Yeah. Seronok. Akhirnya kami sekeluarga dah dapat dan terima kad MAPS (Movie Animation Park Studio) Perak Pass yang kami tempah sebelum ini. Dengan adanya kad MAPS Perak Pass ini, bolehlah kami masuk ke Taman Animasi Movie pertama di Malaysia ni secara 'percuma' selama 365 hari sampai jemu .. haha.

Walaupun kami agak lambat mendapatkan kad MAPS ini, tetapi tidak bermakna tempoh sah lakunya dikurangkan. Malah, kami mendapat tahu bahawa semua pelanggan yang telah tempah kad MAPS Perak Pass akan dapat lanjutan tempoh sah kad ini disebabkan pembinaan taman tema ini yang kini didakwa lewat ikut jadual.

Kad MAPS Perak Dah Siap !!

Kad MAPS Perak
Huhuhu... rasa tak best juga bila dapat tahu tentang perkhabaran tersebut. Yelah, anak-anak masing-masing dah teruja nak merasai kehebatan taman animasi pertama ini ... asyik nampak bangunan tak siap je setiap kali balik ke Ipoh ... adeh. Dengarnya ia mungkin akan dibuka pada penghujung tahun 2016, iaitu sekitar Disember.

Sebelum ini, MAPS dijangka dibuka sekitar Mac, kemudian ditunda ke Julai ... dan apabila lihat tapak MAPS yang boleh dilihat dari lebuhraya PLUS exit Ipoh Utara/Jelapang ... nampak gayanya betullah kot MAPS akan dibuka untuk orang ramai sekitar Disember 2016.
Kad MAPS Perak Pass
Saya tak kesah bila nak dibuka, asalkan kami sekeluarga dah dapat kad MAPS Perak Pass ni ... setidak-tidaknya kami sudah ada tiket masuk .... tak perlu nak fikir kena beratur panjang-panjang beli tiket MAPS bila dibuka kelak .. huhu.. bila2 je leh pergi, keluar masuk suka hati banyak mana sekalipun ... hoho.

Masa kami tempah tiket pass tahunan ni, harganya memang cukup jimat .. berbaloilah kami ambil untuk 5 orang sekeluarga dengan diberikan satu pass percuma. Dah la bayar harga promosi, lepas tu hanya bayar untuk 4 kad pass sahaja. Kalau ikut harga hari ... uhh senak juga perut dibuatnya.

Oh ya, nak buat kad MAPS ni sekejap je, tak sampai pun sejam. Ambil gambar di kaunter, terus print kad ini ...lagi satu, semua anak-anak saya dapat buat kad MAPS Perak pass ini walaupun ada di antaranya tidak dilahirkan di Perak .. huhu... asalkan mak pak orang Perak (lihat MyKad) dah kira cukup syarat dah.

Sekarang ni ... tunggu jelah sehingga MAPS Perak ini buka sepenuhnya nanti. Bila? Tak berapa pasti lagi ... huhu.


6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Balasan
    1. Hmm agak tidak pasti ni. Masa tempah kad ni .. ada karnival. Masa buat kad ini pula kat Bangunan PKNP.

      Padam
  2. boleh masuk secara percuma selama setahun..sangat beruntungnya tuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Percuma tu sbb dah bayar awal2 ... hahaha... cuma harga dia yang membezakannya.

      Padam
  3. Best nanti dapat masuk percuma. Setahun tu. Berapa bayar masa mula daftar hari tu Bro HH? Mana tahu kot ada lagi offer boleh daftar juga jika ok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm .. hari tu saya ada tulis berapa .. lupa lak ...
      Dalam RM400 rasanya.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement