Wah, nampaknya fenomena Ada Apa Dengan Cinta sedang melanda nusantara. Filem ini kembali setelah lebih 10 tahun.  Dalam waktu itu, ada di kalangan kita dulunya sedang bercinta, sekarang sudah selamat beranak pinak. Ketika itu, mungkin jiwa sedang berbunga-bunga dan membara dengan rasa cinta terhadap pasangan.

Namun, bukan semua indah akan terus indah, melainkan ada istiqomah untuk menjadikannya terus indah. begitu juga dengan cinta. Ada pasangan yang anggap, "Ala ... dah kawin .. buat apa nak bercinta lagi?" ... "Ishh.. dah beranak pinak ni .. tak mo la pegang-pegang tangan lagi dah.. tak feel!"

Uhh siapa kata yang dah kawin lima enam tahun tak boleh bercinta? Uhh ... time dah kawin la lagi best bercinta .. dah leh usik2 . dah leh pegang2 ... dah leh peluk2 .. tak akan ada sapa nak marah. Lagipun bercinta saat ini boleh dikatakan terhindar dari dosa. Malah, kalau kena kaedah .... ia satu ibadah yang memberikan pahala. Seronok tak? Kan best tu ... anda bergurau senda dengan pasangan sah anda ... dan anda terhindar dari dosa ... pastu dapat pahala!

20 Petua Menyemarakkan Cinta


Tapi, sejauh mana panas api cinta bagi pasangan yang dah berkahwin ni? Semakin lama semakin malap ke? Saya pernah buat entri menarik mengenainya ... bila semakin umur meningkat .. dah makin tak romantik dah ... kalau dulu sahut dengan panggilan "Yangg ...." .... "Ayang" ... skang ni ... "Bapaknyaaaaa!" ... "Makkknyaaaa!" ... hehehe...

[Baca] Tips Cara Untuk Memikat Lelaki - Dr HM Tuah Iskandar


Jadi camner la agaknya nak menyemarakkan cinta kasih ini? Takkan nak biarkan api cinta yang dulunya menyala-nyala .. jadi malap dan pudar! Mesti ada cara dan petua.... tak gitu?
20 Petua Menyemarakkan Cinta


So, entri kali ini saya nak kongsikan petua ni .. mungkin ia bermanfaat kepada kita sesama kita .. erkkk .. ok?
  1. Seringkali memberi si dia pujian. Baik tentang bajunya, penampilannya, kelakuannya dan tindakannya.
  2. Sesekali hadiahkan sesuatu yang boleh menyentuh hatinya,seperti bunga mawar dan lagu.
  3. Beri dia kebebasan bergaul dengan teman2 lelaki atau wanita .. tapi harus berpadalah yer.
  4. Hargai privacy pasangan kita.
  5. Jaga penampilan anda. Jangan sampai nampak selekeh, berbau atau tak terurus. Kena maintain cun la.
  6. Hilangkan kebiasaan buruk anda yang sering menbuat bad mood.
  7. Katakan padanya, dia sudah mengubah hidup anda dan membuat hidup anda lebih bermakna.
  8. Sabarlah kalau dia sedang memuji kecantikan perempuan lain atau kekacakan lelaki lain, baik dengan kata2 mahupun lirikan matanya.... tak perlu jeles ahhh ... kan si dia dah jadi milik anda!
  9. Beri perhatian lebih kepadanya. Kalau dia sedang menghadapi masalah, berusaha sedaya mungkin untuk membantu dan memperlihatkan keperihatinan anda.
  10. Cari sesuatu aktiviti yang boleh dilakukan bersama seperti melihat pementasan teater, memancing atau berjogging.... atau dalam kes saya ... ambik gambar .. yehaaaa~
  11. Pastikan wajah anda sentiasa tersenyum dan lapang ketika bertemu dengannya.
  12. Sesekali, manjakan dia seperti anak kecil. Macam sisir rambutnya, cari uban ke .. picit jerawat ke .. ketip kuku ke .. nampak cam remeh tapi serius .. ini menjadik!
  13. Katakan dengan penuh jujur dan penuh perasaan bahawa dialah satu2nya dalam hidup anda.
  14. Be nice pada semua orang terdekatnya (sahabat,teman sekerja terutama ibunya). Jangan buruk sangka pada orang-orang di sekelilingnya.
  15. Jangan terlalu banyak meminta ... nak itu .... nak ini .. apa lagi dengan nada mengada2.
  16. Pastikan anda tidak terlalu banyak mengkritiknya terutama dihadapan umum. Kalau boleh jangan langsung... tak baik nih.
  17. Berikan sidia kejutan manis seperti makan malam berdua, jambangan bunga yang dihantar terus ke pejabat atau serangkap puisi yang meruntum jiwa.
  18. Kalau anda inginkan sidia setia kepada anda, lakukan hal yang sama kepadanya.
  19. Ambil berat dalam apa perkara sekalipun yang berkaitan dirinya. Dari soal makan minatnya, warna kegemarannya dan sebagainya.
  20. Jadilah pendengar yang baik dan peruntukkan masa untuk bertukar2 pendapat. Ambik masa time makan ke .. time nak tidur ke .. atau time santai sambil tonton tv yang citernya tak best. 

Jadi? Boleh ke nak praktikkan petua-petua ini ye?

11 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. hehehe...salu buat...hrp2 lame la jodoh...

    ReplyDelete
  2. pandai bro bagi tips2 nih.. mesti bini bro sayang giler kat bro.. :p

    ReplyDelete
  3. For me, its not about the flowers or compliments, its about appreciating the love and spending quality time to understand your partner.

    Freedom is given with a certain limitations, too much of allowing to mix with the opposite sex can sometimes lead to disaster.

    ReplyDelete
  4. hehe.. blom kawen lg..opss~ hehe

    ReplyDelete
  5. susah nk jadi perfect utk seseorang .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah sebab diri kita sendiri menyusahkan. Cuba permudahkan. Akan jadi mudah. Cari keserasian bukan cari perfect.

      Delete
  6. Good sharing. Keep it up.. :)

    Moga semua yang baca ambil manfaat Dan amalkan demi kebahagiaan bersama

    http://pearlvta.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Repost Bos!

    credit to owner

    http://blogpetua.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. In sya Allah akan di amalkan..dan sebahagiannya dah diamalkan..yang penting SABAR..in sya Allah ok.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement