Mula saya macam tak percaya je, uhh takkanlah RM3 je untuk 40 muka surat bergambar? Tapi memang betullah, selepas dicampur dengan kos penghantaran dari Photobook Malaysia, isteri saya cuma bayar kurang RM10 untuk lebih 50 gambar yang dimuatkan di dalam Photobook bersaiz 6" x 6" soft cover.
Isteri Tempah Photobook RM3 (40 Muka Surat)
Ambil masa juga isteri saya nak susun gambar-gambar yang ada dalam komputer untuk dimuatkan ke dalam album Photobook. Jenuh memilih mana gambar yang terbaik dan sesuai. Projek pertamanya ialah menyediakan sebuah album Photobook khas untuk anak bongsu saya iaitu Maira.
Berbaloi Tempah Photobook
Alhamdulillah, setelah siap menyediakan album Photobook, dalam masa beberapa hari, album tersebut sampai menerusi pos Malaysia. Hmm ... puas hati jugaklah kalau nak dibandingkan dengan gambar yang dicuci di kedai gambar biasa. Uhh mana nak dapat sebuah album yang didekorasi sendiri dengan harga RM3 beb ... 40 muka surat ... yang boleh muatkan lebih 50 gambar. Kalau dikirakan sekeping untuk cucian biasa adalah RM1, dan kena bayar RM40 (dengan setiap muka surat letak 1 gambar). Jauh bezaaaa tu. Memang jimatlah.Huhu.. dah la nak dekat nak raya ni .. manalah tahu kot-kot anda nak buat album Photobook sendiri khas sempena Raya, jadi bolehlah ambil tawaran ini.
Terbaik ni bro HH.
ReplyDeleteSaya br beli saiz ni rm1 satu :-)
Uhhh lagi murah .. :)
Deletemurah tu RM3
ReplyDeleteYe .. tu la pasal. Saya pun mula tak percya, bila dah nampak hasilnya depan mata, baru rasa uhh murahnya photobook ni.
DeleteMenarik juga. Murah aje tu.
ReplyDeletemurah ni
ReplyDeletemmg murah sgt tu bro.
ReplyDeletesaya dah lama nak buat tapi tak siap2 lagi. haha
Saya teringin nak beli tapi tak pandai..huhu
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.