Agak lama juga saya tak kongsikan mengenai tips SEO. Almaklumlah, sekarang ni dah ramai pakar seo di Malaysia, dan pastinya ilmu mereka lebih hebat dan lebih power ... jadi, saya berikan laluan untuk mereka berkongsi sesuatu kepada yang lain. Namun, bukan bererti saya berhenti untuk menulis mengenai SEO di dalam blog saya.

Dalam SEO (Search Engine Optimization), selain daripada blog dan laman web, ada satu lagi sumber sebaran info dan maklumat yang memerlukan pendekatan SEO ini. Sebelum ini, saya pernah ceritakan dan kongsikan tips bagaimana menjadi imej dalam blog untuk terindeks di enjin carian dan berikan trafik mencanak naik, maka kali ini .. saya nak kongsikan sedikit pengetahuan tentang SEO untuk video dimuat-naik di YouTube.

Blogger mungkin amat jelas akan kepentingan SEO ini tapi bagi yang tak tahu, SEO YouTube membolehkan anda menguasai YouTube lebih baik berbanding mereka-mereka yang tak tahu SEO. Ini bermakna, anda akan berikan satu kelebihan kepada video anda untuk mudah dijumpak dalam kotak carian yang ada di laman YouTube, dan seterusnya meningkatkan jumlah views, dan mungkin jumlah subscriber saluran YouTube anda.

8 Teknik SEO Youtube

SEO Youtube
Antara komponen penting SEO YouTube ialah:

Tajuk

Kedengaran mudah tapi tak ramai pandai menggunakannya. Cuba lihat contoh di bawah ini. Antara dua tajuk ini, mana lebih menarik perhatian:
  1. Koleksi Gambar Kucing2 Comel
  2. Koleksi Kucing2 Paling Comel Di Dunia

Description/Keterangan

Ramai yang muat naik video ke YouTube meninggalkan ruangan ini. Memang ramai yang kosongkan, tetapi saya tidak menolak, ada sesetengahnya diisi dengan cukup lengkap .. malah lebih daripada 100 perkataan. Jika kosongkan, bagaimana agaknya enjin carian dalam YouTube nak tahu apa isi kandungan video tersebut? Jadi, bahagian ini penting.

Keywords/Kata Kunci

Ini lebih kepada tags. Anda tak pandai pilih tags, potensi video anda ditemui oleh penonton seluruh dunia adalah kosong. Semudah itu. Anda perlu isi tag yang sesuai dengan isi kandungan video anda supaya nanti YouTube akan bantu untuk masuk dalam ruangan Suggestion.

Thumbnail

Ini merujuk kepada gambar kecil untuk promote video anda. Katakan video anda tentang kucing, Antara berikut:
  1. gambar kucing
  2. gambar awek/balak comel/cantik/cun bersama kucing mereka

Anda rasa mana akan mendapat perhatian lebih??

Annotation

Bagi yang perasan, bila kita tengok video, akan ada kotak-kotak terapung yang menghubungkan kita ke video lain dan sebagainya. Inilah annotation. Jika anda tak guna, serius, anda akan rugi.

Publish

Ramai publish video ke YouTube tapi tak ramai yang video mereka diterbitkan di carian Google. Dah nama SEO, mestilah anda nak semuanya memihak kepada anda, kan? Jadi, pastikan anda hantar URL video anda ke enjin carian, paling tidak gunakan teknik ini -Hantar URL ke 10 Laman Carian Utama. Pastikan anda masukkan deskripsi yang sama!

Subtitle/CC aka Closed Caption atau Sarikata

Benda ni sama penting macam description tadi. YouTube boleh tahu isi kandungan video anda melaluinya. Jangan fikir bahawa YouTube akan menonton video anda kerana ada berjuta2 video dimua-naik setiap hari, robot je akan buat kerja ni. Jadi, kenalah fahami SEO YouTube..

Ranking video

Setiap hari ada ramai yang upload video ke YouTube, mungkin 100 ribu video. Jadi, macamana nak bolehkan video yang kita upload berada di tangga tertinggi YouTube dalam keyword kita selama beberapa jam atau mungkin juga hari walaupun setiap minit ada sahaja video baru diupload? Cara paling mudah ialah dengan kongsikan video tersebut samada di blog, laman web ataupun laman sosial milik anda. Gunakan kata kunci anda dalam setiap kali anda mahu share ....

Saya telah pun cuba teknik ini, walaupun tidak 100 peratus, tetapi alhamdulillah, untuk keyword tertentu ... video yang saya muat naik di YouTube berjaya rank #1 di laman YouTube, antaranya seperti contoh yang saya berikan di awal post ini. Video tersebut hanyalah sekadar contoh untuk tunjukkan bahawa anda perlu tahu mengenai SEO YouTube ini ...  jadi bolehlah ikut panduan am di atas.

Semoga bermanfaat.

7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terima kasih tuan Hasrul,

    Sebenarnya Youtube adalah salah satu saluran pemasaran yang saya gunakan untuk mempromosikan khidmat merawat sihir di pusat rawatan saya.

    Bolehlah saya aplikasikan tip-tip di atas untuk men seo kan video-video saya.

    ReplyDelete
  2. tapi utk tukar thumbnail pilihan kita sendiri kena jadi partner dengan youtube dulu kan?

    ReplyDelete
  3. mmg syiok main video..hehee..kena gaya..kaching kat Clickbank :P

    ReplyDelete
  4. Nak main dengan video ni kena ada internet yang laju sikit. Baru best.

    ReplyDelete
  5. Kena belajar lagi youtube ni. Ada benda menarik di dalamnya.

    ReplyDelete
  6. thank you..kongsi info sngt bermanfaat...

    ReplyDelete
  7. Simple tapi menarik. Akan dipraktikkan selepas ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement