Kenapa Bayview Beach Seronok Untuk Percutian Keluarga? Pada beberapa minggu yang lalu, kami sekeluarga merancang untuk satu percutian pendek di Pulau Pinang, Pulau Mutiara. Target kami ialah untuk bercuti di sebuah kawasan peranginan yang ada tempat untuk anak-anak bermain air.

Al maklumlah, ketika itu cuaca panas El Nino masih belum berakhir. Mulanya, ingat nak bermandi-manda di Setia Spice Aquatic Centre ...   tapi akhirnya kami ambil peluang untuk cari tempat penginapan yang ada kemudahan kolam renang untuk semua orang.

Kenapa Bayview Beach Penang Seronok Untuk Percutian Keluarga

Atas cadangan beberapa orang yang kami kenal, maka kami telah memilih untuk merasai pengalaman menginap di Bayview Beach Resort, Batu Ferringhi. Kami telah menempah penginapan kami selama 2 hari 1 malam menerusi Agoda. Alhamdulillah, kami dapat tawaran dengan harga terbaik yang sesuai dengan bajet kami menerusi Agoda. Boleh dikatakan, ia percutian adhoc tanpa perancangan rapi. Dapat je harga bilik terbaik untuk menginap di Bayview Beach Resort .. terus buat persiapan... haha .. macam trip kami ke Kelantan ... sehingga saya sempat menulis 7 Pilihan Tempat Menarik di Kota Bharu

Sampai je di hotel tersebut, memang ramai orang sedang menunggu giliran untuk check-in. Jadi, andaian saya ialah .. hotel ini memang menjadi pilihan ramai untuk destinasi percutian. Bukan sahaja pilihan pelancong asing, tetapi saya lihat ramai juga warga tempatan yang membuat tempahan di Bayview Beach Resort.
Sambil menunggu masa untuk mendapatkan bilik, saya sempat meninjau keadaan sekeliling hotel ini .. wahh.. patutlah ramai yang suka menginap di Bayview Beach Resort .... antaranya ialah, ia mempunyai lebih daripada 3 kolam mandi berasingan untuk mereka yang menginap di sini. Ada sebuah kolam besar, 1 kolam untuk kanak-kanak, 1 kolam untuk mini waterpark kanak-kanak, dan 1 kolam 'private' untuk dewasa. Kemudian, ada akses untuk ke pantai .... dan ada ruang khas untuk indoor game.

Saya sempat ambil beberapa gambar keadaan kolam mandi di sini ...
Ok, first impression tentang keadaan persekitaran ... sangat mengujakan. Siapa yang tidak teruja melihat keadaan kolam mandi yang membiru seperti di atas, apatah lagi dalam keadaan cuaca El Nino yang panas. Anak-anak saya memang dah tak sabar nak masuk ke bilik untuk tukar pakaian mandi dan terjun ke kolam .. apatah lagi ada satu kolam khas dengan mini permainan air disediakan untuk mereka.

Mari lihat keadaan bilik. Boleh tengok beberapa gambar keadaan bilik yang saya ambil menggunakan Honor 7 ini ... hoho .. gambar tak banyak sebab anak-anak saya dah terexcited tengok kolam mandi ...
Dah masuk bilik, maka teruslah siap untuk ke kolam mandi .. memang teruja .. saya pun trurut siap sekali. Uhh nasib baik pool-guard dan peraturan kolam mandi tak berapa strict sangat. So, bolehlah layan main air dengan anak-anak, paling best dapat lepak berdua dengan wife di kolam 'private' dewasa .. huhuhuhu...

Dan nak dijadikan cerita, terjumpalah seorang sahabat lama zaman belajar kat USM dulu .. hoho .. memang niat nak jumpa dia, tup tap terjumpa pulak kat Bayview ... alhamdulillah. Sahabat saya ni memang tinggal di Penang, dan sekarang sedang buat duit secara sampingan menerusi Pelaburan Forex. Sempatlah juga ambil sedikit sebanyak tips tentang Forex ni dari dia.

Hotel Yang Menjadi Pilihan Warga Penang

Berbalik kisah hotel Bayview Beach, menurut sahabat saya, hotel dan resort ini memang menjadi pilihan warga Penang sebab kemudahan kolam mandi yang superb, satu lagi yang sering menjadi pilihan ialah Golden Sands Resort by ShangRi-La; juga atas sebab yang sama. Atau dengan kata lain, hotel-hotel ini menjadi destinasi weekend getaway yang sesuai untuk percutian seisi keluarga.

Selain kolam mandi, kolam renang dan juga pantai ... salah satu sebab kenapa memilih Bayview Beach Resort Penang ini adalah kerana ia ada kemudahan untuk riadah bersama anak-anak. Ada pelbagai indoor game yang disediakan di hotel ini. Saya dan anak-anak sempat jugalah habiskan masa bermain pool/snooker, video game, permainan tradisi dan board game yang disediakan. Tempat disediakan pun selesa, dan berhawa dingin.
Kemudahan yang lain juga amat memuaskan hati .. boleh cekidaut beberapa gambar yang telah saya ambil sekitar Bayview Beach Resort, Penang ini ...
Harga sewa semalam di Bayview Beach untuk sesetengah orang mungkin agak mahal... namun, saya fikir ia sangat berbaloi dengan kemudahan yang ada dan juga keluasan bilik yang diberikan. Kalau anda nak mencuba dan merasai keseronokan menginap di Bayview Beach Resort, Batu Ferringhi ini, saya syorkan anda untuk membuat tempahan secara online di Agoda .. boleh klik pautan di bawah untuk tempahan dan dapatkan tawaran istimewa tersebut ..
[Tempah Online] Tawaran Istimewa Penginapan Bayview Beach Resort, Batu Ferringhi, Penang
Anda pernah menginap di hotel ini? Boleh kongsi pengalaman ringkas menerusi komen ..

Oh ya, satu lagi kenapa Bayview Beach menjadi pilihan ialah kerana ia dikelilingi oleh gerai makan yang best-best .. tak perlu naik kereta, hanya jalan kaki sahaja. Malah, ada kedai runcit, dan salon urut kaki berhadapan dengan hotel ini. Hentian teksi dan bas RapidPenang juga berada di depan hotel, jadi tidak ada masalah dari segi pengangkutan awam.

Selamat berhujung minggu ...

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Salam Saudara...saya nk tya...pool di Bayview Beach Resort perlu pakai swimming suit ker..atau xkisah sekadar seluar track dan tshirt?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement