Saya bukan nak bermadah helah, tetapi ini betul-betul .. memang ada selumbar dan duri dalam daging. Berhati-hatilah jika membeli daging di pasar basah di tempat anda, bukan apa ... takut jadi seperti saya, beli daging tetapi banyak selumbar yang bersembunyi. Bahaya kerana ia boleh melukakan organ dalaman.

Patutlah ada pepatah orang lama dan otai bahawa ada 'Duri Dalam Daging', baru saya faham bagaimana pepatah lama itu boleh wujud. Daging nampak segar, dan in Sha Allah akan lazat dan sedap jika dimasak. Namun, dalam sedap-sedap tu, andai kata daging itu tidak dibersihkan sebersihnya terlebih dahulu, mungkin selumbar dan duri boleh masuk ke dalam badan.

Awas Selumbar Dan Duri Dalam Daging !

Awas Selumbar Duri Dalam Daging
Pada setengah orang, mungkin tak ada kesan apa-apa, yelah .. tubuh dah kebal, tanpa vaksin pun leh lawan penyakit berjangkit. Tetapi untuk orang seperti saya, apatah lagi seorang house husband yang sering memasak makan tengahari untuk anak-anak ketika isteri tiada, maka kena berawas dengan selumbar dan duri dalam daging ni.

Anak-anak yang nak membesar perlu mempunyai tubuh badan yang siap, baik luaran mahupun dalaman. Kita sebagai ibu bapa mungkin tidak tahu apa yang berlaku di dalam tubuh anak-anak, namun bukan bererti tidak perlu ambil peduli. Apatah lagi dalam soal keselamatan dalam pemakanan.

Tips Bersihkan Daging

Maka, jika anda ke pasar nak membeli daging, pastikan anda memilih daging yang telah diproses atau dipotong dengan baik. Apabila pulang ke rumah, bersihkan daging tersebut dengan sebersih-bersihnya. Salah satu tips yang baik ialah membasuhnya dengan air panas, atau merebus daging tersebut terlebih dahulu dan kemudian tos lalu dibersihkan. Boleh juga cuba gunakan berus gigi (yang baru dan tidak digunakan) untuk membersihkan daging ini.
Awas Selumbar Duri Dalam Daging
Untuk lebih selamat, boleh beli daging daripada pasaraya yang menggunakan sistem pemotongan daging menggunakan mesin pemotong yang bersih. Sebabnya ialah, selumbar dan duri yang ada dalam daging ini biasanya terdapat pada penjual daging yang menggunakan cara pemotongan daging teknik konvosenional, iaitu menggunakan pelapik atau alas kayu untuk memotong daging.

Berhati-hatilah ye dengan duri dalam daging ni .. huhuhu.

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Fuhhhh.. bahaya ni. tapi selumbar tu akan kluar melalui tinja balik kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm .. nak perjalanan tu .. mesti lalu bahagian lain.

      Padam
  2. ish..pun baru tahu pepatah tu sebenarnya benar..kalaulah termakan daging tu, tak bayangkan apa yang akan terjadi. kena kat kulit pun dah sakit..allahu rabbi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa .. tau tak pe. Anak saya pernah bengkak gusi ooo ...

      Padam
  3. Betul...sebab kadang kita kunyah pun tidak betul betul haluskan...bahaya pada usus...

    BalasPadam
  4. Jika masak sendiri ok lagi boleh tengok dan perasan benda tu. Tapi jika makan kat kedai tak tahu lah berapa banyak dan selumbar yang di makan. Kena beringat lepas ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement