Jadi di kesempatan ini, saya ingin kongsikan sedikit pengetahuan saya mengenai kad kredit. Saya nak berikan 4 tips atau petua untuk anda jadi pakar memilih kad kredit yang diperlukan. Oh ya .. saya mempunyai 5 kad kredit ..... tu dulu la .. skang dah tinggal hanya satu sahaja .. hehehee ... yelah, mana sanggup asyik abiskan duit dengan bayar hutang .... asyik kena telefon je ngan bank ....
4 Tips dan Petua Memilih Kad Kredit
Lihat Interest Rate - Cara Untuk Sembelih Pengguna
Perkara paling penting yang harus dilihat adalah rates atau kadar 'sembelihan' yang dikenakan oleh pengeluar kad jika kita lewat bayar, tak bayar dan sebagainya .... ini adalah penting agar kad kredit kita tak bertambah hutangnya secara automatik - sedangkan kita tak buat pembelian. Caj-caj ini kita perlu ambil serius dan buat pengiraan sendiri. Jangan hanya berdasarkan pengiraan yang diberikan oleh pihak pengeluar atau orang yang promote kad kredit tersebut.Selalunya, pengeluar kad kredit akan highlight benda2 free atau hadiah promo yang diberikan bersama apabila kita daftar untuk dapatkan kad kredit yang baru. Sila lihat terms n conditions terlebih dahulu; jangan terperangkap! Kadang kala terma ini ditulis kecikkkk je supaya kita terlepas pandang, jadi hati-hati;
Awas Dengan Teaser Rate
Teaser rates - kadangkala kita akan mendapati sesetengah pengeluar kad menampilkan caj-caj yang jauh lebih rendah dari pengeluar kad yang lain. Awas! ini mungkin yang dinamakan Teaser Rates; ia merupakan caj-caj kewangan yang dikenakan sewaktu dalam promosi sahaja .... jadi berhati-hati; lihat terma tempoh yang diberikan dan alert jika anda telah menggunakan kad kredit melebihi tempoh tersebut. Mungkin rate biasa lebih tinggi dari pengeluar kad yang lain - yang akhirnya menjerat anda dikenakan caj yang melampau selepas teaser rates ini berakhir.Fikir Di Luar Kemampuan Kewangan
Caj kewangan antara pengeluar kad mungkin berlainan dan berbeza; pilih yang sesuai dengan keadaan kewangan anda di masa akan datang - dan bukannya sesuai dengan keadaan kewangan semasa. Anda harus fikir lebih jauh dan merancang di luar kemampuan yang ada; supaya nanti bila tiba masanya - keadaan yang gawat; anda tak akan gelabah dan masih boleh membayar hutang-hutang kad kredit anda.Cash Advance
Secara amnya; jika untuk cash advance, caj yang dikenakan adalah antara 3% ke 5% dari amaun yang dikeluarkan, selain interest charges (maksimum sehingga 18% pada cash advance). Perhatikan juga tawaran pemindahan baki; kerana ia merupakan taktik yang biasa digunakan. Awas! tak semestinya anda apply untuk balance transfer ini akan ditunaikan oleh pengeluar kad. Pilih kad kredit yang menawarkan kadar2 yang rendah; dan perhatian dengan teliti terma yang diberikan sebelum anda menjebakkan diri dalam list penghutang!Itu sedikit sebanyak tip dari saya dan pengalaman saya dalam kad kredit; agak2 nak selamat, bayarlah guna tunai dan kalau rasa nak berlagak skit pun .. sila guna dan pakai kad debit, yang jauh lebih selamat dari kad kredit.
info menarik HH...thank u
ReplyDeletebanyak kad yg menarik skrg terutamanya utk isi petrol.
ReplyDeletesaya pakai rhb...kalau lambat byr memang depa hari2 call
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.