dalam Shopify, anda boleh ada sistem shopping-cart, sistem autoresponder, sistem data pembeli, boleh digunakan untuk telefon mudah alih, boleh pantau urusniaga dengan mudah dan macam-macam lagi. Mengapa cari yang lain? Shopify kan ada? Boleh daftar kursus online untuk bisnes dropship dalam Shopify di sini - Kursus Online Shopievo
Teknik Promosi, Pemasaran dan Pengiklanan
Anda sudah ada produk bagus yang anda dapat dari pembekal terbaik, kemudian ... anda ada platform jualan yang dah canggih .. tapi masalahnya sekarang ialah cara nak perkenalkan bisnes dan produk anda. Apa guna ada produk bagus, sistem jualan terbaik tetapi tak ada sapa pun tahu tentangnya. Maka, pentinglah anda melakukan promosi dan pengiklanan.Salah satu tempat yang bagus untuk mengiklan ialah menerusi Facebook Ads (FBAds). Kenapa? Sebab ia bersifat personal. Nama pun laman sosial ... jadi, ia merupakan lubuk bakal pelanggan dan bakal pembeli produk dropship anda. Anda boleh gunakan data dalam laman sosial yang bersifat personal ini untuk target iklan kepada mereka.
Ada kata kos pengiklanan menerusi FBAds mahal. Ya memang betul. Tapi bagaimana pula ada usahawan online lain gunakan teknik sama dengan kos yang murah? Jadi anda perlu ilmu pemasaran ini supaya dapat perkenalkan produk dan bisnes anda. Cuba lihat bukti di bawah ..
Nak belajar cara ditunjukkan di atas? Boleh rujuk sini - Kursus Untuk Dropship USD
Luaskan Pasaran
Jangan takut untuk luaskan pasaran anda. Daripada anda jual produk dalam pasaran tempatan, apakata anda luaskan pasaran ke peringkat antarabangsa? Dari 1000 bakal pelanggan berpotensi .. mengapa tidak mendapatkan 100,000 bakal pelanggan?Anda harus yakin dengan produk yang anda jual. Anda perlu mengambil inisiatif untuk kembangkan bisnes. Ia juga salah satu cara untuk bersaing dengan usahawan lain. Usahawan lain dah 'pegang' pasaran Malaysia, mengapa tidak anda pegang pula pasaran antarabangsa. Usahawan lain untung dalam MYR, anda untung dalam USD atau Yen, atau Canadian Dollar ... ikut suka mana lebih untung... tak ke best? Mereka jual 100 untuk untung MYR100 .. anda jual 10 untuk untung USD100 <-- tak best lagi ke?
Orait. Rasanya 5 tips ini sudah cukup bagus untuk anda tahu cara nak berjaya dalam bisnes dropship ini. Semua tips ini saya kongsikan setelah menelaah apa yang terkandung di dalam kursus online Shopievo secara kasar .. nak detail, anda kena daftar kursus ini.
Daftar sini - Kursus Shopievo dan lihat testimonial seperti ini di laman tersebut. Di bawah ini hanya salah satu..... Kursus ini akan ajar dan tunjukkan dalam bentuk video semua perkara yang saya sebutkan di atas tadi. Nak berjaya atau tidak?Moga ada manfaatnya untuk anda. Bertindak untuk berubah, bertindak untuk capai kejayaan. Anda diberikan pilihan, maka buatlah pilihan. Sertai group khas yang disediakan untuk bantu usahawan dropship seperti anda menerusi kursus online Shopievo ni.
Daftar kursus ini sebelum ianya ditutup. Daftar menerusi pautan di bawah ini:
[+] Daftar sekarang - Kursus Shopievo
Semoga berjaya.
boleh try beli ni..macam bagus je kursus ni
ReplyDeleteBeli skrang ada tawaran diskaun 20% untuk kursus Shopievo
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.