Kenapa kena belajar pula? Sebabnya ialah ... kalau tak belajar macam mana nak tahu. Kalau dah tahu ... maka eloklah diberitahu .. hehehehe ... pening? Uhhh janganlah pening2. Kalau anda dah pening bila masuk blog ni .. nayalah saya ... leh disaman kerana memeningkan orang yang mulanya tak pening.
Oklah ... meh saya kongsikan apa yang saya tahu pasal wanita ... kalau anda ada apa2 nak tambah .. boleh tinggalkan pendapat anda itu di ruangan komen yang disediakan.
12 Perkara Mengenai Wanita Yang Patut Lelaki Tahu
Salin Resepi, Tetapi Masak Tak Ikut Resepi Pun
Betul tak? Salah satu kegemaran wanita ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran wanita ialah masak ikut resepi! Hehehehe ... tapi wife saya tak ada cam ni .. dia original resepi punya. Oriiii weihhh !!Langkah Wanita Panjang Apabila Ada Sale
Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah wanita bila berjalan tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah wanita apabila diaorang nampak ada jualan besar-besaran! Hehehehe ... kalau saya .. dok diammmm je dalam keter. Kalau tak pun .... suh je wife saya pergi sorang-sorang .. so tak ada la nak langkah2 ni .. hehehehe.Wanita Sifatnya Sangat Pemurah
Wanita memang pemurah... sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit kat shopping complex tiap-tiap minggu! Tapi lagi hebat kalau ada jualan akhir tahun pebagai ... lagi2 kalau ada katalog yang dihulur .. fuhhh macam-macam dia akan order .....Kepakaran Wanita Untuk Bermuncung
Wanita tidak akan menjadi wanita sekiranya dia tak tahu cara nak tarik muncung empat hingga lima meter apabila waktu merajuk! Sekali pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, merah sirap, merah hati, merah darah dan duit merah!Wanita Bijak Bersembang
Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia yangsuka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah apa .. lalalala .. sendiri jawab naaa ........ tak nak disebut, nanti ada yang maki saya pulak...hoho.
Beli Mekap dan Beli Pencuci Mekap
Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat buang duit beli alat make up! dan kemudiannya habiskan duit untuk beli produk untuk hapuskan hasil mekap. Haha .. betul tak? Opsss pedas ni .... :)Wanita Suka Cermin Diri Sendiri
Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja dan tiga kali pula selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja tak berfaedah-tengok muka sendiri! Nih kes perasan tahap ungka ni ... ala lelaki pun ada gak cam ni .....Wanita Mudah Rabun
Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata!Wanita Tak Boleh Lari Dari Mengumpat
Seorang lelaki yang beragama Islam dibenarkan untuk berkahwin empat. Jika semua lelaki yang ada di Malaysia ni, tak kira yang tua ataupun yang muda berkahwin empat, kaum wanita tetap tak boleh lari dari kes mengumpat.[Baca] Ketahui 42 Karenah Suami Yang Isteri Perlu Ambil Tahu
Perangai Perempuan Semasa Bulan Puasa
Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah!Mudah Kecil Hati
Orang perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang- kurangnya lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan hati!Cari Kawan Bila Nak Pergi Makan
Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan, tapi mereka jarang benar keluar belanja kawan makan!Okey cukup cukup .. nanti ada yang panas telinga .. hehehe.. mana-mana yang tidak betul tu harap maaf la yer ... nih sekadar hiburan dan sebagai ingatan saja .. kadang2 kita tak sedar apa yang kita buat ni ada mata yang melihat, ada telinga mendengar dan ada hati yang ambil kesah .... :)
[Baca] Bagaimana Cara Untuk Memikat Lelaki Idaman
Semoga boleh dijadikan sesuatu yang berikan manfaat pada diri dan pada semua. In Sha Allah.
p.s: Gambar yang disertakan adalah sekadar hiasan ...
ekekeke.. giler funny punya fakta.. kelako.. eh tapi kan chop.. tak sume pompuan suke bazir duit beli alat mekap. ada pompuan yang satu set mekap leh tahan setahun dia punya simpan..
ReplyDeletelawak je fakta...tak semua apply to me k...
ReplyDeletewahahaha rambang mata.. terasa aku.
ReplyDeletehahaha,,,ade kebenarannya,,,tp ade jgk pompuan yg x suke bermake up,,,sb make up lecehla,,,simple-simple sudah,,,tapi paling x bley blah,,,
ReplyDelete"Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan, tapi mereka jarang benar keluar belanja kawan makan! "
haha,,,betul jgk yg ni,, :)
hehe memang mudah rambang mata bila tengok sale...hehe
ReplyDeleteehem..ehem..!!~~ bab2 rambang mata tu tetiber jer terasa..!!~
ReplyDeleteJom mai singgah my blog....klik je link mummylovers blog ini
haha. its normal for women.
ReplyDeletenmepun nafsu wanita lbey byk dr lelaki ;)
hahaha setuju sangat..
ReplyDeleteKann .. tapi bukan semua perempuan ada habit macamni ..
Deletetak semua camtu, tapi ramai camtu
ReplyDeleteMana punya fakta ni... kalau tengok betul2, lelaki pun tak lari dari ikut sama dalam fakta di atas... heheheh
ReplyDeleteLelaki harus baca nih biar tahu kebiasaan wanita idamannya...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.