4 Tingkatan Didik Anak Menurut Sunnah. Sebelum ini, ramai yang  telah kongsikan satu artikel yang saya tulis mengenai cara untuk didik anda supaya boleh  berbahasa Inggeris dengan baik. Ok, kali ini saya nak kongsikan kepada anda semua mengenai cara pendidikan anak yang telah diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W. Saya fikir ramai ibu bapa dah tahu mengenai konsep pendidikan dalam Islam ini. Tapi, tak salah kot sebagai ingatan untuk diri saya dan anda semua. Kan ke kita perlu saling ingat-mengingati?

Dalam pendidikan anak secara Islam, Nabi Muhammad S.A.W telah menekankan bahawa pendidikan itu sudah bermula sebelum kelahiran lagi. Dalam satu hadis, ada dinyatakan bahawa apa-apa pembelajaran dan pembentukkan sahsiah anak atau zuriat sebenarnya telah bermula 100 hari sebelum ia dilahirkan lagi.

Itu sebab menerusi tips sebelum ini tentang cara nak membolehkan anak anda belajar bahasa (Inggeris, Arab, Mandarin) dan matematik dengan baik, ada diberitahu tentang konsep pembelajaran sebelum anak dilahirkan. Itu ilmu didikan dalam Islam, bukan datangnya dari Barat ye ... huhuhu.

4 Tingkatan Didik Anak Menurut Sunnah

4 Tingkatan Didik Anak Menurut Sunnah
Namun, pendidikan selepas anak dilahirkan adalah yang paling utama supaya anak membesar dengan baik. Rasulullah S.A.W membahagikan pendidikan anak selepas kelahiran ini kepada empat tingkatan,iaitu:

Tingkatan Pertama: Umur 1 – 7 Tahun

Pada masa ini, Rasulullah S.A.W menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih yang tidak bertepi dan sayang yang tidak terbatas. Biarkan anak-anak pada masa ini bermandikan kasih sayang.

Tingkatan Kedua: Umur 7 – 14 Tahun

Pada masa ini Rasulullah S.A.W menyuruh kita untuk mula menanamkan disiplin kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan sholat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya apabila enggan mengerjakan solat.

Berdasarkan kajian pakar-pakar jiwa anak, sememangnyalah pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada saat ini pula seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadith.
Cara Didik Anak Mengikut Islam

Tingkatan Ketiga: Umur 14 – 21 Tahun

Pada masa ini orang tua sudah menukar penanaman disiplin dengan cara yang agak keras kepada yang rasional. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.

Tingkatan Keempat: Umur Lebih 21 Tahun

Pada masa ini , orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa. Dalam kehidupan kita sebagai muslim, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasulullah itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.

[Klik] Anak Anda Degil? Tak Tahu Cara Nak Tanggani?

Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya sholat pada umur 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya, bahkan marah kepada ibu bapanya apabila disuruh sembahyang. Apabila seorang anak enggan melaksanakan kewajipannya yang tertinggi, iaitu sholat, maka perintah siapa yang akan dia dengar dan lakukan? Padahal hakikat sholat itu adalah perbuatan ibadah yang mampu mencegah seseorang untuk tidak melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Banyak kejadian yang tidak disangka berlaku pada belia, remaja dan anak pada masa sekarang. Bila fikirkan balik, apa yang sebenarnya terjadi adalah kerana rapuhnya pendidikan iman dan tidak berperanannya hikmah sholat dalam diri mereka.

Adakah kerana ianya berpunca daripada cara kita mendidik anak-anak yang salah?

Percaya atau tidak, sebahagian orang tua ada yang menanamkan pendidikan disiplin kepada anak secara membuta-tuli tanpa melihat umur dan perkembangan kedewasaan anak sehingga anak berasa dizalimi oleh orang tua dari segi hak-hak tertentu. Mereka anggap diri mereka sebagai didera yang akhirnya keluarga yang sepatutnya selamat dunia dan akhirat, rapuh dan runtuh ...

Semoga sedikit perkongsian saya ini dapat dimanfaatkan oleh para ibu bapa. Kita sudahpun ada manual untuk menjalani sebuah kehidupan terbaik, terletak pada tindakan kita untuk memastikan manual ini diikuti dengan baik.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. salam alaik

    semoga kita dapat kembali kepada sunnah-sunnah rasullullah

    masa kini, ramai kata sunnah x relevan lagi

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum tuan Hasrul,

    Dalam kesempatan ni saya suka nak kongsikan pengalaman saya ketika berada dalam bidang perubatan Islam ni. Saya bukan hanya sekadar merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan jin, ada juga dikalangan yang datang ke pusat rawatan saya terdiri dari kalangan ibubapa yang nak mengadu soal anak mereka yang terlalu degil.

    Selepas dikaji-kaji balik, ternyatalah memang benar ramai ibubapa yang mengabaikan kaedah pendidikan anak yang diajarkan oleh Nabi ini. Contohnya dalam bab mengajar anak solat, yang paling menyedihkan ada ibuayah sendiri yang tidak melakukan solat.

    Jadi,bila anak-anak dah tak dapat nak dibentuk, datanglah ke pusat rawatan saya nak minta air penawar untuk melembutkan hati anak-anak mereka. Jadi bila mereka dah datang, saya ambil peluang ni untuk menasihati mereka demi kebaikan anak, dan selepas itu saya tidak hampakan mereka dengan memberikan mereka yang dijampi dengan ayat-ayat pelembut hati.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement