Ya, memang ada. Malah, ramai dah peniaga online yang dulunya menjual di Facebook, Lazada mahupun di Shopee, beralih menggunakan platfom yang akan saya ceritakan ini.
7 Langkah Asas Bisnes Dropship USD
Pernah dengar mengenai platform Shopify tak? Shopify adalah platfrom e-commerce terbaru (buat yang tak tahu) untuk menjual produk secara online. Anda boleh jual apa sahaja menerusi platform ini.
Dan ianya adalah platform untuk pasaran terbuka, bermakna .. apabila anda letak produk anda dalam Shopify, anda boleh pasarkan produk ke seluruh dunia (dengan matawang USD).
Menerusi platform ini, anda boleh setup kedai online anda sendiri kurang dari 10 minit. In Sha Allah, lengkap semuanya.
Dropship Menerusi Shopify
Tahukah anda bahawa bisnes Dropship adalah antara bisnes yang boleh dikatakan hampir zero kos. Anda tidak perlu ada stok, tak perlu simpan barang, dan tak perlu uruskan penghantaran.Kalau anda cukup bijak, anda boleh untung atas angin dengan mudah. Serius. Dah ada bukti pun ... ada peniaga dropship yang buat jualan sebanyak USD94,000 dalam masa 2 bulan menerusi dropship + shopify. Saya pernah kongsikan kisah ini satu ketika dulu, boleh cuba 'search' blog ini nanti ya.
Fuh... USD94,000 tu .. kalau anda tukar ke MYR ... tak ke capai sampai ratus ribu. Dah la dalam masa cuma 2 bulan sahaja! Dengan dropship pula tu. Macamana? Best kan?
Mungkin anda nak tahu, bagaimana peniaga dan usahawan dropship boleh buat untung atas angin dengan dropship USD di Shopify ni?
Tatacara Jana Income USD Menerusi Dropship di Shopify
Saya berikan tatacara asas sahaja ... - Cari produk hot yang dijual secara online. Anda boleh gunakan laman YouTube, gunakan Google Trend, gunakan laman web jualan seperti Lelong, Ebay, Amazon, Ali Express, TaoBao, dan macam-macam lagi untuk dapatkan senarai produk hot ini.
- Dapatkan produk ini dengan harga terbaik, yang melibatkan kos paling rendah. Paling penting ialah kos penghantaran - cari yang tertulis Free Shipping. Masukkan dalam shopping cart itu dari beberapa penjual atau pemborong yang lain.
- Masukkan dalam Shopping Cart anda, jangan bayar dahulu.
- Kemudian, jual di Shopify. Letakkan gambar produk, deskripsi dan harga yang anda ingin jual; semuanya berdasarkan kepada info produk yang telah anda masukkan dalam Shopping Cart tadi.
- Letakkan harga anda sendiri, boleh markup keuntungan sehingga 40%. Dan anda jual dalam nilai USD serta kos shipping. Jadi, nampak tak bagaimana boleh untung atas angin dengan dropship ni?
- Apabila ada pelanggan beli, dan anda dah terus duit pembelian berkenaan; maka anda masuk balik ke akaun anda di Ali Express, TaoBao atau mana-mana laman yang saya sebutkan di awal tadi, lalu buatlah pembelian.
- Kemudian, letakkan nama, dan alamat pembeli seperti yang anda terima di Shopify.
Walla, dah selesai satu urusan.
Beza harga antara anda beli di Ali Express (contoh) dengan anda jual di Shopify itulah keuntungan anda! Untung atas angin, jual produk dropship - milik orang lain, tanpa kos nak simpan barang, tanpa kos hantar barang.
Apa yang saya berikan di atas adalah cuma contoh ringkas bagaimana nak menjual cara dropship dan dapat keuntungan besar dengan modal yang minima.
Lelaki Bernama Herman Tunjuk Cara Buat Dropship USD
Jika teringin nak tahu lebih lagi tentang bagaimana nak buat dropship menerusi Shopify ini, dan jana keuntungan besar dengan USD, anda boleh rujuk panduan yang disediakan oleh rakan JV saya iaitu saudara Herman.Itu screenshot dari telefon Herman. Orang Malaysia ya, - tengok ada 'My Maxis' tu.
Tengok masa dia buat sales, 12AM - 9AM, waktu dia tidur. Maksudnya Herman tengah 'tidur dan buat duit!' Dalam USD pula tu ...
Macam mana dia buat? Herman jual benda 'simple' sahaja, tetapi kepada pelanggan di luar negara, iaitu kepada pelanggan di Amerika, U.K, Australia, Kanada, New Zealand dan juga Ireland di mana kuasa membeli mereka lebih tinggi berbanding tempat lain.
Dan lagi best... dia tak perlu bungkus, tak perlu pos, tak perlu layan PM 24/7. Dan Herman menggunakan platform Facebook Ads untuk mempromosikan kedai online Shopifynya.
Nak tahu lebih lagi? Jom tengok kisah Herman, klik butang yang saya sediakan tu ya.
Ok. Saya dah tunjuk dan berikan jalan. Terserah kepada anda untuk membuat pilihan dan bertindak. Daftar kursus online menggunakan link yang saya sediakan di bawah ini sebelum peluang ini ditutup.
Selamat maju jaya dalam bisnes online dropship.
yang aku tak suka..banyak kerja...tu je..sebab aku pernah buat Ebay..lebih kurang je le konsepnya..kena ada team, baru mantap
BalasPadamYeap. Bagus untuk mereka yang memang dah jual produk sendiri, syarikat tempatan baru yang nak tembusi pasaran. Kalau sorang2 memang tak terbuatlah jawabnya.
PadamMacam menarik juga. Tapi banyak sikit nak kena buat.
BalasPadamAda banyak masa, boleh nak buat benda ni juga.
BalasPadamBagus untuk mereka yang memang dah buat bisnes dropship. Kalau yang baru nak mula, mungkin kena susah dahulu pendapatan .. huhuhu
Padamnak mencuba la
BalasPadamtq
kena fokus kalau nak buat dropship ni...berusaha sikit baru boleh berjaya
BalasPadamNampaknya aku kena kurang kan tido lah kalau nak buat benda ini..
BalasPadamTak kan nak buat waktu kerja kan.. Balik kerja kena tumpu perhatian dekat keluarga pula.. Nak tak nak kena time - time tahjud nih
Hang kena ada tim ... baru akan berjaya buat sales banyak. Kalau sorang2 .. tak jalan beb.
Padamkonsep yg menarik, kurang kos..kita hnya iklan kan shja..mmg teruja :)
BalasPadamKonsep diterangkan baik, mudah untuk faham.
BalasPadamSiapa buat, dia dapat. :-)
macam2 jenis perniagaan ye skrg ni..xpe la janji usaha, dan kemudian tawakkal la pd Allah..inshaAllah rezeki masing2 tak pernah salah alamat kan..
BalasPadamJangan ambil ntung dari RIBA.
PadamKena sabar dan konsisten.. Terus kan usaha..
BalasPadamterima kasih utk semua ilmu..sy mohon izin share dan belajar.
BalasPadamSilakan. Terima kasih kerana sudi singgah dan baca artikel ini. Moga dapat disempurnakan dengan amal. In Sha Allah.
Padamjual emas boleh tak ? pilih item yg hot je ..
BalasPadamsetengah negara melarang menjual komoditi ni secara online.
Padamsalam.. sy dah lama buat konsep dropship mcmni..tp baru2 ni sy tetiba ragu pulak.. takpe ke kita buat untung atas angin mcm nih? tak haram ke?? sy takut sbb sy tak tau lansung psl istilah untung atas angin nih sampai lah baru2 nih.. so sy cuak jugak sbb dah lama sgt sy buat cmni..tp sy tak la stick sbgi dropshipper..sy promote servis sy sebagai personal shopper so org blh mintak carikkan apa2 brg jer..blh tak sape2 bg penjelasan dgn sy..huhu
BalasPadamhukum dropship adalah harus tapi kita ambil untung atas harga macam mana pulak?harga supplier murah tapi kita letak mahal...kalau dapat keizinan xpala jugak untuk dijadikan upah...tolong jawab please..
BalasPadamJika ada rasa ragu nak letak mahal, letaklah murah. Jika rasa ragu tak perlu buat. Ia sama konsep dgn pengilang dn peruncit. Jgn lebih sgt untung, anda boleh fikir sendiri.
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.