Ada macam-macam jenis cukai di Malaysia yang diurus dan dikutip oleh lembaga ini, antaranya Cukai Pendapatan dan juga Cukai Perniagaan. Cukai Pendapatan dikutip daripada pendapatan individu manakala Cukai Perniagaan daripada pemilik bisnes di Malaysia. Namun, bukan semua individu atau syarikat dikenakan kewajipan untuk membayar cukai, ada kriteria dan syarat yang perlu dipatuhi.
Untuk ketahui samada anda dikenakan cukai atau tidak oleh lembaga ini, maka adalah sangat baik untuk declare pendapatan, pelaburan, aset serta sumber kewangan menerusi borang LHDN atau portal eHasil yang telah disediakan.
6 Tips Cukai LHDN Daripada Abang Ensem Patut Ambil Peduli
- Simpan segala resit. Bagi resit yang menggunakan thermal paper, scan atau fotostatlah ia untuk kemudahan anda kelak.
- Jangan dibuang Penyata Bank anda, dan ianya termasuk juga dengan Penyata Pinjaman (bagi para pelabur) yang sering anda terima setiap 6 atau 12 bulan dari pihak bank.
- Mulalah menulis setiap butiran anda di dalam Lejar Harian. Pastikan ianya selaras dengan Penyata Bank anda.
- Bagi para pelabur, simpan juga setiap dokumen keluar masuk duit pelaburan anda. Pastikan juga anda mendapatkan resit/invois bagi setiap urusan pembaikan unit-unit pelaburan anda, Ianya sangat-sangat membantu. Percayalah.
- Mahirkan dengan item-item yang diberikan pengecualian mengikut terma pihak LHDN. Don't assume !! Khidmat dari para professional amat-amat dialukan.
- Tukarkan Lejar Harian anda kepada Management Account (bagi peniaga enterprise) dan sekali lagi, ketepikan sedikit kos untuk mengupah akauntan dan ejen cukai untuk melakukannya.
Kata akhir oleh Abang Ensem (AE) dalam post mengenai tips cukai ini ...
"Aku yakin, ada yang akan berkata, "Income bisnes saya kecik je AE", sepertimana ayat aku dahulu tetapi tidak mustahil yang ianya akan menjadi besar kelak kerana tiada manusia yang inginkan pendapatannya kekal kecil selamanya.
SHARE jika bermanafaat."
Abang Ensem ialah nama besar dalam dunia pelaburan hartanah di Malaysia. Beliau terkenal kerana sering menganjurkan seminar berkaitan hartanah yang save bajet, murah dan berbaloi. Orangnya nampak serius dan garang, tetapi mulus tulus ... dalam hati ada taman ... begitulah adanya .... haha...
Kalau anda mahu belajar tentang bagaimana nak buat duit dalam bidang hartanah, bolehlah follow dan ikuti tips serta panduan yang dikongsikan di blog AbangEnsem.com atau menerusi FB - https://www.facebook.com/abangensem
Tak rugi anda ikuti Abang Ensem ni ... dan saya dapat tahu tidak lama lagi akan muncul dalam program TV LetsDuit ...
Oh ya, Abang Ensem juga merupakan antara blogger tersohor di Malaysia yang telah menang beberapa anugerah untuk blogger.
Tips yang berguna. Kena tahu semua ni jika nak 'selamat'
ReplyDeleteKena simpan resit tu yang penting. Jangan lupa letak sudah.
ReplyDeleteElok apa2 yang dapat ditampal dan dimasukkan dalam fail. Kerja camni saya selalu buat semasa jaga akaun projek
DeleteTuan HH, nak tnya. Untuk Blogger cam kita kita ni pun kena simpan semua resit jualan affiliate dan resit income lain-lain jugak ke?
ReplyDeleteKalau dh merasakan bahawa income yang dapat sudah penuhi syarat am untuk bayar cukai ... baik simpan.
Deletesebab tu nama dia abam hencem..
ReplyDeleteduit hencem
keja gencem..
org pun cool jer..
sesekali eksen.. kekekeke
Hehehe.. ambik hati lain macam je ni .. ada apa2 komisen ke ni? Ekekkee...
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.