Kumpullah duit untuk membeli dan mendapatkan rumah sendiri. Ini nasihat ikhlas saya. Lupakan soal lain, kerana tempat tinggal serta kediaman itu adalah sangat penting untuk sebuah kehidupan berkeluarga dan masa hadapan. Ramai golongan yang masih tidak mempunyai rumah kerana kurang iltizam dan usaha untuk kumpul duit beli rumah sendiri. Mereka lebih berfikir soal kehendak dari keperluan. Dan apabila sudah terdesak, maka mereka mencari jalan penyelesaian yang akhirnya menjerat diri sendiri.

Kumpullah duit dari sekarang, sebaik sahaja anda mendapat kerja dan gaji atau pendapatan yang pertama. Tidak perlu bermula dengan ribuan ringgit, cukup sahaja bermula dengan puluh ringgit, dan kemudian ratus ringgit. Disiplin perlu ada supaya impian untuk mempunyai rumah sendiri tercapai.

Kumpullah Duit Beli Rumah Sendiri

Kumpullah Duit Beli Rumah Sendiri
Susahkah nak kumpul duit? Sebenarnya ada banyak cara untuk kumpul dan gandakan duit ini, terutama duit simpanan untuk masa hadapan. Nak dengan tak nak lakukannya sahaja menjadi masalah.

Jika Boleh Kumpul Duit Beli Gajet Canggih, Mengapa Tidak Untuk Beli Rumah Sendiri?

Cuba fikir. Jika seseorang boleh berjimat cermat, boleh kumpul duit untuk beli gajet terbaru, beli beg Gucci import, beli laptop, pergi trip melancong luar negara, sewa hotel ratus ringgit .. kenapa tidak sebahagian daripada duit dan belanja tersebut dimasukkan ke dalam akaun untuk beli rumah sendiri? Adakah kerana ketika dan masa itu (ketika ada duit) lebih suka habiskan kepada sesuatu yang dapat berikan kepuasan sendiri dan bukan untuk keperluan masa depan?

Saya sedih bila dapat tahu ada sanak-saudara, rakan-rakan dan sahabat yang sudah berkahwin lama, sudah beranak-pinak tetapi masih lagi tinggal di rumah yang disewa, membayar sehingga RM400-RM600 sebulan. Malah, ada di antara mereka yang masih tinggal di apartmen milik orang lain dengan membayar sehingga RM1500 sebulan di kotaraya Kuala Lumpur.
[Baca] Kenaikan Harga Rumah Saban Tahun - Malaysia di Ranking ke 15 Dunia

Apa yang berlaku dengan mereka mungkin ada yang anggap .. 'Nasi Sudah Menjadi Bubur' tetapi bagi saya, selagi nyawa masih ada, dan rezeki Allah S.W.T Maha Luas, maka tidak salah untuk bermula dari sekarang. Jika bukan untuk diri sendiri atau pasangan, mungkin boleh melakukannya untuk anak dan cucu cicit.

Banyak Pihak Membantu, Tetapi ... Apa Yang Anda Buat Untuk Bantu Diri Sendiri?

Kita boleh melalak kepada pihak-pihak tertentu kenapa tidak dibantu untuk memiliki rumah, namun kita perlu ingat ... bukan kita seorang sahaja yang ada masalah seperti ini, malah ada jutaan rakyat Malaysia yang masih belum ada atau memiliki rumah sendiri.

Selain kerajaan, menerusi program-program seperti:

Terdapat juga program-program pemilikan rumah yang dianjurkan oleh pihak swasta seperti:

Bukan setakat skim, sebenarnya ramai lagi pihak yang cuba nak bantu untuk lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri ni. Ada seminar, ada bengkel, ada kursus .. dan macam-macam lagi. Contohnya Set Combo Ebook ASB dan Hartanah

Macam-macam cara ditunjukkan supaya lebih ramai tahu untuk kumpul duit beli rumah sendiri.

Tapi itulah, ramai golongan yang suka menadah ... mahukan 'Bulan Jatuh Ke Riba', tanpa usaha jitu untuk membolehkan diri memiliki rumah sendiri. Percayalah, ada banyak cara dan kaedah untuk bermula kumpul dana bagi tujuan pemilikan rumah ini. Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah diberikan, dan ikuti panduan serta tips.

[Baca] Ada gaji lumayan, tetapi masih tidak mampu beli rumah sendiri? Kenapa? Baca ni - Formula Rezeki Berkat dan Berganda

Fikirkan masa depan. Fikirkan anak dan cucu. Kumpullah duit dari sekarang, dan cuba gandakan wang anda untuk membolehkan anda miliki rumah sendiri.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement